Wednesday, June 4, 2014

10 Tips Komunikasi Berkesan (Komunikasi Dengan Anak Yang Makin Membesar)

Petang semalam, petang yang paling menyeronokkan. Petang semalam kat Kuala Terengganu ni hujan. Jadi dalam jam 6.00 petang semua dah siap mandi dan wangi. Maisarah yang dah siap makan nasi, terus dengan mainannya. Wana pula 2-3 hari ni kurang sihat sikit. Alhamdulillah hari ni dah kembali sihat. Wana nak bercerita sikit kisah petang semalam.

Maisarah ni berkotak-kotak mainan dia, daripada soft toys, educational toys, motor development toys, dolls, princess castle, truck semua ada..hahahaha. Setelah sekian lama baru dia jumpa semula handphone barbie dia zaman dulu-dulu yang ada bunyi, say hello dan ada lagu-lagu tu.heee. Jadi dia pun sangkut lah kat leher dia. Kemudian duduk di kerusi biru dia dan mengadap mama yang tengah berehat.

Maisarah: ok, saya dah bersedia.
Mama: (jadi penemuduga)  ok, cik. Boleh beritahu saya nama cik?
Maisarah: Saya Nur Maisarah binti Nor Affandi.

Perbualan ni berlanjutan hampir 20 minit jugak. dari segi cita-cita, minat, makanan kegemaran, hobi, orang yang paling disayangi, nama mama, apa yang mama buat, nama papa, papa kerja apa. (mama gelak golek2..hehehe..mama tanya papa pandai masak tak, dia pun bercerita). Sangat seronok dengar percakapan anak juga pendapat dia.

ok, tu cerita tentang Wana dan Maisarah. Sekarang kita tengok pulak tajuk kita. Dari hari ke hari, anak-anak akan banyak melalui proses pembelajaran, usianya pun makin meningkat. Jadi dalam entri yang ringkas ni, wana nak kongsikan tips buat anda dan juga diri saya ke arah komunikasi yang berkesan terutama dalam proses berkomunikasi dengan anak yang makin hari makin membesar. (teringat time wana jadi fasilitator dulu, talk wana tentang Dunia Remaja, semuanya berlingkar tentang KOMUNIKASI)

Jom kita tengok, proses komunikasi itu secara keseluruhannya. Komunikasi merupakan satu proses penyampaian mesej/maklumat yang melibatkan dua pihak dan juga boleh berlaku dalam satu kumpulan. Proses komunikasi ni melibatkan komunikasi 'Verbal' (lisan) yang meliputi perkongsian idea atau luahan pendapat dan 'Non-verbal' (bukan lisan) yang melibatkan pergerakan badan.



Melalui komunikasi lisan, kita dapat mempelajari tentang apa yang difikirkan sementara melalui komunikasi bukan lisan, kita dapat mengenalpasti tentang perasaan. Melalui komunikasi, seseorang dapat memahami apa yang anda fikir dan rasa. Secara ringkasnya, komunikasi yang berkesan melibatkan pendengar yang baik dan jujur dalam sesuatu perbincangan.

Agak berbeza komunikasi dengan anak-anak yang masih kecil dengan anak yang meningkat dewasa. Konsepnya sama, cuma praktikalnya berbeza.



Tips komunikasi berkesan (sama-sama kita praktikkan)
  • Tunjukkan minat semasa berbual
  • sentiasa memberi tumpuan ( sabar dan luangkan masa untuk berkomunikasi, jangan mencelah dengan cerita anda, terutama anak yang remaja ingin sekali rasa diri mereka dihargai)
  • Berhenti bercakap (anda tidak boleh memberikan tumpuan kepada apa yang anak sedang bicarakan jika anda sama sibuk bercakap)
  • Jadilah pendengar yang AKTIF (pendengar yang baik mampu menyimpulkan fakta untuk pemahaman mereka, jangan teragak-agak untuk bertanya semasa perbualan tersebut)
  • Sesuaikan diri anda dengan emosi mereka ( ini akan membantu anak anda rasa selesa bila berbicara, juga menunjukkan anda seorang yang empati)
  • Tidak terus memberi nasihat kecuali diminta (dengar segala luahan mereka, JANGAN JANGAN mencelah, biarkan mereka selesai berbicara, tugas anda adalah sebagai pendengar, JANGAN cepat memberikan hukuman, pastikan anda memberi nasihat yang membina)
  • Bayangkan diri anda seperti mereka (pastinya dulu anda pernah melalui zaman kanak-kanak, remaja, jadi dari situ anda akan lebih mengenali akan mengetahui perspektif pemikiran remaja)
  • Sabar dan kawal emosi
  • Galakkan anak anda meneruskan perbincangan (teruskan menunjukkan anda masih berminat dan prihatin)
  • Gembira (positif, sebagai ibu bapa anda mesti lah ada ciri-ciri positif. Pandangan yang POSITIF akan menghasilkan perbualan atau perbincangan yang produktif dan membina.

" Sayangi, Kenali dan Selami anak-anak anda "




salam sayang

Mama Wana, Mama yang HEBAT
id918791
0199904429 



No comments:

Post a Comment