Saturday, December 28, 2013

CABARAN DAY 10 (entri 1) Outdoors kegemaran wana

entri yang wana suka...hehe...bila sentuh tentang outdoors ni wana suka aktiviti yang lasak. Salah satunya adalah jungle tracking..kalau g kursus, kem2, bawak students buat fieldwork, time BTN dulu2..memang aktiviti favourite tu..jangan tak tau, wana akan jadi kepalanya. Satu kepuasan dan kenikmatan bila mendaki, mengharungi bukit2, sungai, melihat keindahan alam..Subhanallah..kemudian tiba balik ke tempat asal kita. 


Teringat lagi time BTN dulu..wana BTN kat Ulu Sepri, Rembau, Negeri sembilan yang melibatkan pelajar2 master & phd seluruh Malaysia yang dapat scholarship (NSF) under MOSTI..sangat best. Gelap hari dalam jam 4-5pagi tak silap wana, kami naik mendaki & wana jadi kepala kat depan..di sini, apa yang dapat kita pelajari adalah teamwork, pentingnya bertindak mengikut arahan ketua. Alhamdulillah dapat mendekatkan diri kepada alam ciptaan Allah. Pagi2 udaranya sangat BEST. Wana kalau bab g kursus or camping memang alatan lengkap, torch lite, surah yasin & segala peralatan yang perlu lengkap.

Aktiviti yang lain adalah flying fox..yeah..memang best..yehuuuu..rasa badan di awang2an & best...hilang segala letih, penat, rasa sangat lapang dan lega. Alhamdulillah..Subhanallah, indahnya bumi mu Ya Allah.


Aktiviti outdoor seterusnya yang wana suka, adalah tarik tali..nak2 dulu2 time orentasi junior2, memang wana takkan lepas peluang join team senior lawan team junior dalam tarik tali..dulu2 time degree, orentasi kos kami buat kat Pantai Tok Jembal :) 


Pendek kata, Wana suka aktiviti yang lasak dan mencabar tenaga. Sangat best , puas rasanya.

Bila dah ada anak & family ni outdoor dah berubah sikit..Mamanya ada time2 akan lakukan aktiviti lasak. Bila family time, bawak Maisarah g playground untuk bakar lemak, berpeluh dan bergaul...Dia mudah dapat kawan, sama macam mamanya jugak. heee...dan selain tu bercuti, jenjalan satu family. Alhamdulillah atas segala nikmat dan kebahagiaan ini. :)





No comments:

Post a Comment