Thursday, June 5, 2014

Santai Uji Minda Anda


Santai petang ni dengan teka teki yang simple, penawar buat yang lemau di petang hari.


1. Benda apakah yang membenarkan kita berjalan melalui dinding??


--------------------------------------------


2. Ada 2 ibu dan 8 anak..ha..apa tu??


--------------------------------------------


3. Dalam SETAHUN dia ada, dalam SEBULAN dia ada, dalam SEHARI dia ada, dalam SEJAM pun dia ada tapiiii... dalam SEMINIT dia tak ada? siapakan DIA?


-------------------------------------------


4. Dalam banyak-banyak kawasan di Malaysia, kawasan mana yang di bina dengan hanya menggunakan 2 alatan je??


------------------------------------------





hehehe..ni sekadar teka teki gurauan di petang hari :) yang nak jawab jemput la ye :) entri akan datang, wana bagi jawapannya


Salam santai
Si Mama yang HEBAT
id 918791
0199904429

Wednesday, June 4, 2014

10 Tips Komunikasi Berkesan (Komunikasi Dengan Anak Yang Makin Membesar)

Petang semalam, petang yang paling menyeronokkan. Petang semalam kat Kuala Terengganu ni hujan. Jadi dalam jam 6.00 petang semua dah siap mandi dan wangi. Maisarah yang dah siap makan nasi, terus dengan mainannya. Wana pula 2-3 hari ni kurang sihat sikit. Alhamdulillah hari ni dah kembali sihat. Wana nak bercerita sikit kisah petang semalam.

Maisarah ni berkotak-kotak mainan dia, daripada soft toys, educational toys, motor development toys, dolls, princess castle, truck semua ada..hahahaha. Setelah sekian lama baru dia jumpa semula handphone barbie dia zaman dulu-dulu yang ada bunyi, say hello dan ada lagu-lagu tu.heee. Jadi dia pun sangkut lah kat leher dia. Kemudian duduk di kerusi biru dia dan mengadap mama yang tengah berehat.

Maisarah: ok, saya dah bersedia.
Mama: (jadi penemuduga)  ok, cik. Boleh beritahu saya nama cik?
Maisarah: Saya Nur Maisarah binti Nor Affandi.

Perbualan ni berlanjutan hampir 20 minit jugak. dari segi cita-cita, minat, makanan kegemaran, hobi, orang yang paling disayangi, nama mama, apa yang mama buat, nama papa, papa kerja apa. (mama gelak golek2..hehehe..mama tanya papa pandai masak tak, dia pun bercerita). Sangat seronok dengar percakapan anak juga pendapat dia.

ok, tu cerita tentang Wana dan Maisarah. Sekarang kita tengok pulak tajuk kita. Dari hari ke hari, anak-anak akan banyak melalui proses pembelajaran, usianya pun makin meningkat. Jadi dalam entri yang ringkas ni, wana nak kongsikan tips buat anda dan juga diri saya ke arah komunikasi yang berkesan terutama dalam proses berkomunikasi dengan anak yang makin hari makin membesar. (teringat time wana jadi fasilitator dulu, talk wana tentang Dunia Remaja, semuanya berlingkar tentang KOMUNIKASI)

Jom kita tengok, proses komunikasi itu secara keseluruhannya. Komunikasi merupakan satu proses penyampaian mesej/maklumat yang melibatkan dua pihak dan juga boleh berlaku dalam satu kumpulan. Proses komunikasi ni melibatkan komunikasi 'Verbal' (lisan) yang meliputi perkongsian idea atau luahan pendapat dan 'Non-verbal' (bukan lisan) yang melibatkan pergerakan badan.



Melalui komunikasi lisan, kita dapat mempelajari tentang apa yang difikirkan sementara melalui komunikasi bukan lisan, kita dapat mengenalpasti tentang perasaan. Melalui komunikasi, seseorang dapat memahami apa yang anda fikir dan rasa. Secara ringkasnya, komunikasi yang berkesan melibatkan pendengar yang baik dan jujur dalam sesuatu perbincangan.

Agak berbeza komunikasi dengan anak-anak yang masih kecil dengan anak yang meningkat dewasa. Konsepnya sama, cuma praktikalnya berbeza.



Tips komunikasi berkesan (sama-sama kita praktikkan)
  • Tunjukkan minat semasa berbual
  • sentiasa memberi tumpuan ( sabar dan luangkan masa untuk berkomunikasi, jangan mencelah dengan cerita anda, terutama anak yang remaja ingin sekali rasa diri mereka dihargai)
  • Berhenti bercakap (anda tidak boleh memberikan tumpuan kepada apa yang anak sedang bicarakan jika anda sama sibuk bercakap)
  • Jadilah pendengar yang AKTIF (pendengar yang baik mampu menyimpulkan fakta untuk pemahaman mereka, jangan teragak-agak untuk bertanya semasa perbualan tersebut)
  • Sesuaikan diri anda dengan emosi mereka ( ini akan membantu anak anda rasa selesa bila berbicara, juga menunjukkan anda seorang yang empati)
  • Tidak terus memberi nasihat kecuali diminta (dengar segala luahan mereka, JANGAN JANGAN mencelah, biarkan mereka selesai berbicara, tugas anda adalah sebagai pendengar, JANGAN cepat memberikan hukuman, pastikan anda memberi nasihat yang membina)
  • Bayangkan diri anda seperti mereka (pastinya dulu anda pernah melalui zaman kanak-kanak, remaja, jadi dari situ anda akan lebih mengenali akan mengetahui perspektif pemikiran remaja)
  • Sabar dan kawal emosi
  • Galakkan anak anda meneruskan perbincangan (teruskan menunjukkan anda masih berminat dan prihatin)
  • Gembira (positif, sebagai ibu bapa anda mesti lah ada ciri-ciri positif. Pandangan yang POSITIF akan menghasilkan perbualan atau perbincangan yang produktif dan membina.

" Sayangi, Kenali dan Selami anak-anak anda "




salam sayang

Mama Wana, Mama yang HEBAT
id918791
0199904429 



Inch Loss Yang Best Dengan Slimming Set Shaklee

musim ni orang pakat buat kenduri kawen..al maklum lah cuti sekolah. Gulai kawah, opor daging, ayam masak merah, acar, ikan masin, ulam-ulam, sambal, buah tembikai, air sirap.perghhhh..memang sedap.,terutama sirap selasih (ni memang wana suka sebab kita rasa fresh).uishhh..bercerita pasal makanan ni memang takkan habis ceritanya.

Tapi..ada tak kita kira berapa kalori? berapa lemak?berapa kolestrol? toksin yang melekat? mesti kita tak sempat nak fikir kan? Yang senyum-senyum tu mesti betul :)

sesuai dengan tajuk kita petang ni, inch loss yang best. Macam mana pulak tu?



nak juga wana bercerita tentang slimming set yang wana consume ni secara ringkas. Kombinasi ESP, Alfalfa complex, Herblax, dan Lecithin. Kombinasi ni merupakan set slimming yang penuh. Membekalkan tenaga, dalam masa yang sama untuk detox (nyahtoksin daripada badan dengan herblax & alfalfa complex) , mantap dan sihat dalaman (kombinasi ESP & alfalfa complex), bantu kempiskan perut (herblax), bantu membakar lemak (lecithin). selain daripada tu banyak lagi khasiatnya yang anda akan alami.

Set ni lelaki dan perempuan boleh consume. Ibu-ibu yang tengah menyusukan bayi pun boleh consume. Memang serius BEST. Dengan cara pemakanan, tips, petua khas daripada wana, anda akan merasai inch loss yang best sebagaimana yang wana sendiri alami. JUGAAAA..untuk ibu dan isteri luar sana, anda akan mendapat EXTRA BONUS dengan mengamalkan set ni. Untuk kebahagiaan bersama :)

Dapat pakai baju time bujang dulu-dulu, siapa yang tak nak kan??

Jangan tunggu lama-lama, dapatkannya HARI INI!!


wana
id 918791
0199904429




Cepat vs Selamat?? Anda Pilih Yang Mana?

Pelbagai kewujudan produk atau lambakan produk pelangsingan di pasaran. Pelbagai harga dan jenis yang ditawarkan, ada yang dalam bentuk serbuk, dalam tablet, capsule, ada yang menawarkan harga murah dan kesannya penurunan berat yang drastik dan ada yang agak mahal harganya.



Persoalannya sekarang adakah anda PASTI


  • ianya SELAMAT?
  • ianya HALAL?
  • ianya TIDAK MENDATANGKAN KESAN JANGKA MASA LAMA?
  • ianya BERSESUAIAN dengan ANDA?? sesuai dengan individu lain TIDAK menjamin ianya sama sesuai dengan anda.
tu persoalan UTAMA yang mesti anda jawab
(mesti ada yang cakap, ala..sipulan tu makan ni cepat je turun badan, sihat aje setakat ni..ha..cuba kita lihat dalam jangka masa yang panjang dan effect kepada dalaman kita..dalaman kita tak nampak kan??)

Di dada akhbar pun banyak memaparkan tentang rampasan produk pelangsingan ni, yang antara nya

myMetro : 3 ejen 'herba ajaib' diserbu (yang mengandungi sibutramine yang dikatakan boleh membawa maut dan penyebab penyakit gila). Dalam serbuan yang berasingan juga ditemui kandungan racun Dexamethasone dan Hydroquinone yang digunakan untuk tujuan pencerahan kulit. (sumber: 3 ajen herba ajaib diserbu

Anda juga boleh membaca keratan akbar ni. (sumber : Utusan online )

Dan juga tajuk yang menarik dan ngeri didengar ( Sumber : Berita Harian )

Ada juga yang sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk  mengambil pelbagai suntikan daripada beberapa produk yang ditawarkan di pasaran.


Persoalan yang sama mesti anda tanya kepada diri sendiri.. tapi kebiasaannya oleh kerana ingin tampil cantik, segala persoalan ditolak ke tepi. Itu persepsi atau mentaliti yang perlu kita ubah agar kita menjadi pengguna yang bijak dan kita tau apa yang kita gunakan.

Pilihan ditangan anda, jadi lah pengguna yang bijak yang bukan hanya mengejar sesuatu produk yang murah yang kita belum tahu asalnya yang akan mendatangkan kemudaratan kepada diri kita. 

Berubah lah kepada produk yang sudah pasti Halal, sihat, selamat, 100% semulajadi dengan harga yang berpatutan, khasiat yang best untuk kesihatan, loss inch, penurunan berat badan yang konsisten dan untuk kecantikan juga. bagi isteri2/ibu2 lebih MANTAP!!

Bila consume slimming set ni, pastikan juga cukup pengambilan air seharian, mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat dan seimbang, rehat yang mencukupi, melakukan senaman ringan juga. nak slim atau nak turunkan berat badan tiada cara yang semudah ABC tau :) 


"SIHAT, CANTIK & BAHAGIA"


untuk keterangan lanjut, boleh terus hubungi saya


wana
ID 918791
0199904429 (sms/whatsapp)
0129220685 (sms)
tulipcomey@gmail.com