Monday, December 30, 2013

CABARAN DAY 12 (entri 1) kereta idaman Wana

Bercerita tentang kereta idaman, ni idaman wana Hyundai tucson. Tiap kali pergi office en suami, mesti wana akan tengok. 

Dah puas pakai sedan, kita bertukar angin pulak :)

In shaa Allah kalau ada rezeki lebih pada 2014 ni in shaa Allah nak dapatkannya. Tak beli dengan orang lain, minta en suami aje uruskan. En suami wana Sales Advisor kat situ :)



CABARAN DAY 11 (entri 2) darah tinggi & mitos

Pada entri yang lepas, wana ada bercerita tentang DARAH TINGGI, MEKANISMA,PENYEBAB,KOMPLIKASI dan CARA MENGATASI (boleh klik tajuk ni untuk terus ke post sebelumnya ya). Satu kupasan dan topik yang berat.



Entri kali ni lebih kepada Mitos tentang darah tinggi. Ianya mengenai persepsi sesetengah masyarakat tentang silent killer ini.
  • MITOS 1. Tekanan darah tinggi diwarisi dalam keluarga saya. Tidak ada apa yang boleh saya lakukan untuk mengelak daripada terkena darah tinggi dan pasti saya akan dapat juga penyakit ni..ini SALAH. Betul, darah tinggi ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh faktor genetik dan kemungkinan untuk anda mendapatnya ada. Tetapi hakikatnya, anda dapat terhindar daripada penyakit ini, jika anda mengamalkan perubahan dari segi gaya hidup, antaranya:
      •  pemakanan yang sihat, mengurangkan penggunaan garam dalam makanan
      • bersenam atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh
      • menjaga berat badan yang sihat
      • atasi stress
      • elakkan daripada merokok
      • elakkan minum alkohol
      • ikut nasihat dan panduan doktor anda
  • MITOS 2. Saya telah mengawal penggunaan garam, dah tak ambil garam dalam penyediaan makan, maka saya takkan terkena darah tinggi. Bagus jika anda mengurangkan penggunaannya, tapi sedarkah anda, kandungan garam juga terdapat dalam perencah, kicap, sos yang anda gunakan?? Contoh kalau makan di kedai2 makan, kita tak tahu berapa jumlah sudu garam yang diletak dan itu belum termasuk perisa tambahan.
  • MITOS 3. Saya menggunakan garam laut untuk memasak, bukan garam yang biasa.Garam laut adalah pengganti garam rendah sodium. Secara kimia, garam laut sama sahaja garam meja.
  • MITOS 4. Saya berasa sihat dan tak perlu risau tentang tekanan darah tinggi ni. Hakikatnya darah tinggi ni merupakan silent killer, ada yang tidak tahu atau tidak mengalami simptom2nya akan tetiba berakhir dengan masalah kesihatan yang serius. Ketahui lah, tekanan darah tinggi juga merupakan penyebab stroke no 1.
  • MITOS 5. Orang-orang dengan tekanan darah tinggi gelisah, mudah berpeluh, sukar untuk tidur, wajah tampak merah. Saya tidak memiliki ciri-ciri tu, pasti saya tiada tekanan darah tinggi. Sesuai dengan namanya Silent killer, ramai yang tidak memperlihatkan gejala dan tanda2 nya hingga la pemeriksaan rapi dilakukan.Dalam diam darah tinggi ni juga akan menggangu dan merosakkan aliran dan salur darah, jantung dan organ2. Jadi, buat lah pemeriksaan yang rapi untuk mengukur tahap kesihatan anda.
  • MITOS 6. Saya ada darah tinggi dan doktor telah melakukan pemeriksaan kepada saya, jadi saya tak perlu memeriksanya di rumah. Perlu kita memantau aras tekanan darah kita, jadi dengan cara itu kita akan alert dan berjaga2 tentang pemakanan dan gaya hidup. Ada yang berpantang makan.
  • MITOS 7. Saya telah disahkan oleh doktor dengan darah tinggi dan sudah berpantang makan untuk memastikan tekanan darah saya ok, jadi saya berhenti makan ubat-ubatan saya. Tekanan darah tinggi ini dapat menjadi penyakit seumur hidup, Dapatkan khidmat nasihat dan rujuk doktor anda. Jangan pula jadi doktor sendiri ye.

SAYANGI DIRI ANDA
HIDUP SIHAT TANPA DARAH TINGGI





Sunday, December 29, 2013

CABARAN DAY 11 (entri 1) Kata2 yang sangat bermakna bagi Wana

Menyentuh tentang Quote ni, ada 4  yang berada di tangga teratas dalam hidup wana.


  1. Memetik kata-kata Tun Dr Mahathir "Hanya yang cekal dan tabah yang akan menuju ke mercu kejayaan" (kata-kata ini setiap hari membuatkan wana kuat, alhamdulillah wana sentiasa positif dalam apa yang wana lakukan..kalau sesuatu tu gagal atau tak jadi, wana tak rasa down, stress atau cepat mengalah..sebaliknya, esok wana akan terus cuba lagi hingga berjaya). Agaknya didikan abah dari kecil, didikan seperti tentera yang berdisiplin dan tegas.Sekarang senyum bila ingat zaman kecik2 dulu..itu yang menjadikan wana kuat, kental dan tabah sehingga ke hari ni. Alhamdulillah wana bersyukur kerana mempunyai mereka sebagai orang tua wana.
  2. Wana tak pasti yang ni wana dengar daripada siapa..tapi macam dari Dato' Haji Fadzilah Kamsah " Kalau nak berjaya, jangan banyak alasan kerana orang yang banyak beralasan adalah orang yang kurang atau susah nak berjaya" (kata2 ni terus wana pegang hingga ke hari ni, dan wana ada perturunkan kepada pelajar2 wana untuk membakar semangat..nak2 bagi students yang liat atau lambat nak hantar assignment mengikut masa yang dah ditetapkan)
  3. yang satu lagi ni kata2 daripada Mak dari kecil, " Boleh & berjaya bagi mereka yang berusaha..tiada apa yang mustahil"
  4. last ni, kata2 yang wana pegang hingga ke saat ini. Ada wana perturunkan kepada students " Dalam hidup ni,kita sentiasa ingat Allah & taat kepada ibu bapa..in shaa Allah anda akan selamat dan berjaya dunia akhirat"


Pedihnya..ulser mulut

Ulcer mulut, wana percaya semua orang pernah mengalaminya. Dulu2 wana pernah mengalaminya tapi sejak consume Shaklee ni wana perasan yang wana tak pernah dah kena ulser mulut ni..Alhamdulillah. Hari ni kita nak bercerita sedikit sebanyak tentang Ulcer mulut, mengenal faktor penyebab, tanda-tanda serta cara nak atasinya.

Ulser mulut ni merujuk kepada lepuhan yang memedihkan dalam mulut (macam dalam gambar ni), berwarna putih/kuning dan dikelilingi oleh bulatan merah.Kita akan merasa pedih dan sakit bila bahagian ni terkena makanan ataupun minuman. Biasanya berlaku di dinding mulut, gusi, lelangit dan kadangkala melibatkan anak tekak. Boleh berulang tapi tidak berjangkit. Biasa mengambil masa dalam 2 ke 3 minggu untuk sembuh dengan sendiri.

Punca-puncanya masih belum diketahui secara jelas, tapi terdapat beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengan ulser ni:
  • kecederaan pada lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makan tajam, menggosok gigi dengan kuat (boleh luka gusi)
  • pertahanan badan yang lemah
  • kekurangan zat dalam hidangan makanan
  • stress
  • pengambilan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan dihidrasi (kekeringan)
  • kurang minum air masak
  • kitaran haid (hormon)
  • kekurangan vitamin C dan B12
  • alahan terhadap makanan (contohnya nenas)
  • penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman

Bagaimana boleh berlaku?

  • kecederaan fizikal pada mulut
  • tindak balas pertahanan badan kepada bahan kimia/biologi (contohnya :jangkitan)

Langkah-langkah yang boleh dilakukan?

  • jauhi makanan yang terlalu banyak rempah
  • banyakkan minum air masak
  • kurangkan minuman berasid
  • gunakan antiseptik untuk berkumur
  • elakkan memberus gigi terlalu kuat
  • letak sedikit ais di kawasan ulcer untuk melegakan sakit
  • elakkan stress/tekanan perasaan dengan mengambil B complex
  • ambil makanan yang kaya zat besi atau supplemen yang kaya zat besi
  • vitamin A dan D untuk kesihatan lapisan mulut
  • untuk meningkatkan pertahanan badan (imuniti) boleh juga ambil Vitamin C, sayur-sayur & buah-buahan
  • makanan seperti yogurt dan probiotic dapat seimbangkan bakteria baik dalam tubuh dan mungkin dapat membantu
  • Bonjela untuk mengurangkan kesakitan (dapatkan daripada farmasi)
Pemeriksaan lanjut perlu anda lakukan sekiranya:
  • saiz ulser yang besar (melibihi 2/3 mm)
  • ulser berdarah
  • tidak sembuh dalam masa 3 minggu




CABARAN DAY 10 (entri 2) KEPUTIHAN???eeee..eerkkk

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah kita teruskan post kita hari ni dengan topik KEPUTIHAN. Wana sedia maklum, mesti ramai yang tahu tentang keputihan ni.. ada yang menyedari mengambil alternatif merawat dan ada yang buat tak tahu aje.huhu...Hakikatnya, masalah keputihan ni perlu diatasi segera kerana ia akan menggangu kualiti hidup anda.



Masalah keputihan ni boleh kita katakan sebagai pengeluaran cairan daripada vagina. Cabaran tersebut biasanya keluar dalam keadaan pekat, cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau, berbau atau tak berbau. Masalah yang perlu dipandang serius di sini adalah, adakah keputihan yang anda alami alah keputihan normal atau berpenyakit??

Pengeluaran cairan adalah normal jika keadaan cairan sedikit, jernih, tidak berbau dan tidak gatal. Sifat serta banyaknya keputihan wanita menunjukkan sebab mengapa ia berlaku. Selain itu, perlu diperhatikan, sama ada dia terus berlaku secara terus menerus atau seketika sahaja, warna, bau, rasa gatal ataupun tidak.




Contoh-contoh keputihan yang abnormal:
  1. jangkitan KULAT, keputihan yang berwarna putih atau kuning, berlaku secara berterusan disertai gatal, kebiasaannya disebabkan oleh Candida albicans (teringat time buat final year project time degree dulu2..wana buat pasal kulat2 ni).
  2. jangkitan trichomonas, biasanya akan keluar cairan hijau dan gatal.
  3. jangkitan bakteria, Vaginosis..keluarnya cairan kelabu dan berbau.
  4. daripada perhubungan seks, biasa mengeluarkan cairan bersifat cheesy, berbau dan mungkin bercampur darah.
  5. kanser pangkal rahim, keluar cairan tetapi tak gatal tapi berbau busuk. 
Antara PENYEBAB Keputihan:
  • Sering menggunakan tisu saat membasuh bahagian miss V, sehabis buang air kecil mahupun buang air besar 
  • Memakai pakaian dalam yang ketat
  • Sering menggunakan WC Umum (flush toilet) yg kotor 
  • Tidak mengganti panty liner 
  • Membilas vagina dari arah yang salah. Iaitu dari ke arah anus ke arah depan vagina 
  • Sering bertukar celana dalam dgn orang lain 
  • Kurang menjaga kebersihan vagina 
  • Kepenatan yang amat sangat 
  • Stress 
  • Tidak segera mengganti pad saat menstruasi 
  • Memakai sebarang sabun untuk membasuh vagina 
  • Tidak menjalani pola hidup sehat (makan tidak teratur, tidak pernah olah raga, tidur kurang) 
  • Tinggal di kawasan atau tempat yang lembap 
  • Lingkungan sanitasi yang kotor. 
  • Sering mandi berendam dengan air hangat dan panas. 
  • Sering berganti pasangan dalam berhubungan sex 
  • Kadar gula darah tinggi 
  • Hormon yang tidak seimbang 
  • Sering menggaru vagina
  • Ubat seperti antibiotik , ubat yang mengandungi estrogen
Cara mengatasinya:
  • Menjaga kebersihan di daerah vagina dan sekitarnya.
  • Sebaiknya tidak menggunakan pembilasan vagina secara kerap.
  • Pasangan seksual juga harus menjaga kebersihan kelamin. Jangan menularkan penyakit ke pasangannya. 
  • Biasakan membasuh vagina dengan cara yang betul, iaitu dengan gerakan dari depan ke belakang. Cuci dengan air bersih setiap buang air dan mandi. Membasuh vagina lebih sering dalam satu hari sangat membantu mengurangi kelembapan kerana akan menghilangkan sisa cairan, kotoran, dan keringat. Lebih di anjurkan tidak menggunakan cairan pembersih, cukup dengan sabun biasa seperti digunakan untuk mandi.(jangan pula basuh kat situ) Sebab beberapa pembilas vagina yang akan membawa pergi bakteria baik yang ditugaskan untuk menjaga pertahanan pada vagina. Biasakan mencuci tangan sebersih-bersihnya sebelum digunakan untuk membasuh. 
  • Menggunakan pantyliner harus diganti 3 – 4 jam. Prinsipnya, sering-seringlah mengganti pantyliner. 
  • Saat menstruasi, pad juga harus diganti sekerap mungkin. Darah merupakan media yang baik untuk pertumbuhan kuman. 
  • Hindari terlalu sering menggunakan bedak di sekitar vagina, tisu harum atau tisu toilet, hal itu akan membuat vagina lebih terdedah kepada jangkitan. 
  • Hindari suasana vagina lembap berpanjangan kerana pemakaian pakaian dalaman/underwear yang basah, jarang di ganti, tidak menyerap keringat, atau memakai jeans yang terlalu ketat. 
  • Perhatikan kebersihan penggunaan air atau tadahan air. Keputihan biasa terjadi jika air yang digunakan tidak bersih, jadi bersihkan tab mandi, baldi tadahan air, cebuk mandi agar dapat menghalang kekotoran dan pembiakan bakteria.
SHAKLEE & atasi keputihan (boleh klik link ni ye )

Jalani hidup yang sihat & bahagia
ATASI KEPUTIHAN

Saturday, December 28, 2013

CABARAN DAY 10 (entri 1) Outdoors kegemaran wana

entri yang wana suka...hehe...bila sentuh tentang outdoors ni wana suka aktiviti yang lasak. Salah satunya adalah jungle tracking..kalau g kursus, kem2, bawak students buat fieldwork, time BTN dulu2..memang aktiviti favourite tu..jangan tak tau, wana akan jadi kepalanya. Satu kepuasan dan kenikmatan bila mendaki, mengharungi bukit2, sungai, melihat keindahan alam..Subhanallah..kemudian tiba balik ke tempat asal kita. 


Teringat lagi time BTN dulu..wana BTN kat Ulu Sepri, Rembau, Negeri sembilan yang melibatkan pelajar2 master & phd seluruh Malaysia yang dapat scholarship (NSF) under MOSTI..sangat best. Gelap hari dalam jam 4-5pagi tak silap wana, kami naik mendaki & wana jadi kepala kat depan..di sini, apa yang dapat kita pelajari adalah teamwork, pentingnya bertindak mengikut arahan ketua. Alhamdulillah dapat mendekatkan diri kepada alam ciptaan Allah. Pagi2 udaranya sangat BEST. Wana kalau bab g kursus or camping memang alatan lengkap, torch lite, surah yasin & segala peralatan yang perlu lengkap.

Aktiviti yang lain adalah flying fox..yeah..memang best..yehuuuu..rasa badan di awang2an & best...hilang segala letih, penat, rasa sangat lapang dan lega. Alhamdulillah..Subhanallah, indahnya bumi mu Ya Allah.


Aktiviti outdoor seterusnya yang wana suka, adalah tarik tali..nak2 dulu2 time orentasi junior2, memang wana takkan lepas peluang join team senior lawan team junior dalam tarik tali..dulu2 time degree, orentasi kos kami buat kat Pantai Tok Jembal :) 


Pendek kata, Wana suka aktiviti yang lasak dan mencabar tenaga. Sangat best , puas rasanya.

Bila dah ada anak & family ni outdoor dah berubah sikit..Mamanya ada time2 akan lakukan aktiviti lasak. Bila family time, bawak Maisarah g playground untuk bakar lemak, berpeluh dan bergaul...Dia mudah dapat kawan, sama macam mamanya jugak. heee...dan selain tu bercuti, jenjalan satu family. Alhamdulillah atas segala nikmat dan kebahagiaan ini. :)





Badan anda BER "TOKSIN?"??


ada seorang sahabat rasa kurang sihat, badan lenguh-lenguh, jadi dia terus ke klinik untuk pemeriksaan dan yela segera nak atasi masalah ni..yela, asyik rasa tak sedap badan dan kemudian doktor bagitau semua ok. Jadi, berfikir lah dia..apa penyebabnya..mungkin banyak toksin dalam badan.


Jadi macam mana nak kenalpasti sama ada dalam badan kita ber toksin??
  • badan rasa letih, lemah dan lesu tanpa sebab
  • tak boleh fokus bila melakukan sesuatu
  • sakit kepala
  • sakit sendi
  • mudah dijangkiti selsema
  • insomnia
  • nafas berbau
  • badan berbau
  • asyik kentut, kembung dan senak perut
  • alahan/ alergik pada makanan
  • masalah kulit seperti jerawat, kudis, eczema
  • sembelit
  • kemurungan
  • mudah marah
  • sakit belakang
  • buasir
  • resdung
  • mood tak menentu
Bagaimana nak atasi masalah ni??
  1. Amalan pengambilan makanan yang seimbang, lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi antioksida.
  2. Minum air yang secukupnya supaya proses dalam badan lancar.
  3. Juga melalui pengambilan supplemen seperti:
  • Alfalfa complex: herba yang dikenali dengan sifatnya membuang toksin
  • Vitamin C : antioksida
  • DTX complex: Vitamin khas untuk membuang toksin

BERMINAT, TERUS HUBUNGI SAYA
SID YANG CERIA
ID SHAKLEE 918791
0199904429 SMS/WHATSAPP/LINE
tulipcomey@gmail.com


Friday, December 27, 2013

CABARAN DAY 9 (entri 2) Period TAK TERATUR??? ha??


entri kali ni lebih berkisar tentang wanita, gadis, perempuan..tentang PERIOD..kalau wana istilah cover, BENDERA JEPUN..hehehe..alhamdulillah kita wanita dianugerahkan pelbagai keistimewaan oleh Allah..Alhamdulilllah berpeluang merasainya.

PERIOD/HAID, wana pasti semua orang tau tentang ni kan?? setiap bulan, setiap wanita akan mengalaminya...tapi ada juga segelintir daripada kita yang TIDAK keluar haidnya, cycle period yang tak menentu, period tak lancar...semua ni sedikit sebanyak menggangu kualiti kehidupan seharian. Orang2 tua tu ada juga mengatakan yang bila perempuan yang period tak teratur ni sukar mendapat zuriat. Ada betulnya kerana sedikit sebanyak ia akan menggangu kualiti kesuburan seorang perempuan.

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan masalah period tak teratur ni. Antaranya termasuk lah:-

  • BERAT BADAN yang tak stabil atau BERAT BADAN berlebihan
  • POLA PEMAKANAN yang tak sihat/tak seimbang
  • Stress
  • BF mummy (kes ni biasa nya normal kerana hormon memainkan peranan)
  • Masalah kesihatan
  • Melakukan aktiviti berat dan badan sangat penat

Ada seorang sahabat yang datang bercerita dengan wana, periodnya tak teratur, ada senggugut kuat, berat badan yang kian meningkat..sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Jadi mendengar cerita nya, wana pun suggest kat dia, SLIMMING SET berserta GLA COMPLEX.

Alhamdulillah setelah consume tu, dia whatsapp wana ni:-



TERUS HUBUNGI SAYA SID ANDA YANG CERIA
NURAZWANA ZAKARIA ID 918791
0199904429
tulipcomey@gmail.com






CABARAN DAY 9 (entri 1) Impian yang sedang diusahakan

Alhamdulillah sejuk dan segar rasanya. Post kali ni juga topik santai, impian yang sedang diusahakan. 

Selain daripada SHAKLEE, Wana juga buat online Biz tentang kelengkapan bayi dan kanak-kanak serta aksesori anak2 (MamaMaisarah Boutique) ni untuk page blog kami, kalau fanpage klik sini (Fanpage FB MamaMaisarah Boutique)  alhamdulillah dah siap perancangan untuk melebarkan sayapnya. Wana juga ada menjual set penjagaan kecantikan harian, boleh refer pada link ni (MamaMaisarah Beauty Shop). Alhamdulillah hampir 3 tahun berada dalam bidang online biz ni.

Selain daripada tu, make up draft proposal untuk phd. Kembali membuat pembacaan scientific journal yang berkaitan...in shaa Allah tahun 2014 tahun untuk mengejar kecemerlangan :). Mengejar cita-cita dan impian serta minat. Masih lagi berada dalam track yang sama iaitu Penyelidikan Sains Perubatan, in shaa Allah 


Moga2 impian kita semua tercapai & dimurahkan rezeki. Amin..Amin.. In shaa Allah

"impian pasti kan ku gapai"

Thursday, December 26, 2013

CABARAN DAY 8 (entri 2) Resdung kah aku??


Dalam entri yang lepas, ada wana kaitkan resdung dan peranan SHAKLEE untuk membantu mengatasi dan mengurangkan masalah ini. Boleh rujuk entri yang lepas..klik je kat link ni (Set resdung SHAKLEE). Kali ni, kita bercerita tentang Tanda2 Resdung. Ada antara kita ni, tak tahu sama ada dia resdung, ada yang anggap selsema biasa, sebaliknya ada juga buat tak endah walau dah tau.

Ok, apa tanda-tandanya seseorang tu resdung??



  • hidung tersumbat/sentiasa berair/selsema setiap masa 
  • hidung & nafas berbau busuk (boleh tanya jawapan jujur daripada orang yang rapat dengan anda)
  • gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
  • kerap bersin di waktu pagi (wana ingat lagi, tapi lupa dah siapa yang bagitau wana..kalau bersin pagi2 lebih daripada 2 kali..maknanya kita selsema..so far ada betulnya..tu pada wana la)
  • rasa berat muka atau sakit terutama dikawasan di antara mata
  • sakit tekak berpanjangan atau berulang
  • mengalami demam atau rasa tak sedap badan berpanjangan
  • kerap sakit kepala
  • banyak kelemumur
  • banyak jerawat
  • keputihan (wanita)
Ada di antara tanda-tanda di atas yang muncul secara berulang terutama pada waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas makan seafood (makan sedap2 ni selalu jadi lupa diri..hehehe) , belacan, budu, cencalok dan angkatannya :).

Sekiranya anda mengalami gejala di atas, anda mungkin mengalami resdung. Hal ini tidak boleh dibiarkan berlarutan dan perlu dirawat segera. Jom kita tengok pula kesan-kesan resdung. Antaranya termasuklah ;
  • hilang deria bau
  • pelupa atau daya ingatan yang lemah
  • lubang hidung bengkak dan tersumbat
  • kalau dibiarkan berlarutan, makin teruk dan perlu di 'operate'

Sayangi diri anda, cegah & rawat sebelum terlambat 

Salam sihat, ceria & bahagia
NURAZWANA ZAKARIA
SHAKLEE ID 918791
0199904429 sms/whatsapp/line
tulipcomey@gmail.com




CABARAN DAY 8 (entri 1) destinasi pelancongan impian

bercerita tentang tempat pelancongan....perkara yang terbayang dalam kepala wana 2 benda iaitu gajet & tulip.. jadi wana pasti semua dapat teka kan ke mana?? KOREA & BELANDA. Mesti bagi yang lain, suka g tempat2 shopping..tapi wana kurang suka ber shopping..melainkan kalau ade keperluan untuk ke situ.

Bercerita tentang tempat pelancongan impian, tempat pertama berkaitan Gajet, wana bukan la jenis suka tukar2 gajet..tapi suka tengok kecanggihan teknologi...kalau ada lebih $$$ , apa salahnya grab..hahaha..Oleh kerana gemar dengan drama & movie korea (tak la fanatik ye..), maka nak merasai sendiri suasana di sana. Ada gak survey rate nak ke sana, in shaa Allah :)

ngeee.. :)

kita story tentang bunga pulak ya..Wana seorang perempuan yang kurang suka bunga (mesti orang lain suka kan??)tapi entah macam mana boleh jatuh hati kat tulip..sebab tu, dikalangan geng2 online dolu2, kenal wana dengan nickname Tulipcantek :) 

Masih wana ingat lagi..Bunga pertama yang wana terima yang sangat bermakna dalam hidup wana adalah daripada husband wana time wana konvo master..mesti dia nampak muka wana lain kan..hehehe.(malu i)..tu bunga pertama yang wana dapat dari seorang lelaki, sejambak mawar merah yang fresh..

Macam mana hati ni tak jatuh chenta dengan tulip..jom la tengok website ni & anda akan faham...klik link ni ye.. (Tulip Garden).. cantik nya..segar mata memandang.. Subhanallah.



Tempat ketiga adalah di Australia. Yang ni in shaa Allah kalau ada peluang nak buat attachment kat sini nanti, ada kawan supervisor master wana kat Melbourne yang buat research tentang TB yang lebih advance. In shaa Allah.

Buat masa ni, jalan2 dalam negara dulu sebab masih ada lagi tempat2 menarik yang masih belum dikunjungi.

Salam sayang
~Wana ~







CABARAN DAY 7 (entri 1) Buku kegemaran saya

entri yang santai berkenaan buku kegemaran saya. Banyak sebenarnya buku kegemaran wana. Yang wana nyatakan kat sini adalah yang berada di tangga teratas.
  1. kitab yang paling tenang bila kita alunkan bacaan adalah Al-Quran. Tenang rasanya diri ini bila menyebut kalimah suci. Alhamdulillah masih diberi kesihatan dan umur untuk membacanya.
  2. Seperti gambar, yang putih tak berapa nak tebal tu..buku basic concept in immunology. Hampir 6 tahun bersama buku tu. Walaupun saiznya sebegitu, sarat dengan info & concept yang mudah difahami. Sebab dalam Immunology ni banyak proses atau mekanisma yang berkaitan. Ada 2 buah lagi berkenaan TB, sebab research wana pasal TB..jadi banyak rujukan ke situ.
  3. Yang dalam fail bear light brown tu, scientific journal yg berkaitan infectious disease, mechanism, Immunology...semua ada.TB in children, women & world wide, method..semua tu menjadi rujukan wana..banyak sebenarnya fail tapi ni fail favourite wana.Banyak lagi yang tak print, ada dalam lap top wana.
  4. Yang belakang berderet tu, novel2 yang wana ada..ade lagi 2 bji novel yg dolu2..tapi rasanya kat rumah mak. ok, novel tu hobi wana di masa lapang. Semua novel ni reward wana untuk diri sendiri setiap bulan. Kebanyakkannya wana shop online di website penulisan2u & karyaseni. Cuma ada satu yang kulit ijau tu beli kat Pustaka Seri Intan. Pergi ke kedai buku memang kegemaran wana, duk berejam kat situ pon xpe..rambang mata tgk buku2..Maisarah pun dpt share nye..hehe..alhamdulillah dia memang suka pada buku.
  5. Selain daripada tu, wana gemar membaca artikel online.

Simple entri untuk hari ni :)
Membaca membawa ketenangan & menambah ilmu di dada :)

Salam Manis
~ WANA ~

Wednesday, December 25, 2013

Subhanallah Ikan naik ke darat di Lahad datu, Sabah

Semalam gempar & masuk berita (wana tengok kat tv3 semalam) tentang ikan2 banyak melompat ke darat di Lahad Datu, Sabah. Video yang wana upload ni husband wana terima time maghrib, whatsapp daripada seorang sahabat sekolahnya. Maknanya sebelum masuk berita la kan..

Subhanallah, banyaknya ikan2 melompat naik ke darat. Ramai yang bimbang kerana mengenangkan tanda2 tsunami sebelum2 ni seperti ini. Tapi ada juga yang mengatakan normal kejadian ni berlaku di sana. Ada yang mengatakan berlakunya gempa di Filipina..Wana scroll FB semalam, ada yang mengatakan ada longgokan kerang naik ke darat. Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU MAHA MENGETAHUI setiap segala-galanya.

Limpahkan rezeki kepada kami & lindungi kami YA ALLAH

Amin.amin.


video

CABARAN DAY 7 (entri 2) Atasi Rambut gugur dengan penjagaan rapi



entri kali ni kupasan tentang penjagaan rambut untuk mengatasi rambut gugur, pada post yang lepas wana ada buat perkaitan rambut gugur dan peranan Shaklee  (jemput klik pada link tu ye untuk lebih info)


ni set SHAKLEE untuk masalah rambut gugur


dah banyak bercerita tentang Shaklee & rambut gugur, kali ni kita lebihkan kepada penjagaan rapi rambut untuk mengatasi masalah ini.

Penjagaan

  • Penjagaan pemakanan
  • Makan makanan seimbang agar kesihatan dapat dijaga.
  • Amalkan makan vitamin A,B,C dan E khusus untuk penjagaan rambut.
  • Hindari penggunaan syampu yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur.
  • Hindari penggunaan pengering rambut atau gel yang boleh menyebabkan rambut gugur/kering/.
  • minum air dengan kadar yang mencukupi
  • kerap mencuci rambut 4-5 kali seminggu (kalau wana selang sehari, sebab kita memasak & aktif...buat rambut berminyak)

Bahan yang sesuai

Pastikan menggunakan jenis bahan yang sesuai dengan rambut anda. Contoh minyak rambut yang sesuai yang berfungsi untuk merawat rambut yang gugur dan kering. Selain itu ia bertindak dalam pertumbuhan rambut lebih bersinar dan segar. ELAKKAN kerap mewarnakan rambut.


Cucian
Anda perlu tahu penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Penggunaan syampu yang betul memberi kesegaran pada rambut. Jika tersilap pilih, rambut lebih mudah gugur atau kering. 

Penggunaan krim

Setelah rambut dicuci dengan syampu, krim khusus untuk rambut haruslah disapukan ke rambut. Tujuannya agar dapat mengawal rambut supaya tidak reput dan beruban. Penggunaan krim juga turut bertindak merangsang pertumbuhan rambut lebih segar dan sihat serta melancarkan pengaliran darah pada rambut agar lebih stabil.


Air suam/jus

Pengambilan minuman turut memainkan peranan terhadap rambut kita. Amalan minum air suam ataupun jus buah-buahan, sekurang-kurangnya 3 liter air sehari bukan sahaja untuk kesihatan badan serta organ dalaman tetapi mampu memberi kesegaran pada rambut dan kulit.


Jenis sikat & penyimpanan
Pilih sikat yang sesuai dengan rambut anda, jangan sikat rambut dengan kasar (ada yang sikat rambut macam nak marah..hehehe) , jangan gunakan sikat yang terlalu rapat dah tajam matanya sebab bimbang mencederakan kulit kepala serta menggalakkan pembukaan liang akar rambut. Geseran yang berlebihan antara sikat dan akar rambut pun mengundang kepada keguguran rambut.

Menyentuh tentang penyimpanan sikat, kita mesti menyimpan sikat di tempat yang bersih daripada habuk. Sungguhpun begitu, sebelum sikat tu..cuci la dulu sikat kerana kita bimbang kekotoran atau habuk2 melekat pada sikat dan seterusnya mencemarkan kulit kepala. Yang juga boleh membawa kepada kulit kepala yang tak sihat.




CABARAN DAY 6 (entri 2) Kenali Pembunuh tersembunyi


Jantung merupakan organ yang penting yang berfungsi sejak kita dalam kandungan ibu lagi sehingga individu itu meninggal dunia. Tugasnya mengepam darah untuk membekalkan nutrien dan oksigen. Alhamdulillah setiap hari kita merasakan degupannya.

Sakit jantung atau penyakit kardiovaskular merupakan gangguan atau keadaan yang mempengaruhi jantung dan salur darah. Terdapat pelbagai jenis atau cara serangan penyakit jantung ni..istilah penyakit jantung tu terlalu luas skopnya..jom kita tengok antara jenis-jenis sakit jantung:

  • Atherosclerosis : terbina oleh kolestrol, kalsium dan bahan pembekuan darah di dinding arteri. Bahan yang terbina dipanggil plug (lemak).
  • Cardiac arrhythmia: ritma jantung yang tidak normal
  • Cardiomyopathy : otot jantung yang lemah dan segala yang bersangkutan dengan otot jantung
  • Congenital heart defect : masalah dengan struktur jantung.
  • Coronary artery disease : pembatasan arteri koronari untuk membekalkan darah an oksigen ke jantung.
  • Heart attack (myocardial infarction) : kekurangan darah beroksigen ke otot jantung.
  • Heart failure : Keadaan bila jantung yang rosak akibat serangan jantung atau daripada serangan jenis sakit jantung yang lain.
  • Heart valve disorder : kegagalan injap jantung yang menyebabkan tekanan yang abnormal pada jantung.
  • Myocarditis : Jangkitan pada lapisan tengah dinding jantung
  • Pericarditis : Jangkitan pada lapisan yang mengelilingi jantung. 

Ada yang memanggil sakit jantung ni sebagai sakit orang-orang kaya..hehe..sebarang penyakit yang nak menyerang tak kira orang tu kaya, berpangkat, ataupun miskin..semuanya melihat kepada bagaimana kita menguruskan kehidupan kita seharian.
Punca-punca yang boleh meningkatkan risiko serangan sakit jantung adalah seperti berikut:
  • kurang bersenam
  • pemakanan yang tak sihat
  • tabiat merokok
  • obesiti/gemuk
  • kencing manis/diabetes
  • tekanan darah tinggi
  • tekanan jiwa/emosi (stress)
Simptom-simptom sakit jantung
  • lesu& letih
  • susah atau sesak nafas
  • kesukaran melakukan aktiviti fizikal (terhad)
  • buku lali bengkak atau edema
  • saiz betis atau kaki yang besar (water retention)
Tanda-tanda awal sakit jantung
  • tekanan darah tinggi 
  • kecacatan pada injap jantung
  • masalah kapilari darah koronari
  • kadar denyutan jantung yang tak stabil
  • kencing manis
  • jangkitan otot jantung
  • masalah kesihatan yang lain 
Aliran proses serangan sakit jantung

Serangan sakit jantung berlaku apabila terdapat satu gumpalan darah terbentuk dan berkembang di salah satu saluran darah (arteri koroneri) yang membawa darah ke otot jantung. Jika pembekuan darah itu cukup besar, ia boleh menghentikan bekalan darah ke jantung dengan serta merta.

Tanda2 serangan sakit jantung??
  • batuk
  • tak selesa di bahagian dada
  • susah bernafas
  • pening atau sakit kepala
  • wajah pucat
  • rasa seakan nyawa akan berakhir
  • rasa nak muntah
  • gelisah dan berpeluh sejuk
  • emosi tak stabil
sekiranya anda rasa macam ni atau ternampak ade individu yang sedang diserang jantung, cepat2 call ambulans kerana serangan jantung boleh membawa maut serta merta yang tidak dijangka.


Cara mencegah serangan sakit jantung:
  • kekalkan berat badan yang sihat/berat badan unggul
  • bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
  • mengamalkan cara pemakanan yang sihat
  • elakkan merokok
  • cuba tenangkan fikiran dan elakkan stress yang berpanjangan (bagi muslim, banyakkan amalan rohani dan mendekatkan diri kepada Allah)
  • kerap melakukan pemeriksaan tekanan darah
  • awasi paras kolestrol dalam darah
"Mencegah itu, lebih baik daripada mengubati "


JOM HIDUP SIHAT DENGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT

SAYANGI JANTUNG ANDA

CABARAN DAY 6 (entri 1) Rumah Impian

ok, entri kali ni tentang rumah impian wana, sekarang wana duduk kat rumah flat. Sebelum berpindah ke Kuala Terengganu, kami tinggal di Batu 11, Taman Seri Mahkota Aman, Kuantan..rumah fasa baru kat atas bukit..Semi D..suka wana pada rumah tu...luas dan selesa 4 bilik & 2 bilik air (satu kat master bedroom) & satu kat luar. Oleh kerana panggilan tugas di Terengganu, jadi kami berpindah ke Kuala Terengganu ni..Lepas ni tak tau destinasi ke mana lagi, harapan wana..kalau berpindah kali ni yang terakhir kita menetap terus dah.

Bercerita tentang rumah impian, En Suami pun tau pasal rumah impian wana. Pattern yang pelik & unik serta ada balkoni..tu ciri2 nya..hehehe..pattern ni wana pernah nampak area Kampung kempadang, Jalan Sungai Soi, Kuantan. 
 .
Ni gambar yang kira hampir dengan design perumahan tu. Wana kurang suka rumah sebuah2, wana lebih suka tinggal dalam taman perumahan, sebab ramai orang dan kehidupan lebih berkomuniti serta lebih selamat. Rumah pun tak terlalu besar dan tak terlalu kecil..cukup untuk wana satu family dan tetamu yang nak datang. In shaa Allah, tahun 2014 tahun untuk mencapai impian :)



Tuesday, December 24, 2013

CABARAN DAY 5 (entri 1) Telatah Maisarah

Maisarah ni bab video2 dia kurang gemar, dia lagi suka ber posing depan kamera..wahhh..pantang ada yang nak ambik gambar..seronok le dia. ada beberapa video yang wana record..ade time dia baby dan ada yang time dah besar ni..banyak jugak sebenarnya..sikit2 sudah le..So enjoy.. hehe

ni cinta hati kami, NUR MAISARAH binti Nor Affandi :)

time snap gambar ni, Maisarah cakap nak buat muka comel la sekejap..hee



video


video


video


video

video
ni Maisarah yang latest :)