Monday, April 14, 2014

road to PhD

Alhamdulillah, sebelum ni sangat la banyak dalam fikiran ni research yang wana nak buat untuk phd wana. Dah siap design pelbagai scope research.. banyak draft sudah wana buat. Dan hari ni wana nekad dengan tajuk wana ni, memandangkan research yang sedia ada tentang apa yang bakal wana selidik ni masih dalam zon yang kurang jelas..jadi wana terpanggil untuk buat kajian lanjut tentangnya.



alhamdulillah, flowchart research, kerangka, idea semua telah ada. Menunggu masa untuk dilaksanakan. Menjadi seorang penyelidik, itu minat dan bidang yang wana paling suka. Dari situ banyak perkara yang boleh kita belajar, banyak pengalaman yang boleh kita dapat..bukan hanya dalam bidang research, tapi perhubungan sesama manusia, sesama staf, komunikasi dikalangan penyelidik, dengan organisasi tertinggi.

Masih lagi berpegang teguh dengan bidang research berkaitan batuk kering atau Tuberculosis. In shaa Allah, mudah-mudahan apa yang wana bakal usahakan ini dapat memberi manfaat kepada semua. Wana tau cabaran yang besar bakal wana tempuhi. Wana bersedia.

hanya yang cekal dan tabah yang akan menuju ke mercu kejayaan. :) in shaa Allah




No comments:

Post a Comment