Wednesday, December 25, 2013

CABARAN DAY 7 (entri 2) Atasi Rambut gugur dengan penjagaan rapi



entri kali ni kupasan tentang penjagaan rambut untuk mengatasi rambut gugur, pada post yang lepas wana ada buat perkaitan rambut gugur dan peranan Shaklee  (jemput klik pada link tu ye untuk lebih info)


ni set SHAKLEE untuk masalah rambut gugur


dah banyak bercerita tentang Shaklee & rambut gugur, kali ni kita lebihkan kepada penjagaan rapi rambut untuk mengatasi masalah ini.

Penjagaan

  • Penjagaan pemakanan
  • Makan makanan seimbang agar kesihatan dapat dijaga.
  • Amalkan makan vitamin A,B,C dan E khusus untuk penjagaan rambut.
  • Hindari penggunaan syampu yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur.
  • Hindari penggunaan pengering rambut atau gel yang boleh menyebabkan rambut gugur/kering/.
  • minum air dengan kadar yang mencukupi
  • kerap mencuci rambut 4-5 kali seminggu (kalau wana selang sehari, sebab kita memasak & aktif...buat rambut berminyak)

Bahan yang sesuai

Pastikan menggunakan jenis bahan yang sesuai dengan rambut anda. Contoh minyak rambut yang sesuai yang berfungsi untuk merawat rambut yang gugur dan kering. Selain itu ia bertindak dalam pertumbuhan rambut lebih bersinar dan segar. ELAKKAN kerap mewarnakan rambut.


Cucian
Anda perlu tahu penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Penggunaan syampu yang betul memberi kesegaran pada rambut. Jika tersilap pilih, rambut lebih mudah gugur atau kering. 

Penggunaan krim

Setelah rambut dicuci dengan syampu, krim khusus untuk rambut haruslah disapukan ke rambut. Tujuannya agar dapat mengawal rambut supaya tidak reput dan beruban. Penggunaan krim juga turut bertindak merangsang pertumbuhan rambut lebih segar dan sihat serta melancarkan pengaliran darah pada rambut agar lebih stabil.


Air suam/jus

Pengambilan minuman turut memainkan peranan terhadap rambut kita. Amalan minum air suam ataupun jus buah-buahan, sekurang-kurangnya 3 liter air sehari bukan sahaja untuk kesihatan badan serta organ dalaman tetapi mampu memberi kesegaran pada rambut dan kulit.


Jenis sikat & penyimpanan
Pilih sikat yang sesuai dengan rambut anda, jangan sikat rambut dengan kasar (ada yang sikat rambut macam nak marah..hehehe) , jangan gunakan sikat yang terlalu rapat dah tajam matanya sebab bimbang mencederakan kulit kepala serta menggalakkan pembukaan liang akar rambut. Geseran yang berlebihan antara sikat dan akar rambut pun mengundang kepada keguguran rambut.

Menyentuh tentang penyimpanan sikat, kita mesti menyimpan sikat di tempat yang bersih daripada habuk. Sungguhpun begitu, sebelum sikat tu..cuci la dulu sikat kerana kita bimbang kekotoran atau habuk2 melekat pada sikat dan seterusnya mencemarkan kulit kepala. Yang juga boleh membawa kepada kulit kepala yang tak sihat.




No comments:

Post a Comment