Thursday, December 19, 2013

Cyst dan Shaklee

entri kali ni tentang cyst..ada seorang sahabat wana yang agak terkejut selepas pakar bagitau yang ada cyst pada ovarinya sebesar 2.64 cm. Keliru, takut katanya..segala perasaan bercampur baur. 

Jom sama2 kita tengok apa cyst ni



Secara ringkasnya, cyst ni adalah kantung yang mengandungi cecair yang boleh berada di mana2 tempat di dalam tubuh. Pada ovari itu sendiri, pelbagai cyst yang boleh terbentuk. Diantara yang paling biasa ialah functional cyst, yang merupakan cyst yang terhasil semasa kitaran haid normal. 


Setiap bulan, ovari wanita membentuk cyst yang kecil untuk memegang telur. Setelah telur itu matang, kantung yang memegangnya akan pecah dan seterusnya membenarkan telur bergerak melalui tiub fallopio untuk proses persenyawaan. Kantung yang tertinggal kemudiannya diserap.

Selain daripada tu, ada sejenis functional cyst yang dikenali sebagai follicular cyst. Follicular cyst ni kantungnya tak boleh dipecahkan untuk membebaskan telur. Kantung tersebut terus membesar. Cyst jenis ni akan menghilang satu atau 3 bulan. Corpus luteum cyst pula kan terbentuk jika kantungnya tidak dapat diserap.


corpus luteum cyst


Kantung tersebut akan terus tertutup selepas telur dikeluarkan. Cecair akan memenuhi kantung tersebut. Cyst jenis ni akan hilang selepas beberapa minggu tapi boleh membesar hingga 4 inci dan mungkin menyebabkan pendarahan atau ovari terbelit. Akibatnya, penghidapnya akan berasa sakit.

Kebanyakan wanita yang mengalami ovarian cyst jarang menunjukkan simptomnya, tetapi perkaitan masalah dibawah, ada kaitannya sedikit sebanyak dengan cyst ni:
  • rasa tekanan atau sakit pada bahagian abdomen
  • sakit ketika "bersama"
  • pertambahan berat badan
  • bermasalah untuk membuang air kecil
  • sakit ketika datang haid atau pendarahan yang luar biasa
  • loya dan muntah2
Tetapi, jika anda mengalami tanda2 yang bakal saya nyatakan ini, sila mendapatkan khidmat nasihat Pakar dengan segera.
  • sakit beserta demam dan muntah
  • sakit sangat pada bahagian abdomen
  • pucat, lesu, rasa macam nak pitam
  • bernafas dengan kadar cepat
Cyst ni jarang menunjukkan tanda-tana yang spesifik. Biasanya dikesan melalui pemeriksaan pelvik, ketika pemeriksaan dilakukan, doktor akan mengesan bengkak pada bahagian ovari. Kemudian ultrasound akan dilakukan untuk mengenalpasti bentuk, saiz dan lokasi cyst. Doktor akan mengenalpasti apa campuran dalam cyst tersebut. 

Untuk memastikan adakah cyst tu kanser ataupun tak, Doktor akan melakukan ujian darah. Kemudian rawatan susulan akan menyusul dan dari masa ke masa, Doktor akan memeriksa sama ada berlaku pertambahan saiz ataupun tidak, jika berlaku pertambahan saiz dan menyakitkan, doktor akan menyarankan kita untuk melakukan pembedahan untuk membuang cyst.

Bagi wanita hamil, cyst bukan lah suatu yang luar biasa.Dianggarkan satu daripada seribu wanita yang hamil akan ada cyst. Majoriti cyst yang ada semasa hamil adalah lemah dan tak berbahaya. Doktor akan melakukan pemeriksaan lanjut untuk mengenal pasti kandungan cyst. Sekiranya kandungan cyst hanya mengandungi cecari tanpa bendasing, maka ia tidak berbahaya.

Tetapi kalau cyst itu besar,  mungkin bahaya buat ibu2 yang hamil. Cyst tersebut mungkin pecah atau berbelit dan akan mendatangkan kesakitan kepada ibu2 hamil dan seterusnya berpotensi untuk keguguran atau kelahiran pra matang. 

Jika saiznya besar, selalunya akan dibuang dengan cara pembedahan. Dalam kehamilan, waktu yang sesuai untuk pembedahan adalah pada trimester kedua ketika kandungan berusia 14 hingga 16 minggu sama ada dengan cara laparoskopi atau pembedahan biasa.

Apa pemakanan yang perlu DIJAUHKAN oleh golongan yang mempunyai cyst?
  • jauhkan ais
  • jauhkan makanan berempah
  • jauhkan makanan yang menjalar seperti kacang, tembikai, labu.
  • jauhkan cafein
  • elakkan memakai kasut bertumit tinggi.(AWAS buat yang suka memakai kasut tumit tinggi kerana ia memberikan tekanan ke atas tumit. Perlu diingat TUMIT kaki mengandungi saraf2 dan urat2 rahim )
Apa yang perlu DILAKUKAN??
  • perbanyakkan minum fresh juice seperti fresh orange
  • bersenam setiap hari (dapat elakkan lendir2 daripada bertapak ditiub fallopio

Apa yang SHAKLEE dapat bantu??

GLA COMPLEX


Mengandungi Omega-6 yang amat diperlukan oleh ovari dalam sistem reproduksi wanita. 

wanita mengalami masalah haid, sukar hamil dan monopouse digalakkan mengambil EPO atau lebih tepat lagi Omega- 6 




  • Vitamin A (Caratomax)
  • Vitamin E
  • Vitamin C

Vitamin-vitamin ACE ni bersifat anti oksidan yang tinggi berfungsi melawan pembentukan radikal bebas dan mengelakkan kes pembentukkan ovarian cysts daripada berulang.


TERUS HUBUNGI SAYA SID ANDA YANG CERIA
NURAZWANA ZAKARIA ID 918791
0199904429
tulipcomey@gmail.com







    No comments:

    Post a Comment