Monday, May 19, 2014

Sedap Ke? Tak Sedap? Apa Nak Buat?

entri santai malam ni tentang masakan dan peningkatan kendiri


.Kalau bab makan family wana ni, alhamdulillah memang semuanya mudah bab makan..semua makan. 

Tapi macam mana nak tau sedap ke tak kita masak?? ada yang direct terus puji, ada yang diam2 menambah nasinya..heee..kalau ayah mertua wana senang, kalau bertambah tu tau la maksud ape...heee.

Jadi macam mana nak tau kita masak ni sedap tak andai kita nak masak ni untuk kawan2 kita. Masak la seperti biasa. masak dengan kasih sayang. Manusia (dewasa) ada segelintir yang hipokrit, boleh caye ke?..Jadi apa nak buat? 

Mudah aje, masak dalam kuantiti sedikit dan hidangkan kepada kanak-kanak dulu.. Kanak-kanak ni dia jujur dan tulus. bila sedap dia akan cakap sedap, tak sedap akan cakap tak sedap..ha..kan senang..jangan putus asa, perbaiki lagi masakan kita.

sama lah dengan realiti kehidupan, hari-hari kita perlu ada peningkatan kendiri. maksud nya semalam kita dah lakukan 1 perkara yang baik/bagus, hari ni kita tingkatkan lagi menjadi 2, esok dan seterusnya. Sama juga kalau kita nak bercucuk tanam, kena sediakan medium yang sesuai, biji benih yang berkualiti, kita siram, bajai dengan penuh kasih sayang..hasilnya tumbuh pokok yang subur. andai kata pokok nya mati, kita rujuk balik di mana kurang atau silapnya, perbaiki dan pertingkatkan dan hasilnya pohon subur yang merimbun :)

Salam sayang
wana