Wednesday, December 4, 2013

Persiapan sebelum, semasa & selepas banjir bersama Shaklee


Banjir, tiada siapa menjangka, tiada yang mengundangnya. Tapi semuanya ketentuan dan takdir Allah. Sehingga saat wana menaip entri ni, ujan di Kuala Terengganu masih turun membasahi. Penduduk Kuantan, Kemaman, dungun, Hulu Terengganu, Segamat & beberapa lagi kawasan sedang dipindahkan ke tempat perpindahan yang selamat. Bertabah la wahai saudara2 ku, kita sedang diuji. Teruskan berdoa kepada NYA. Sesungguhnya DIA MAHA MENGETAHUI.


Dalam berita, ada yang whatsapp, di FB..semua bercerita tentang banjir yang melanda Johor, Pahang, Terengganu. Ada yang sempat mengalihkan barang-barang di rumah, ada yang tidak sempat berbuat demikian. Ada beberapa status rakan2 di FB yang membuatkan hati ni terusik sayu. Agaknya kalau wana ditempat yang sama, wana pun akan rasa macam tu. Tabah la wahai saudara2 ku.. Ingatlah bahawa Allah takkan menguji hamba2 NYA dengan dugaan & ujian yang tak mampu hamba NYA pikul. Ada hikmat disebalik setiap kejadian.

entri kali ni berkisar tentang persiapan sebelum, semasa & selepas banjir.

Pengalaman banjir?? Wana pernah melalui time master kat USM Kerian Kerian dulu. Kami duduk 10 bersaudara kat rumah sewa kos sederhana, 2 tingkat. Rata-rata yang tinggal kat situ staf USM, Dr, Prof..semua ada. Rumah kami betul2 setentang dengan surau. Alhamdulillah. Sepanjang kami menyewa di sana, 2 kali air naik, satu yang sampai masuk dalam rumah dan 1 lagi tak masuk.Kawasan surau tinggi, jadi kereta kami parking kat surau.Bukan kami sahaja, malah hampir separuh daripada taman kami letak kereta kat situ.

Banjir yang 1st, masuk air kat dalam rumah, tak dalam..just 1 layer..barang2 semua kami gotong royong angkat. Dah nama nya 10 bersaudara..majmuk negeri dalam rumah sewa tu, semua student master USM. Rasanya time tu, wana belum kawin lagi..hee..time bujang2..kebetulan jiran kat sebelah rumah kami, balik kampung..dia minta kami tengok2 kan rumah & bagi kunci..lepas angkat2 brg kat rumah kami, kami bergotong royong angkat barang umah jiran sebelah. Faktor air naik tu, ujan berterusan & sistem perparitan yang bermasalah disebabkan pembinaan blok perumahan baru kat hujung taman kami.

Banjir yang kali kedua tu, just paras buku lali je & kereta alhamdulillah selamat kami parking di surau kat depan rumah kami.

ok, selesai bab pengalaman banjir wana. Kita berkongsi tips persiapan sebelum, semasa & selepas banjir.

SEBELUM BANJIR
  • bila kita perhatikan hujan yang turun berlarutan selama beberapa hari dan kita sedia maklum kita tinggal di kawasan yang rendah,terus siap sedia pack barang2 yang perlu..pastikan tiada barang kat lantai..plug2 naikkan ke tempat tinggi.
  • pack barang2 yang penting yang kita nak bawa nanti, dokumen2 anak, barang2 anak, persalinan kita & anak2, ubat-ubatan yang berkaitan.Kemudian, letak di satu sudut, senang nak ambil terus nanti.
SEMASA BANJIR
  • awasi anak anda.
  • jangan panik, hubungi pihak yang bertanggungjawab
  • barang yang kita nak bawa tu, dah standby..kalau air dah masuk rumah..anak2 pindahkan ke tempat yang tinggi. Sebab time air2 ni banyak binatang berbisa akan masuk serta ikut flow air.
  • tutup semua suiz/plug dalam rumah
  • tunggu bantuan datang
SELEPAS BANJIR
  • anak-anak jangan biarkan pulang dulu. Minta keluarga yang berdekatan tengokkan anak-anak dulu. kita balik periksa keadaan rumah.
  • seterusnya bersih & cuci rumah.
  • musim2 banjir ni, pastikan air atau masakan anda benar2 di masak dengan sempurna. Kalau ada yang guna cerek yang berbunyi tu, biar lama skit air berbunyi.
  • Elakkan daripada memakan ulam2 atau sayur2 untuk suatu tempoh kerana kesan daripada banjir, dari segi kebersihannya.

apa yang Shaklee dapat membantu ?? 

anda boleh bersedia dengan: 
  1. NUTRIFERON (bagus untuk imuniti badan) 
  2. PERFORMANCE drink (untuk elakkan dehidrasi, bantu andai ada masalah cirit birit, lesu)  
  3. OMEGA GUARD
  4. MEAL SHAKES (untuk anak2)
  5. Vitamin C







No comments:

Post a Comment