Thursday, December 26, 2013

CABARAN DAY 7 (entri 1) Buku kegemaran saya

entri yang santai berkenaan buku kegemaran saya. Banyak sebenarnya buku kegemaran wana. Yang wana nyatakan kat sini adalah yang berada di tangga teratas.
  1. kitab yang paling tenang bila kita alunkan bacaan adalah Al-Quran. Tenang rasanya diri ini bila menyebut kalimah suci. Alhamdulillah masih diberi kesihatan dan umur untuk membacanya.
  2. Seperti gambar, yang putih tak berapa nak tebal tu..buku basic concept in immunology. Hampir 6 tahun bersama buku tu. Walaupun saiznya sebegitu, sarat dengan info & concept yang mudah difahami. Sebab dalam Immunology ni banyak proses atau mekanisma yang berkaitan. Ada 2 buah lagi berkenaan TB, sebab research wana pasal TB..jadi banyak rujukan ke situ.
  3. Yang dalam fail bear light brown tu, scientific journal yg berkaitan infectious disease, mechanism, Immunology...semua ada.TB in children, women & world wide, method..semua tu menjadi rujukan wana..banyak sebenarnya fail tapi ni fail favourite wana.Banyak lagi yang tak print, ada dalam lap top wana.
  4. Yang belakang berderet tu, novel2 yang wana ada..ade lagi 2 bji novel yg dolu2..tapi rasanya kat rumah mak. ok, novel tu hobi wana di masa lapang. Semua novel ni reward wana untuk diri sendiri setiap bulan. Kebanyakkannya wana shop online di website penulisan2u & karyaseni. Cuma ada satu yang kulit ijau tu beli kat Pustaka Seri Intan. Pergi ke kedai buku memang kegemaran wana, duk berejam kat situ pon xpe..rambang mata tgk buku2..Maisarah pun dpt share nye..hehe..alhamdulillah dia memang suka pada buku.
  5. Selain daripada tu, wana gemar membaca artikel online.

Simple entri untuk hari ni :)
Membaca membawa ketenangan & menambah ilmu di dada :)

Salam Manis
~ WANA ~