Tuesday, December 10, 2013

Sembelit di kalangan Bayi


Terseksanya kan bila kita tengok anak kita terutama yang masih baby lagi sembelit..ada yang menangis, merah muka meneran, ada yang luka akibat sembelit dan ada yang sampai seminggu belum membuang air besar. Alhamdulillah Maisarah tak sembelit time dia baby. Keadaan bayi yang tidak membuang air besar lebih daripada empat hari boleh kita kategorikan sebagai sembelit. Najis biasanya keras.


Apa penyebab kepada berlakunya Sembelit dikalangan bayi & kanak-kanak??
  • kurang makan. Jika bayi anak telah mula makan, kuantiti pengambilan makanan juga mempengaruhi ""buangan" nya. kalau anak makan sedikit, wajar jika 1-2 hari anak tidak membuang air besar.
  • kurang serat. (kurangnya pengambilan buah-buahan & sayur kepada anak..ni untuk kes yang dah boleh makan). kalau yang masih BF, menjadi tanggungjawab ibu mengambil makanan yang berunsur serat supaya anak mendapatkan khasiatnya dan seterusnya memudahkan bayi membuang air.
  • kurang minum air masak. (ni bagi bayi yang dah mula makan)
  • bagi ibu2 yang masih BF, awasi pemakanan anda. Ingat, apa yang anda makan akan mempengaruhi kualiti penyusuan anda. Makan & minum la sesuatu yang berkhasiat, kaya serat kerana sedikit sebanyak dapat membantu anak anda mudah membuang air besar.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya bayi anda sembelit??
  1. mandikan bayi anda (dengan cara ini, bayi lebih tenang dan najis akan lebih mudah dikeluarkan)
  2. urut perut bayi dengan minyak bayi
  3. cuba berikan bayi anda lebih air untuk melembutkan najis (ni bagi bayi yang dah boleh makan ye..bayi under 6m dilarang sama sekali)
  4. JANGAN menggunakan jari anda untuk mengeluarkan najis bayi anda kerana dikhuatiri akan mencederakan bayi anda.
  5. bagi bayi yang berumur 6 bulan ke atas, yang dah mulakan diet selain susu, ibu2 boleh melebihkan makanan yang kaya serat seperti sayur juga prune untuk membantu elakkan sembelit.
  6. bagi yang menggunakan susu formula, pastikan bancuhan anda mengikut sukatan yang ditetapkan. Susu yang dibancuh pekat juga mengundang kepada sembelit.
  7. seterusnya anda boleh berjumpa pakar kanak-kanak jika keadaan masih berlanjutan atau untuk mendapat khidmat nasihat berkenaan pengambilan susu formula yang sesuai.
Apa kata PETUA2 kita??
  • ambil beberapa helai daun keledek, ambil lendirnya dan sapu pada perut baby, biarkan kering..sapu 2-3 kali sehari..in shaa Allah
  • ambil sedikit asam jawa gaul2/ramas2 dengan sedikit air, biarkan ia pekat. Kemudian sapu dekat ubun-ubun bayi dan juga pusat. Yang ni orang dewasa pun boleh cuba
  • ambil 3-4 helai daun gelenggang, cuma letak aje bawah tempat dia tidur, in shaa Allah kejap aje dia kan "membuang".

apa kata SHAKLEE??
  • bagi kanak-kanak berusia 1 tahun & ke atas, anda boleh memberi mereka Meal shakes Shaklee (boleh terus hubungi saya) yang membantu penghadaman :)
Selamat mencuba!!


No comments:

Post a Comment