Monday, December 23, 2013

Kenali "ATOPIC ECZEMA"


entri kali ini tentang eczema yang lebih spesifik. Sebelum ni, wana just tau2 gitu aje tentang eczema ni..tak tau sangat tentang jenis2 eczema ni..alhamdulillah family sebelah wana tiada yang eczema. kalau sebelah husband wana, ada anak saudara yang eczema ni..tapi eczema yang biasa. ok, Jom kita berkenalan dengan topik ni ye.

Eczema adalah istilah yang biasa digunakan dalam kebanyakan inflamasi kulit (dermatitis). Jenis eczema yang biasa ditemui adalah atopic dermatitis. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai jenis eczema yang lain. Antaranya:
  • contact dermatitis
  • hand dermatitis
  • dyshidrotic dermatitis
  • neurodermatitis
  • nummular dermatitis
  • occupational dermatitis
  • seborrheic dermatitis
  • stasis dermatitis


ok, kita fokus kepada 'atopic eczema' yang merupakan keadaan kulit yang kronik dan mengambil masa yang lama untuk menghilangkannya. Atopic eczema ni menyebabkan kulit kering, gatal, kepedihan pada kulit dan ianya memerlukan pemerhatian dan penjagaan yang khas. Lebih kurang 90% individu dalam lingkungan usia bawah 5 tahun menunjukkan gejala atopic eczema ini.

Atopic eczema ni tak berjangkit, jadi tak perlu risau tersentuh atau anda memegang individu yang mengalami atopic eczema ni. Biasanya gejala ni berlaku dalam kelompok keluarga yang antaranya mempunyai ahli keluarga yang asthma, eczema atau 'hay fever' (Allergic Rhinitis)



Simptom atopic eczema:
  • rasa tersangat gatal. Kadang-kadang gatal, lepas tu hilang kejap..kemudian datang lagi rasa gatal yang teramat. **bagi bayi, lebih kepada bahagian kulit kepala dan muka terutama pada bahagian pipi. Ruam susu yang biasa dilihat pada bayi merupakan tanda-tanda awal masalah eczema, terutama jika ibu bapa bayi menghidap penyakit atopik atau alahan lain. **bagi golongan dewasa, di bahagian celah siku, pelipat kaki, leher, bahagian atas dada, pergelangan tangan. Kedudukannya biasanya tidak tetap pada suatu kedudukan.
  • Ruam
  • kulit pecah-pecah, mengeluarkan cecair jernih dan bersisik
  • bijik2 merah, kering dan bersisik
  • Tanpa pengubatan atau penjagaan yang rapi, kulit akan menebal untuk mengelakkan daripada kerosakan kulit yang lebih teruk. Keadaan ini dinamakan "lichenification"
ni contoh 'lichenification' 

Siapa yang BIASA MENGALAMI??
  • kira-kira 10-20% populasi di dunia mengalami atopic eczema ni
  • dianggarkan 65% mengalami atopic eczema pada tahun pertama kelahiran, 90% mengalami nya sebelum usia 5 tahun. Kes-kes terpencil boleh berlaku semasa remaja atau usia ke atas.
  • ramai kanak-kanak yang mengalami atopic eczema akan pulih ketika berusia 2 tahun, namun 50% akan terus mengalami dan menunjukkan tanda-tanda eczema kebiasaannya melibatkan "hand eczema"
  • boleh berlaku pada semua jenis kulit dan pelbagai bangsa



Faktor-faktor yang mendedahkan kepada atopic eczema:
  • Sejarah atau latar belakang family
  • tempat dan keadaan tempat tinggal
  • umur
  • jantina (perempuan lebih terdedah kepada gejala ini berbanding lelaki)
  • umur ibu semasa melahirkan anak
  • tahun kelahiran
  • kelas sosial
  • saiz keluarga
  • imuniti terhadap punca alahan tidak dibentuk pada peringkat awal, dikatakan kesan interaksi dengan bahan yang sama kelak akan menjadi lebih teruk.
Tempoh jangkitan
  • Segelintir kajian yang dilakukan mendapati bahawa pada usia 2 tahun, eczema jenis ni akan berkurang atau terus lenyap.
  • ada yang SEUMUR HIDUP.
Pencetus kepada masalah ini.Antaranya:
  • logam
  • fabrik
  • detergen
  • bahan kimia
  • hama habuk
  • air liur haiwan
  • bulu
  • debunga
Jadi, individu yang mengalami masalah ini disarankan bertemu Doktor untuk membuat ujian saringan pada makanan. Makanan punca alahan ini adalah pencetus dan bukannya punca pesakit menghidap eczema. Panduan pemakanan akan diberikan oleh doktor anda.


Apa yang SHAKLEE dapat membantu??

  1. bagi IBU yang MASIH MENYUSU, IBU boleh mengambil SET MENYUSU SHAKLEE+ nutriferon
  2. untuk kanak-kanak, parents boleh mendapatkan HERBAL BLEND+ MEAL SHAKES+OMEGA GUARD
untuk khidmat nasihat, boleh terus hubungi saya NURAZWANA ZAKARIA 
SHAKLEE ID 918791 
0199904429  tulipcomey@gmail.com

No comments:

Post a Comment