Thursday, April 10, 2014

Tips mendidik anak menjadi kreatif


Memiliki anak yang kreatif menjadikan impian setiap ibu bapa. Anak yang kreatif mampu berfikir diluar kotak pemikiran, sentiasa mempunyai alternatif dalam penyelesaian masalah.

  1. Percaya kepada kemampuan anak. Contohnya jika anak anda mewarna rumput sebagai warna ungu, daripada anda bulat2 tak setuju dengan pilihan warnanya, apa kata anda berikan idea positif. Dengan cara ni dapat membantu anak anda lebih yakin.
  2. Beri sokongan kepada anak anda. Contohnya anak anda hobinya melukis, walaupun lukisannya tidak seindah yang disangka tapi beri sokongan kepada minatnya. Dengan cara ini akan meningkatkan motivasi dirinya untuk terus berusaha. Anak ini akan membesar dengan aura positif kerana ada nya ibu bapa yang sentiasa menyokongnya.
  3. Menyediakan kelengkapan yang dapat mengasah kreativiti dia. Seperti menyediakan pensil warna, gunting, kertas, kertas lipat, plastesin dan menyediakan satu ruang khas buat anak meneroka tanpa dia bimbang bakal dimarahi bila mengotori diri sendiri dan rumah.
  4. Bersama-sama mengajak anak merasai pengalaman baru. Mengajak anak ke tempat yang bukan kebiasaan anda membawanya. Misalnya museum, kebun, taman rekreasi. Bawa anak ke Pekan pun boleh :) dengan cara ni anak akan merasai pengalaman baru dan dapat merangsang imaginasi dia seterusnya menjadikan dia semakin kreatif.
Salam sayang :)


No comments:

Post a Comment