Saturday, December 21, 2013

Bunga ku, Si bunga RAYA


Bunga Raya atau nama saintifiknya Hibiscus rosa sinensis , bunga Kebangsaan kita..bagus juga bunga ni dijadikan Bunga Kebangsaan. Sebab apa Wana cakap macam tu? Wana perhatikan yang kat bandar dah kurang pokok ni...bagus untuk generasi muda mengenali Pokok Bunga Raya ni. Kalau anda masuk kampung2..masih tersergam indah pokok bunga raya ni, pelbagai warna..merah, pink, oren, putih.

Teringat Wana zaman kecik2 dulu, kat rumah arwah nenek banyak pokok Bunga Raya ni..ada dalam tamannya dan ada di sekitar halaman rumahnya..petang2, memang Wana ke rumah atuk dan nenek untuk bermain  main masak2..Kami dua beradik memang dijaga rapi oleh Ma Abah dan arwah nenek dan atuk..main dalam pagar rumah kami sahaja. Kalau ade kawan nak datang main sama, main kat halaman rumah arwah nenek dan atuk..Rumah kami berlainan, tapi dalam satu kawasan tanah yang luas dan berpagar. 

Kalau tak main2 basikal, main buai, Wana akan teman arwah pergi tengok lembu yang dibela oleh arwah, kat padang luas milik arwah di kawasan belakang rumah...Tu sedikit sebanyak tentang zaman kecil wana.. (sempat pulak berpanglipurlara..hehe)


ok, sekarang Wana nak bercerita tentang rahsia khasiat Bunga Raya yang ramai tidak sedari..antaranya:

bunga raya & daunnya (ditumbuk lumat) : 

  • ditampal pd kulit( merawat bisul, barah, gatal kulit, demam panas,beguk, luka, bengkak dan penyakit kulit).
  • daunnya boleh melebatkan rambut & tak mudah beruban dan lebatkan bulu kening.

bunga raya direbus dengan air (mendidih) : 
  • boleh dibuat losyen untuk mencuci mata yg bengkak @ radang.
  • boleh diminum untuk rawat asma, batuk, bengkak kelenjar parotid, bronchitis, selsema, mengeluarkan kahak dan hingus, dan merangsang haid.

kudup bunga raya yang telah dihancurkan dicampur dengan garam:
  • ditampal pd masalah bisul 

air rebusan kudup bunga:
  • boleh diminum dan mampu menambahkan banyak air mani dan merawat bengkak salur kencing.

Daun muda dan pucuknya:
  • disapu pada perut ibu yang akan bersalin untuk memudahkan melahirkan anak dan proses mengeluarkan uri.

daun bunga raya direbus dlm air mendidih:
  • boleh dijadikan losyen utuk rawat demam dan sakit kepala.
akar bunga raya putih ditumbuk lumat dan direbus.
  • boleh diminum untuk merawat jangkitan yang terjadi dr hubungan seksual, melawaskan pembuangan air kecil dan boleh dijadikan penawar racun.
  • air rebusan akar diminum untuk rawat jangkitan pada serviks, penyakit keputihan, tidak tentu haid, disapu pd kelenjar tengkuk yang bengkak dan boleh mencuci mata yang merah dan bengkak.

bunga raya merah dicampur dungan jus limau nipis
  • akan menghasilkan pewarna merah yang boleh dijadikan pewarna yg digunakan pada biskut, kek, makanan lain2. 
air ramasan bunga raya
  • mandian untuk masalah eczema dan asthma
(SUMBER: 1 , 2)



`~~ha..banyakkan khasiat nya..abes la lepas ni Bunga Raya diserbu orang..

No comments:

Post a Comment