Monday, April 28, 2014

Sakit Gusi kembali??

salam siaran, mesti ramai yang ternanti-nanti entri wana kan? ok hari ni wana nak story tentang sakit gusi dan ayahanda wana.

baru-baru ni abah wana sakit gusi, serangannya tengah malam..memang tak dapat tidur. Tuam2 dengan ais. kesian abah. Kalau biasanya abah akan telan paracetamol, tapi kali ni tak lagi. Selamat tinggal paracetamol :)

wana terus bagitau abah suruh consume ostematrix, Vitamin C..kalau abah rasa sakit hingga sampai pening kepala, terus telan B complex. Alhamdulillah tak melarat hingga pening kepala. Lepas abah consume tu, abah rehat dan tidur..esoknya alhamdulillah, gusi abah dah tak sakit dan kembali sihat. Alhamdulillah kerana dapat membantu.

Bila datang ke rumah parents, wana akan cek stok vitamin-vitamin. kalau dah abes, terus wana restock. Alhamdulillah vitamin Shaklee dengan izin Allah banyak membantu kami sekeluarga :)


saya SID anda
mama wana
id 918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

Monday, April 21, 2014

Tips Atasi Stress Gaya Saya

alhamdulillah. Pada wana stress ni satu keadaan positif yang meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti sesuatu yang wana ingin dan sedang hasilkan. Kenapa pulak macam tu kerana wana melihat STRESS dalam aspek yang POSITIF. Andai anda memandang atau memikirkan sesuatu ke arah negatif, memang negatif la jawabnya.



Stress boleh mengundang kepada pening kepala. Sebab tu kita perlu pandai seimbangkan tahap stress kita. Apa yang anda buat untuk atasi stress?? terutama stress di tempat kerja??

dalam entri yang serba ringkas ni, wana nak share gaya wana yang menjadikan stress itu sebagai pemangkin untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

Tips atasi stress gaya wana

  1. bila menemui jalan buntu atau berhadapan dengan kesulitan..cam samar2 nak cari penyelesaian terutama dalam penyelidikan, wana berdoa dan berserah kepada Allah.
  2. bercerita dengan rakan-rakan rapat, berkongsi idea, berkongsi dengan husband & family.
  3. melakar atau menulis alternatif kepada kebuntuan tu. fikirkan pelbagai alternatif..contoh dalam electrophoresis..buntu kenapa band tak klua kenapa gel xcantik? mungkin kerana bancuhan? kita troubleshoot di mana silap kita..jangan gelabah. berfikir dengan rasional dan tenang. Contoh bacaan flowcytometry tak macam yang kita jangka..banyak debris..kenapa? troubleshoot. kerana setiap sesuatu tu ade punca dan penyebabnya.
  4. Rancang perjalanan kerja anda. Dari situ anda nampak apa yang perlu anda capai dalam certain target. Dengan cara ni, anda takkan terburu-buru atau buat kerja last minute.
  5. Bercuti atau merenung kepada alam, tumbuh-tumbuhan, ombak, laut..jangan pandang saja ye, berzikir dan bersyukur serta berdoa.
  6. Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. 
  7. Tidur dan rehat yang secukupnya. Badan juga memerlukan rehat, ingat kita bukan robot.
  8. Mandi. berada bawah shower, air jatuh atas kepala, pejam mata sambil tarik dan hembus nafas. Jadi objek pegun jap. Sangat tenang..dah lega sikit mandi macam biasa :)
  9. Bersenam. Bersenam ni dapat mendekatkan kita dengan alam dan kita dalam tenangkan fikiran, hidup udara yang diciptakan Allah.
  10. Minum air masak dengan secukupnya.
  11. Kalau tengah berhadapan dengan kesibukan kerja, terlalu lama mengadap computer atau lap top..take 5 la kejap...rehat mata, hidup udara luar, cuci muka bagi fresh, minum air..kemudian sambung tugasan.
  12. Selain daripada tips yang atas tu, wana mengamalkan B complex dan ostematrix Shaklee. Alhamdulillah selama tempoh wana consume ni, dengan izin Allah..pening kepala, stress langsung TIADA. alhamdulillah.

Salam sayang
Mama Wana
id 918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com



Friday, April 18, 2014

manisnya tembikai itu

Buah tembikai, tak kira la yang berkulit hijau (isi kat dalam kuning ataupun merah), honey dew, tembikai appolo memang enak di makan tatkala cuaca panas dan membahang ni. Ada yang potong2 then simpan dalam peti ais..sejuk, sedapnya..kan?? petang ni kita santai-santai dengan khasiat tembikai.


Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana di dalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."

Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW . Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi.Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."


Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.

Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai.

Dari segi faktanya pula, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit. Penghilang dahaga, kita rasa fresh.

Tembikai:
  • kaya vitamin A, vitamin C, asid folik, magnesium, zink serta pelbagai mineral yang sangat bermanfaat terutama berkait dengan perubatan
  • jus nya memberi tenaga 
  • jus nya menghilangkan dahaga
  • membantu menyembuhkan penyakit dengan cara nyah toksid yang berada dalam badan
  • juga bertindak melancarkan peredaran darah

Slim Dan Kurus..Ada Beza???

ok, entri pagi ni berkenaan Slim dan Kurus..rata-rata dari kita mungkin ingat 2 benda ni adalah sama. Sama tapi tak serupa ya :) Dalam entri ni wana akan berkongsi pandangan dan beberapa point yang jelas tentang ni. Anda yang nak komen pun amat dialu-alukan.



Wana terangkan beza slim dan kurus ni secara umum.

Slim memberikan kita idea atau gambaran bahawa seseorang itu tak mempunyai banyak lemak/kolestrol jahat pada badannya, seorang individu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah, dan tidak terlalu terikat dengan diet yang ketat (kira macam pemakanan harian yang biasa, cuma mungkin kurangkan kuantiti pengambilan). Individu yang slim ni kita boleh kategorikan sebagai mempunyai saiz yang betul untuk penampilan dan dirinya.

Bila sebut kurus, apa yang anda gambarkan?
Gambaran mengenai kurus ni boleh dikatakan seperti satu individu yang tiada langsung extra lemak, tetapi mungkin kurang berat badan berbanding apa yang sepatutnya. Individu yang kurus itu boleh kita katakan mempunyai kandungan lemak yang sedikit kurang berbanding individu slim.

Kita bagi satu keadaan di mana individu yang mempunyai berat badan berlebihan consume slimming set sebagai contoh. Wana bagi contoh Shaklee la ye sebab wana sendiri consume. Dalam Shaklee, penekanannya lebih kepada loss inch, di mana anda akan slim/ramping. Kerana di situ berlakunya detox (nyah toksin dari badan), pembakaran lemak dan bina dengan protein. Kalau anda tengok banyak testimoni, wahh..saya dah boleh pakai baju lama, best nya..wahh..dah boleh pakai baju sebelum kawen dulu..cincin dulu2 dah muat. Tu kita namakan Loss inch. Di mana fasa yang berlaku kita namakan slimming process.

Bila pulak nak kurusnya?? Kurus ni kita kaitkan dengan penurunan berat badan. Kalau dalam Shaklee, berat badan akan slowly turun. (bukan secara drastik..gedebusss..trun 10 kg seminggu...penurunan badan secara drastik adalah kurang sihat ye semua kerana kebarangkalian untuk naik drastik juga ada). Kalau dengan Shaklee, berat badan akan turun secara konsisten dan takkan naik lagi ke berat asal kita. Ni melalui pengalaman wana sendiri, wana turun 1-2 kg seminggu, tapi bab loss inch tu yang paling best :)

Konsepnya sama untuk nyah lemak atau kolestrol jahat daripada badan, tapi cara bertindak atau cara kita praktikkan diet sebagai contohnya adalah berbeza. Slim dulu, then berat badan akan ikut sama turun. 


mama wana
id 918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

Thursday, April 17, 2014

Ganjaran buat mereka yang menggembirakan anak perempuan

entri sebelum ni wana ada bercerita yang tiap kali wana balik dari tempat kerja atau wana ke mana-mana mesti ada wana belikan untuk Maisarah. Tak semestinya mahal. Kanak-kanak ni sangat menghargai pemberian kita, tak tunggu barang tu mahal pun. Baru ni wana balik dari USM, singgah Giant KT..beli hula hoop warna hijau dan tshirt untuk pakai harian 2 helai. seronok Maisarah.


ok, terus sahaja kita kepada tajuk entri kita 

Berdasarkan hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:


  • "Sesungguhnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadat fardhu oleh hamba NYA ialah menggembirakan hati saudaranya sesama islam" (riwayat Baihaqi)
  • "Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t dan orang yang takutkan Allah s.w.t akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya"
  • Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  • Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

tu antaranya :) jadi yang mana mempunyai kesemua anaknya puteri, beruntungnya anda. Alhamdulillah, bersyukur kita dikurniakan zuriat yang sihat, pandai , soleh dan solehah :)




Teman 'Travel' Anda

sebut pasal ni mesti banyak vitamin yang anda gambarkan kan?? heee..normal la tu..wana ke mana-mana pergi vitamin Shaklee tetap angkut :)



bagi wana secara peribadi, teman travel wana yang utama adalah ostematrix sebab perjalanan yang jauh sama ada wana co-pilot atau driver nya, wana akan rasa lenguh badan. Bila sampai destinasi, wana relax kejap, siapkan diri, time nak tidur tu telan ostematrix..bila baring atas katil tu satu nikmat. :)

bangun pagi esoknya alhamdulillah cergas, lenguh badan hilang, kita rasa fresh dan bertenaga. Bukan hanya wana, en suami pun consume sama..Abah wana pun..heee

selain daripada tu, vitamin C..kenapa vitamin C?? sebab terdedah lama dalam aircond (sejuk), keadaan luar yang panas dan kering, hal ni boleh membawa kepada selsema. Jadi siapkan perisai awal dengan consume vitamin C. untuk anakanda Maisarah, teman travel nya meal shakes dan chewable vit c plus. 

banyak lagi sebenarnya vitamin yang terlibat dengan 'travel' ni..kalau rasa lesu kurang bertenaga, boleh consume vitalea, performance drink pun boleh..jadi kita bertenaga terutama individu yang drive tu :)

Selain daripada tu, bagi yang nak travel ni..perlu dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi dan berkualiti. ha..sekali lagi ostematrix dapat membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti


baguskan :) banyak khasiatnya.

mama wana
id 918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

kisah si vitalea itu...

tadi santai petang kat rumah my mom, borak-borak kosong anak beranak..lepas tu ntah macam mana masuk bab vitamin Shaklee ni. Sebelum ni wana ada story yang ma wana consume vitalea kan..jadi ada lagi berbaki kat rumah parents wana.

Wana cerita la, hari tu kiranya 2 kali wana consume Vitalea ni, serius memang rasa bertenaga sampai ke malam. Memang rasa cam super power la.





bagitau la abah tadi tentang vitalea. abah pulak nak cuba vitalea ni. 1 botol vitalea ni untuk penggunaan hingga 4 bulan. Jimatkan??

apa tanya lagi apa khasiatnya, secara ringkasnya ni khasiatnya:


VITALEA (multivitamin yang HEBAT)

~badan rasa bertenaga dan tak lesu
~membantu cantikkan wajah
~kuku licin, akar rambut yang kuat
~bantu cegah penyakit tiroid
~penting dalam diet & slim
~kulit sentiasa tegang



nak order? terus hubungi wana 0199904429 (sms/whatsapp)
ID 918791
tulipcomey@gmail.com

Tips Anak Mudah Tidur


senyum wana baca tajuk ni. kalau Maisarah memang tau dah jam dia tidur. kalau lepas maghrib dia dah nap, malam dalam jam 1-2 pagi baru tidur. Kalau penat sangat, langsung tak nap siang..jam 11 malam dah tidur sampai ke pagi esoknya.heee

Ada di antara anak kita yang kurang nyenyak nak tidur atau tidur kejap2 disebabkan beberapa faktor. Macam Maisarah ni, sebelah malam dia akan main bola, main2 dengan doll dia..main dengan mama & papa..berpeluh lebih daripada mandi. Jadi, malam satu kemestian, sebelum dia tidur wana akan basuh badan dia, tukar pakaian dia..siap wangi-wangi untuk tidur, then bagi susu suam..baca doa, dia baring-baring then tidur. sebab badan dah penat main, rasa selesa. kemudian dapat tidur dengan nyenyak.

ok, kat sini wana kongsikan beberapa tips buat parents ya (ni gaya wana):
  1. Perut mesti kenyang :) macam orang dewasa, kalau kita lapar tak nyenyak tidur jugak kan?
  2. kalau masih ber pempes, pastikan kering atau baru tukar serta selesa
  3. Pastikan badan dia tak berpeluh, macam wana story kat atas kalau Maisarah ni berpeluh macam hujan.heee..jadi basuh badan dan pakaikan pakaian yang selesa
  4. kalau anak yang tengah aktif, kita boleh main2 dengan dia sampai dia penat & letih..men kejar2, bola ke..
  5. dah siap-siap basuh badan, tukar baju baru atau kalau ber pempes tukar pempes, bagi susu, baca doa tidur then dia akan terlelap
ni sedikit tips daripada wana
salam sayang :)

mama wana ID shaklee 918791
0199904429
tulipcomey@gmail.com



Nasi Lemak Sambal Ikan Tongkol



Nasi lemak sambal ikan tongkol hanya Di Kuala Terengganu. ni memang antara favourite wana, wana suka nasi lemak sambal ikan tongkol ni, lepas tu bilis goreng rangup tabur kat atas..yum yum..memang best. sambal dia tu pulak buat dengan lada kering..wahhh.

Nasi lemak sambal ikan tongkol ni juadah yang sangat-sangat wana nak makan time pregnant kan Maisarah dulu. Time tu wana tengah buat master kat Usm Kubang Kerian. Satu Kubang Kerian, satu KB dah pusing cari tapi hampa. sangat2 nak makan. Hasrat wana nak makan tu sampai ke telinga seorang geng kami, Kuzek. TQ bro. Katanya kebetulan makcik nya nak datang ke rumah family nya, jadi dia dengan mak nya buatkan juadah ni.ada ibu mengandung yang nak makan, katanya...terharu nyaaaa..TQ makcik, Tq Kuzek :)

Kami duk rumah sewa 2 tingkat, 10 orang. rumah tu 3 bilik dan 3 bilik air. (time tu PJJ dengan encik suami, wana di USM, husband di Pekan uruskan family bussiness). Lepas settle research kat USM dalam usia kandungan 7 bulan, baru la boleh duduk sekali kat Kuantan.

Sambung balik cerita tadi, Kuzek siap2 tapaukan untuk kami 10 bersaudara. lagi terharu..kawan-kawan ibu mengandung pun boleh makan sama. Alhamdulillah tercapai hasrat nak makan nasi lemak sambal ikan tongkol. Orang Kelantan memang tak familiar dengan nasi lemak sambal ikan Tongkol ni.

Alhamdulillah, dapat jugak ibu mengandung & baby merasa :) heeee..tu la juadah yang wana nak makan time pregnant hari tu..heee..kalau menu ikan keli tu memang hari-hari. ikan keli goreng, ikan keli bersambal..hahaha :)

Wednesday, April 16, 2014

Hantu Mangga??mempelam??

Hehe..hantu mangga?? Ade hantu ke kat pokok mangga?? 

Bukan..ni wana nak cerita tentang wana yang sejak azali memang penggemar mangga.baik yang muda, yang masak.. semua wana suka.

Mangga ni ada khasiatnya tau semua..bukan sekadar kecur2 air liur atau orang mengidam aje makan tau. Nak tau khasiatnya?? Lepas ni mesti ramai yang serbu mangga kat pasar ni.

1) mangga dapat meningkatkan pertahanan badan (jumlah vitamin C dan A yang mencukupi ditambah pula dengan 25 jenis karotenoid membantu menjaga pertahanan badan).
2) menurunkan kolestrol ( mangga kaya serat, pectin dan vitamin C)
3) cantikkan kulit.mencerahkan kulit
4) antioksida ( dapat menghalang radikal bebas dan sel abnormal).
5) untuk kesihatan mata
6) membantu masalah diabetes. Normalkan kadar insulin.
7) membantu pelawasan dan pencernaan. Elak sembelit
8) jusnya elok untuk menurunkan suhu badan.terutama dalam cuaca panas ni 



lepas ni mesti ramai pakat serbu mangga & mempelam ni :)

Pesta Tembikai Terengganu-Kelantan

Sebut aje pasal tembikai ni, semalam kan wana ke usm kubang kerian. Sepanjang jalan ke sana macam berpesta ramai2 jual tembikai..ada tembikai yang isi nya merah, kuning, honey dew, dan ade tembikai yang baru wana tau namanya tembikai Appolo.heee..

Tembikai Appolo ni yang macam honeydew tapi kulit dia yang warna kuning terang.manis..alhamdulillah.wana berhenti beli on the way balik ke Kuala Terengganu.beli 4 bji tembikai besar dan tembikai Appolo.



Jom makan tembikai.manisss nya..yum yumm..

khasiat Air suam

Air suam, wana suka minum air suam. Kita semua sedia maklum yang bekalan air yang mencukupi amat diperlukan oleh badan kita seharian. Ada yang telah sedia maklum tentang khasiat air suam ni, tapi tak pe la..wana kongsikan juga ya..mungkin ada yang belum tau kan :)



Secara umumnya, air suam ni dapat membantu individu yang nak menguruskan badan, meningkatkan kesuburan, melancarkan sistem pencernaan, untuk kecantikan, tubuh segar & sihat, menyihatkan jantung. Kalau katakan kita mengantuk time drive or time bekerja, stop jap minum air suam atau air biasa. JANGAN ais tau. tu antara khasiatnya :)

Kita tengok sahaja orang tua-tua, nenek atau atuk kita tak minum ais, mereka lebih gemar air suam, teh panas atau kopi panas. Kudrat mereka, kesihatan alhamdulillah. Tapi hakikatnya orang zaman sekarang lebih memilih minum minuman berais dalam cuaca panas ni. Kurang elok sebenar nya minum ais ni ye kawan-kawan.

Contoh lain, biasa kita tengok drama Korea atau Jepun, mereka biasanya minum teh panas ketika bersarapan.

Jadi jom tukar budaya kita daripada gemar minum ais kepada minum air suam :)


Tips Kempis Perut Dan Kecilkan Pinggul/Paha dengan Sihat

Perut buncit dan menggelebeh sudah pasti sedikit sebanyak menggangu penampilan dan keyakinan anda terutama bila kerja anda memerlukan anda lebih berhubung atau berkomunikasi dengan ramai orang. Begitu juga dengan paha/pinggul yang besar (lebih kepada potongan buah pear). Wana dulu atlet, bila stop sukan dengan bahagianya bahagian tertentu melebarkan sayap.hahaha..alhamdulillah now dah loss inch dan boleh pakai baju lama-lama.



Dalam entri ni wana nak kongsi beberapa cara wana untuk mengempiskan perut atau loss inch dengan sihat serta beberapa senaman untuk mengecilkan paha yang wana amalkan dan menunjukkan kesan.

  1. Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
  2. Minum air masak dengan mencukupi terutama air suam
  3. Consume slimming set Shaklee yang terdiri daripada kombinasi lengkap Detox, Bakar dan Bina (iaitu alfalfa complex & herblax sbgai agen detox, lecithin sebagai agen pembakaran lemak, dan ESP (bina).
  4. Melakukan senaman ringan (sit up) disamping kerja-kerja sebagai isteri kepada En Nor Affandi dan mama kepada Nur Maisarah.
Apa senaman yang membantu kecilkan paha & pinggul?

Sebelum ni ada wana bertanya dengan en google ni, terjumpa la tips daripada MR Kevin Zahari

cara yang dicadangkan oleh beliau adalah:
  1. 'kerusi bayangan'
  2. Pergerakan 'menggunting' (yang ni wana amalkan)
  3. Pusingan bulatan (yang ni juga wana praktikkan)
  4. Pakai kasut tinggi yg tak lebih 2 inci (yang ni dah lama wana tak pakai sejak pregnant dulu dah stop pakai.. gaya nya kena cari juga ni)
  5. Melompat di atas trampoline
  6. latest wana ada belikan gegelung.hehe
anda boleh juga lawati website ni ya.. (KLIK SINI)


Anda juga boleh mendapatkan kombinasi set kami yang membantu mengempiskan perut dengan sihat dan semulajadi!!

JANGAN BIARKAN lemak-lemak dan spare tyre menggangu keyakinanan diri anda!

DAPATKAN SEGERA!! KLIK SINI (SET KEMPIS PERUT)  HARI INI!!


Hubungi saya
wana
ID918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com








dia ex-supervisor yang ku hormati & kagumi

Salam pagi yang ceria


Pagi ni wana nak bercerita tentang insan yang wana hormati iaitu ex-supervisor wana time master dulu. Beliau adalah Prof Mustafa Musa. Seorang supervisor yang seperti seorang ayah (yelah, beliau juga seorang ayah). alhamdulillah beliau seorang yang tak lokek untuk berkongsi ilmu dan kepakaran, seorang supervisor yang amat wana hormati dan kagumi terutama berkaitan ilmu yang dimiliki beliau. Dalam hati, wahh..aku pun nak jadi macam Prof. 

Pernah menjawat jawatan Dekan Penyelidikan, mempunyai pengalaman yang luas, seorang yang tegas tapi santai, mudah ditemui pelajar terutama pelajar-pelajarnya. Sekarang sekali lagi menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Imunologi. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk menjadi pelajar beliau.

Petang semalam berkesempatan menemui beliau di USM, Kubang Kerian. Dalam 30 minit juga berbual-bual dengan beliau, bertanya khabar, bertanya idea, berkongsi pendapat. Katanya lagi, kalau rindu mesin-mesin dan alatan kat sini datang la selalu :) . Wana juga ada bertanya pendapat Prof tentang skop phd yang wana draft, katanya buatlah apa yang awak minat dan suka :) 

beliau juga ada tanya family wana semua sihat & ok? alhamdulillah. Pesan beliau pada wana, walaupun apa yang kita buat keluarga mesti diutamakan. Beliau memang seorang yang sayangkan keluarga, terpancar jelas kegembiraan dan kebahagiaan bila time santai-santai bercerita tentang anak dan cucunya.

Semalam ada beliau bercerita yang beliau masih ada 2 tahun di USM sebelum pencen. Wana cakap kat Prof, kalau ada kesempatan in shaa Allah wana datang sini lagi & kalau apa2 yang urgent saya email Prof. Jawabnya dengan bersungguh-sungguh, boleh...boleh..datang je jumpa saya, email pun boleh.boleh mana-mana..tak ada masalah. (sambil tersenyum) 
(wana nak dapatkan ilmu semaksimum mungkin daripada prof)

Terima kasih Prof, hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan, ilmu, nasihat serta bimbingan/dorongan daripada Prof.

**in shaa Allah wana akan teruskan dalam bidang Imunologi terutama dalam skop Tuberculosis (batuk kering)

Tuesday, April 15, 2014

segar & cergas walaupun sedang berpuasa



alhamdulillah badan rasa masih bertenaga, setelah seharian berpuasa. Nikmatnya berpuasa dan berbuka, alhamdulillah. Rasa fresh seharian. 

Apa yang wana consume? wana bersahur dengan ESP. Memberi rasa kenyang, bertenaga, kulit cantik dan banyak lagi seperti dalam gambar yang anda nampak ni :)


Selain daripada tu, anda juga boleh nak consume set Mighty 3 gems yang terdiri daripada kombinasi meal shakes, ESP dan performance drink. terutama kalau ada yang tak abes ganti puasa lagi, puasa sunat, ibu mengandung, ibu menyusu yang nak berpuasa, mereka-mereka yang gastrik nak berpuasa, mereka yang rasa lemah dan lemau, kulit kering.



nak dapatkan set anda? boleh terus hubungi wana 
sms/whatsapp 0199904429
tulipcomey@gmail.com








Monday, April 14, 2014

road to PhD

Alhamdulillah, sebelum ni sangat la banyak dalam fikiran ni research yang wana nak buat untuk phd wana. Dah siap design pelbagai scope research.. banyak draft sudah wana buat. Dan hari ni wana nekad dengan tajuk wana ni, memandangkan research yang sedia ada tentang apa yang bakal wana selidik ni masih dalam zon yang kurang jelas..jadi wana terpanggil untuk buat kajian lanjut tentangnya.



alhamdulillah, flowchart research, kerangka, idea semua telah ada. Menunggu masa untuk dilaksanakan. Menjadi seorang penyelidik, itu minat dan bidang yang wana paling suka. Dari situ banyak perkara yang boleh kita belajar, banyak pengalaman yang boleh kita dapat..bukan hanya dalam bidang research, tapi perhubungan sesama manusia, sesama staf, komunikasi dikalangan penyelidik, dengan organisasi tertinggi.

Masih lagi berpegang teguh dengan bidang research berkaitan batuk kering atau Tuberculosis. In shaa Allah, mudah-mudahan apa yang wana bakal usahakan ini dapat memberi manfaat kepada semua. Wana tau cabaran yang besar bakal wana tempuhi. Wana bersedia.

hanya yang cekal dan tabah yang akan menuju ke mercu kejayaan. :) in shaa Allah




Sunday, April 13, 2014

Tips mendidik anak hiperaktif

Dikurniakan cahaya mata merupakan satu anugerah.Alhamdulillah.

Dikurniakan anak yang hiperaktif menuntut ibu bapa agar lebih bersabar terutama dalam mendidik, mengasuh serta menjalani hari-hari menuju proses pembesarannya.



Dalam entri ni, wana nak berkongsi tips buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang hiperaktif ni. Wana tiada pengalaman secara langsung berkaitan anak hiperaktif ni tapi wana pernah mengajar kanak-kanak darjah 1 yang hiperaktif (ada beberapa orang dalam kelas yang wana ajar time wana jadi guru ganti tempoh hari). 

Memang kesabaran yang tinggi sangat penting ye semua, memerlukan seluruh kudrat. Ingat mengajar itu satu amanah parents, mendidik kerana Allah, dalam hati tertanam.. "aku juga ada anak"..oleh kerana rasa tanggungjawab & amanah itu wana pegang dan didik mereka dalam tempoh beberapa bulan macam wana mendidik anak wana sendiri. 

Hari wana last ngaja sebagai guru ganti kat sekolah itu, pelajar tu (lelaki) datang dan menangis..."kenapa cikgu dah tak nak ajar kami ke? cikgu nak g mana lepas ni?(wana turut bergenang). Cikgu ke tempat lain pula, tamat dah waktu cikgu kat sekolah ni. Cikgu nak kejar cita-cita cikgu. Belajar rajin-rajin, pandai-pandai. Satu hari nanti, kita akan berjumpa lagi. 

ok, terus sahaja kepada TIPS MENDIDIK ANAK HIPERAKTIF
  1. Ajarkan anak yang hiperaktif itu disiplin supaya dia dapat mengatur atau menguruskan dirinya dengan baik
  2. Jangan menghukumnya kerana perilaku hiperaktif ni bukan kesalahan anak anda
  3. Jangan melabel anak hiperaktif itu sebagai nakal,malas atau bodoh kerana akhirnya dia akan bersikap seperti yang kita label tu. (ingat apa yang diucapkan oleh ibu itu suatu doa, maka doa la yang baik-baik untuk anak anda)
  4. Pendekatan yang berbeza bagi setiap anak.
  5. Berikan kasih sayang (bukannya memanjakan) anak yang hiperaktif melebihi adik beradik nya yang lain. 
  6. Dalam mendidik anak yang hiperaktif ni, jangan bosan atau berputus asa untuk mengulang-ulang sesuatu pengajaran berbanding adik beradiknya yang normal
  7. Di depan anak anda serta di depan orang lain, katakan anak anda adalah anak yang baik dan jangan menyebut tentang kesalahan yang pernah dilakukan
  8. Terus menerus awasi tindakan atau tingkah lakunya kerana bimbang tindakannya mungkin membahayakan diri atau orang lain
  9. Perbanyakkan komunikasi dengan anak yang hiperaktif ni. kalau dengan anak yang normal, anda berbicara pada ketika tertentu, tapi untuk anak yang hiperaktif kita perlu berkomunikasi setiap satu minit sekali.
  10. Jangan marahi dia. Contohnya makan beramai-ramai di meja makan, anak yang hiperaktif ni berlari-lari dengan makanan. sabar, jangan marahi nya. Suapi mereka dengan sabar dan penuh kasih sayang. 

Banyak bersabar ye para ibu bapa. Ingat anak itu anugerah yang mesti kita corak, didik, asuh dengan penuh kesabaran, kasih sayang, penuhkan dengan bekalan ilmu dunia & akhirat. 




Mengandung & Mengidam ??


Terdapat para ibu yang mengalami keinginan yang tinggi untuk makan sesuatu. Gejala ni kita namakan mengidam. Umum berpendapat bahawa mengidam ni disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Pada peringkat awal kehamilan, rahim dikatakan banyak menghasilkan hormon yang dapat menggangu keseimbangan tubuh dan juga mempengaruhi pelbagai reaksi dalam diri seseorang wanita.

Ada wanita yang mengidam di awal usia kehamilan hingga ke minggu yang ke 16 dan ada pula sesetengah wanita yang mengidam di akhir trimester kehamilan. Hal ini juga disebabkan pengeluaran hormon yang banyak dikeluarkan oleh badan.

Rata-rata yang diidamkan oleh para ibu adalah lebih kepada makanan bergula, manis seperti gula-gula, jeruk berbanding dengan makanan yang sudah sedia sihat iaitu sayu-sayuran dan sebagainya. Apabila gula berinteraksi dengan sistem opiod dalam badan, ia akan mencetuskan satu tabiat ketagihan. Ini menyebabkan individu yang suka ambil makanan manis akan lebih cenderung mengambilnya lagi.

Ada ibu yang hamil cenderung untuk makan asam manis, jeruk untuk menghilangkan rasa loya atau mual. Apa yang pasti, sungguhpun pengambilan makanan masam tidak menggangu pertumbuhan janin tetapi sedikit sebanyak ia akan mengundang masalah kesihatan ibu. Tambahan pula, ia juga dapat mengancam janin kerana kekurangan nutrien yang seimbang.

Wana petik kat sini artikel daripada Berita Harian. Menurut Pensyarah Kanan dan Dietitian, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, ketika kehamilan, pemakanan yang sihat adalah amat penting bagi memastikan fetus atau anak dalam kandungan mendapat kesemua zat yang diperlukan untuk mencapai pembesaran optimum ketika dalam kandungan. 

Tambah beliau lagi, kurang nutrien juga merupakan salah satu sebab mengapa ibu hamil mengidam. Dr Barakatun juga ada menyatakan bahawa, rasa mengidam kepada benda yang masam seperti jeruk berkemungkinan menunjukkan ibu hamil itu kekurangan garam, dan ada juga yang mengidamkan makanan berprotein tinggi seperti daging mengaitkan wanita hamil ini kekurangan protein. 

Wanita mengandung perlu peka terhadap kandungan zat dalam makanan yang diambil kerana apa yang dimakan akan memberi kesan juga kepada fetus atau bayi dalam kandungan. 

Jadi ibu-ibu, sangat penting ye ibu-ibu memastikan makanan yang ibu ambil tu sihat, seimbang, berzat, bersih yang bagus untuk kesihatan serta perkembangan bayi dalam kandungan.






baby boy ke girl ye?

Bila disahkan hamil, mesti ada parents yang mula berfikir baby ni lelaki ke perempuan. mesti ada walaupun sikit kan? kalau parents yang ramai anak perempuan, mesti mengharapkan baby kali ni lelaki, ada juga imam muda ayah kan? kalau parents yang ramai anak lelaki, mesti tertunggu-tunggu kelahiran bunga di taman larangan :) Proses mengandung itu sendiri seronok.

Wana pernah terlibat dengan research yang melibatkan pregnant mummy yang memerlukan wana ke klinik O&G dan wad di salah sebuah hospital di Malaysia. Pernah wana dengar borak-borak ibu sementara menunggu giliran di klinik O&G. "Kita ni perempuan, bila tengok orang lain bersalin, ada baby..kita terliur nak ada baby..biar la pelbagai susah payah datang..walau sakit mana, rasa nak mengandung lagi ada."...itu la kata seorang ibu.

Terus ke tajuk utama kita BOY ke GIRL??


Terdapat banyak tanggapan atau mitos berkaitan cara kita menentukan jantina baby ni. Mesti ada ibu2 yang google kan apa penentuan jantina baby ni..heee. Kat sini wana akan share kepercayaan yang popular berkenaan penentuan jantina baby ni. Biasa nya kalau pun betul hanya 50-50 aje tau :) ni sebagai panduan ringkas.

Anda lebih berkemungkinan mengandung baby BOY jika...
  • kadar degupan jantung bayi kurang daripada 140 degupan seminit
  • Perut memboyot ke hadapan dan tajam
  • Perut anda 'rendah'
  • berseri-seri ketika hamil
  • tidak mengalami alahan dalam trimester pertama kehamilan
  • anda melihat di cermin selama lebih kurang 1 minit dan anak mata membesar
  • breast kanan lebih besar daripada kiri
  • anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging
  • tapak kaki mudah sejuk berbanding keadaan sebelum hamil
  • kulit menjadi kering
  • ada juga ibu2 yang cuba2 ikat cincin kahwin pada benang, cincin tu berpusing2..(ralat juga kadang2 sebab tangan kita kadang2 bergoyang atau ade angin..heee)
  • rambut lebat dan berkilat semasa hamil
  • bulu kaki memanjang dengan cepat semasa hamil
  • anda mudah diserang sakit kepala
  • apabila mencampurkan usia anda semasa persenyawaan, dengan no bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah no genap
  • anda tidur mengiring ke kiri
  • air kencing berwarna kuning cerah
  • bantal anda mengadap utara ketika tidur
  • anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) nampak macam budak lelaki masa dia baby
  • perkataan pertama anak anda sebelumnya adalah 'baba' atau 'dada'
  • anda lebih agresif berbanding suami semasa bersama yang menghasilkan persenyawaan itu
  • bila anda makan bawang putih, bau nya keluar daripada liang roma anda
  • apabila ada orang yang minta anda tunjukkan tangan, anda tunjukkan dengan tapak tangan ke bawah.
(ni tanda-tanda yang bukan dibuat-buat tau, dia memang spontan)

Anda lebih berkemungkinan mengandung baby GIRL jika...

  • degupan bayi lebih cepat daripada 140 degupan seminit
  • Perut bulat
  • Perut anda "tinggi"
  • Muka tak berseri-seri
  • anda mungkin alahan semasa 12 minggu yang pertama kehamilan
  • breast kiri besar daripada breast kanan
  • apabila anda melihat cermin dalam masa 1 minit, anak mata anda tak mengembang
  • anda mengidam benda manis
  • bila gantungkan cincin kawen, cincin tu ke kiri dan ke kanan
  • kulit lembut
  • anda lebih moody daripada biasa
  • apabila orang minta anda tunjukkan tapak tangan, anda akan tunjukkan telapak tangan
  • suami lebih agresif semasa bersama ketika berlakunya persenyawaan
  • anda tak berbau bila makan bawang putih
  • rambut menipis dan tak bermaya semasa hamil
  • anda tidur mengiring ke kanan
  • air kencing berwarna kuning samar
  • bantal anda mengadap ke selatan semasa tidur
  • perkataan anak pertama/anak sebelum baby ni 'mama'
  • apabila dicampur umur anda, dengan bulan persenyawaan berlaku,jumlahnya no ganjil
(ni pun bukan dibuat-buat tau, spontan je berlakunya)

ni beberapa tanda-tanda sama ada anda mengandungkan anak lelaki atau perempuan, memang setiap individu berbeza ye..kalau pun betul, tanda-tanda ni hanya kebetulan aje.

Yang penting, baby kita sihat, selamat dan membesar dengan sihat :)

Salam sayang
~mama wana~







what flower are you??

Kejap tadi santai petang jap, lepas tu tengok ada dalam friendlist FB wana yang jawab kuiz tentang "what flower are you?? kuiz ni kat facebook..saje2 melayan kuiz ni, kena jawab 9 soalan yang disediakan.

ni link dia ye, boleh cuba (klik aje)


wana dapat ORCHID :) ni tafsiran dia tentang personaliti si orchid

You are

Orchid

Noble and commanding, you are the deep thinker, the wise sage. Friends come to you for advice, and look up to you as an example to follow.


santai petang 



posisi tidur buat ibu hamil


Pada awal usia kehamilan, memang kita tiada masalah untuk tidur dalam pelbagai gaya. Bila apabila kandungan makin membesar, ada ibu yang mengalami kesukaran untuk tidur mungkin sedikit sebanyak disebabkan oleh pergerakan bayi ataupun mengalami masalah kekejangan kaki.

Kalau zaman-zaman bujang dulu, posisi tidur kegemaran wana terlentang, tak pun mengiring ke kanan. Bila kandungan makin membesar, wana memang tak boleh tidur terlentang. Wana lebih banyak tidur mengiring ke kanan. Posisi ni buat wana selesa dan mudah tidur. 

Bila kandungan mencecah usia 5 bulan, wana beli bantal mickey yang kecil untuk support perut.(bantal ni ada hingga ke hari ni dah jadi peneman tidur Maisarah. Masuk usia kandungan 6 bulan, rasa kurang selesa nak tidur..wana belikan bantal besar yang lembut untuk support (bantal ni pun ada sampai ke hari ni)

Perut wana agak besar maybe sebab kulit perut tebal kot..heeee..usia kandungan nak masuk 6 bulan wana tak dapat solat seperti biasa. Wana solat duduk. Maisarah lahir dengan berat 3.24 kg :)

Mengapa gaya terlentang kurang elok bagi kandungan 16 minggu & ke atas?

Hal ini disebabkan dengan gaya ini, seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan inferior vena cava. Tidur dalam keadaan ni juga dapat meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejaskan sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan sedikit sebanyak menggangu peredaran darah. Ia juga mempengaruhi tekanan darah. Bagi ibu yang mengalami tekanan darah tinggi ketika hamil adalah tidak digalakkan sekali tidak tidur dengan posisi terlentang.

Pakar perubatan mencadangkan supaya selepas minggu ke 16, ibu-ibu sebaiknya tidur dengan posisi mengiring ke kiri kerana posisi ini dikatakan membuatkan bayi mendapat pengaliran darah dan makanan yang lebih. Mengiring ke kanan pun boleh juga.


Salam sayang
~wana~





Saturday, April 12, 2014

tips mengelakkan ruam/ruam susu pada bayi


Alhamdulillah diberi peluang merasai nikmat menjadi seorang ibu. Alhamdulillah Maisarah tiada sebarang alergik mahupun ruam time baby dulu. Apa yang wana buat? Zaman dulu2 wana belum berkenalan dengan Shaklee lagi, jadi kat sini wana nak share tips yang mudah tapi ramai yang sering ambik mudah tentang ni.

Apa yang wana buat??

Menjaga kebersihan adalah penting dalam setiap apa yang kita lakukan.

Setiap kali selesai menyusukan Maisarah, Wana akan cuci, lap miss B dengan towel suam, kemudian lap dengan towel bersih yang kering. Memang setiap kali selepas menyusu begitu rutinnya. Sementara Maisarah pun wana basuh sikit kawasan sekitar pipi mulut dagu, lap pipi dan bahagian sekitar dengan towel suam2 kuku, kemudian lap dengan towel kering yang bersih.

Kemudian, setiap kali tukar pempes, memang akan basuh dengan air biasa, lap-lap kawasan sekitar dengan kapas basah (kapas yang dicelup air tau..bukan yang ready made kat kedai tu).. (yang ready made tu buat lap kalau poo poo..kemudian basuh dengan air dan kapas basah), akhirnya lap dengan towel yang bersih.

kalau lepas mandi, tuam2 perut, belakang badan, kaki, sapukan minyak, pakaikan sarung kaki dan stokin..ni sampai umur Maisarah 5-6 bulan. Lebih daripada tu kalau musim hujan, memang akan tuamkan, sapu minyak kat perut (ni wajib..sampai sekarang kalau time musim hujan). :) 

biarkan kulit dia bernafas jap, yela..berpempes aje kan, bimbang kulit tak bernafas..biar anginkan kulit ( time ni kena la alas dengan mat..kang terkencing..hehhee..kemudian sambung tuam sikit dan pakaikan barut, baju, seluar dan yang perlu dipakai.

Tips yang simple dan ringkas.

Harap membantu :)

Salam sayang
~wana~