Friday, April 11, 2014

Aiskrim itu kenangan ku

Masih ingatkah anda dengan gambar tu? Mesti takkan lupa walaupun anda dah berusia kan? Wana pun macam tu.

Wana suka makan semua perisa.tapi paling suka yang asam boi, mangga,milo..heee..kadang-kadang yang rasa bandung layan juga.dulu2 time kecik mak ada buat dan jual kejap aiskrim ni.wana bantu mak susun2 dan kalau orang nak beli, hantarkan kat rumah tok.hee..teringat zaman2 kanak-kanak.

Dulu harganya 5-10 sen aje sebatang aiskrim ni. Beli 10 batang dapat free 1-2 aiskrim lagi.
tapi last wana beli kat area rumah sewa kami time wana master kat usm dah 20 sen sebatang tak silap wana.

Mesti ade agaknya kanak-kanak zaman sekarang yang tak kenal aiskrin jenis ni..yelah banyak aiskrim yang di pack lagi cantik di pasaran.

Lepas tu selain daripada aiskrim ni, wana dulu pun ade buat dalam bekas..cam guna cawan plastik,bancuh air siap2 dan letak kat tempat beku.heee..pernah buat jugak tak?? petang lepas siap kerja sekolah dan aktiviti sekolah, makan tu.

Kalau tunjuk kat anak-anak kita sekarang, apa reaksi mereka agaknya?? Wana tunjuk gambar ni kat anak wana dan cerita ni la aiskrim yang mama makan masa kecik2 dulu..tok ma buat.soalan dia..'aiskrim apa ni mama? nanti kita buat ye Maisarah.


No comments:

Post a Comment