Thursday, April 17, 2014

Tips Anak Mudah Tidur


senyum wana baca tajuk ni. kalau Maisarah memang tau dah jam dia tidur. kalau lepas maghrib dia dah nap, malam dalam jam 1-2 pagi baru tidur. Kalau penat sangat, langsung tak nap siang..jam 11 malam dah tidur sampai ke pagi esoknya.heee

Ada di antara anak kita yang kurang nyenyak nak tidur atau tidur kejap2 disebabkan beberapa faktor. Macam Maisarah ni, sebelah malam dia akan main bola, main2 dengan doll dia..main dengan mama & papa..berpeluh lebih daripada mandi. Jadi, malam satu kemestian, sebelum dia tidur wana akan basuh badan dia, tukar pakaian dia..siap wangi-wangi untuk tidur, then bagi susu suam..baca doa, dia baring-baring then tidur. sebab badan dah penat main, rasa selesa. kemudian dapat tidur dengan nyenyak.

ok, kat sini wana kongsikan beberapa tips buat parents ya (ni gaya wana):
  1. Perut mesti kenyang :) macam orang dewasa, kalau kita lapar tak nyenyak tidur jugak kan?
  2. kalau masih ber pempes, pastikan kering atau baru tukar serta selesa
  3. Pastikan badan dia tak berpeluh, macam wana story kat atas kalau Maisarah ni berpeluh macam hujan.heee..jadi basuh badan dan pakaikan pakaian yang selesa
  4. kalau anak yang tengah aktif, kita boleh main2 dengan dia sampai dia penat & letih..men kejar2, bola ke..
  5. dah siap-siap basuh badan, tukar baju baru atau kalau ber pempes tukar pempes, bagi susu, baca doa tidur then dia akan terlelap
ni sedikit tips daripada wana
salam sayang :)

mama wana ID shaklee 918791
0199904429
tulipcomey@gmail.com