Thursday, May 29, 2014

Strategi Perniagaan Gaya Abdul Rahman Bin Auf

Sabda Rasulullah SAW dalam hadith baginda

“Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki”. (Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Hari ni kita nak sentuh tentang strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf 

siapa Abdul Rahman bin Auf ?

Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang hartawan namun tetap zuhud. Beliau telah banyak membelanjakan harta kekayaannya ke jalan agama

 Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab;
“Aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”

 Kesimpulan yang dapat wana rumuskan tatkala membacanya adalah:

  1. Bersyukur dan jangan menolak rezeki walaupun keuntungannya hanyalah sedikit
  2. mempercepatkan segala urusan jual beli. Maknanya di sini, kita berusaha memenuhi atau mencari apa yang pelanggan cari atau kepantasan dalam menangani sebarang masalah.
  3. Urusniaga dijalankan secara tunai sahaja. 
                “Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran.”

Abdul Rahman bin Auf tidak mengamalkan cara tangguhan bayaran, semuanya dalam urusniaga tunai. Jadi peniaga dapat membuat pusingan modal dengan cepat dan mudah digunakan untuk menambah atau membeli barangan yang baru untuk dijual.

RAHSIA TERPENTING!!! 

Rahsia yang harus peniaga Islam ketahui ialah setiap malam yang sepi, para peniaga diketuai oleh Saidina Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. sendiri akan bermunajat kepada Allah dan Rasul.

Mereka semua melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, membaca Al-Quran, selawat dan lain-lain ibadah sampingan demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah SAW mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Islam atau cara berniaga yang disuruh Allah SWT.

Mereka akhirnya dapat menawan hati penduduk kota Madinah. Para penduduk mula beralih daripada peniaga yahudi kepada peniaga pimpinan Abdul Rahman bin auf r.a. Beliau memupukkan rasa kasih sayang sesama peniaga dan para pelanggan.



Salam sayang
~mama wana~
0199904429
id 918791



No comments:

Post a Comment