Sunday, December 8, 2013

Hidung TERSUMBAT..tak selesa nya

entri kali ni berkisar tentang hidung tersumbat

kat rumah wana, atau dalam poket doremon nak2 time travel mesti ada peralatan ni. sampai maisarah 3 tahun 2 bulan pun masih ada benda2 ni..kecuali vicks tu dah up daripada baby vicks to vicks untuk children.

ni thermometer yang beli kat guardian..tak silap dalam RM 190 (time tu guardian ada sales, kalau tak harga nya RM 200+)


yang ni nasal aspirator, maisarah punya warna merah..ni download kat google..hee

ni vick yang maisarah pakai time baby..sekarang up kepada children punya.

items kat atas ni memang sentiasa ada dalam beg mama plus minyak yuyi, towel, persalinan baju.

ok, teruskan sahaja kepada tajuk entri kita hidung tersumbat. Kejadian hidung tersumbat ni memang cukup mencabar untuk ibu2..time ni anak2 sangat tak selesa nak tidur, merengek..maisarah kalau dia tak sihat memang tak nak dengan orang lain, mama nya aje..mama la jadi panda..kejap2 bangun intai, cek suhu badan. Tapi itu pengorbanan seorang ibu :)




Apa yang wana buat time Maisarah tersumbat hidung?
  1. mandikan dengan air suam2 kuku/ kalau pagi tu lewatkan sikit mandinya.
  2. lepas mandi letak vicks kat dada & belakang badan.
  3. time baby dulu, letak minyak yuyi kat tapak kaki then pakaikan stokin. dah besar2 ni, time dia nak tidur wana sapu minyak yuyi..then selimut
  4. tinggikan kedudukan & bantal dia.
  5. kat tepi2 bantal dia, wana akan sapu2 vicks..untuk melegakan pernafasan dia time tidur.
  6. time baby dulu, time lepas mandi/sebelum tidur kalau dia tersumbat idung, mama akan guna nasal aspirator untuk buang lebihan mucus.bagi lega sikit.



Apa kata PETUA TRADITIONAL? (untuk kanak-kanak)
  • menggunakan kunyit. caranya kupaskan kunyit, asah/gosok pada batu lesung, kemudian sapu atas hidung, selawat 3x.

Untuk dewasa pula, macam mana??
  • baring, minta bantuan sesiapa..titis 2,3 titis air paip (sejuk) atas kepala, kemudian usap (dari anak rambut hingga ke ubun2)
  • ada juga yang lompat bintang (yang ni cuba la try kot menjadi)
  • kalau wana consume vitamin C shaklee aje :)

SELAMAT MENCUBA :)




No comments:

Post a Comment