Monday, April 21, 2014

Tips Atasi Stress Gaya Saya

alhamdulillah. Pada wana stress ni satu keadaan positif yang meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti sesuatu yang wana ingin dan sedang hasilkan. Kenapa pulak macam tu kerana wana melihat STRESS dalam aspek yang POSITIF. Andai anda memandang atau memikirkan sesuatu ke arah negatif, memang negatif la jawabnya.



Stress boleh mengundang kepada pening kepala. Sebab tu kita perlu pandai seimbangkan tahap stress kita. Apa yang anda buat untuk atasi stress?? terutama stress di tempat kerja??

dalam entri yang serba ringkas ni, wana nak share gaya wana yang menjadikan stress itu sebagai pemangkin untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

Tips atasi stress gaya wana

  1. bila menemui jalan buntu atau berhadapan dengan kesulitan..cam samar2 nak cari penyelesaian terutama dalam penyelidikan, wana berdoa dan berserah kepada Allah.
  2. bercerita dengan rakan-rakan rapat, berkongsi idea, berkongsi dengan husband & family.
  3. melakar atau menulis alternatif kepada kebuntuan tu. fikirkan pelbagai alternatif..contoh dalam electrophoresis..buntu kenapa band tak klua kenapa gel xcantik? mungkin kerana bancuhan? kita troubleshoot di mana silap kita..jangan gelabah. berfikir dengan rasional dan tenang. Contoh bacaan flowcytometry tak macam yang kita jangka..banyak debris..kenapa? troubleshoot. kerana setiap sesuatu tu ade punca dan penyebabnya.
  4. Rancang perjalanan kerja anda. Dari situ anda nampak apa yang perlu anda capai dalam certain target. Dengan cara ni, anda takkan terburu-buru atau buat kerja last minute.
  5. Bercuti atau merenung kepada alam, tumbuh-tumbuhan, ombak, laut..jangan pandang saja ye, berzikir dan bersyukur serta berdoa.
  6. Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. 
  7. Tidur dan rehat yang secukupnya. Badan juga memerlukan rehat, ingat kita bukan robot.
  8. Mandi. berada bawah shower, air jatuh atas kepala, pejam mata sambil tarik dan hembus nafas. Jadi objek pegun jap. Sangat tenang..dah lega sikit mandi macam biasa :)
  9. Bersenam. Bersenam ni dapat mendekatkan kita dengan alam dan kita dalam tenangkan fikiran, hidup udara yang diciptakan Allah.
  10. Minum air masak dengan secukupnya.
  11. Kalau tengah berhadapan dengan kesibukan kerja, terlalu lama mengadap computer atau lap top..take 5 la kejap...rehat mata, hidup udara luar, cuci muka bagi fresh, minum air..kemudian sambung tugasan.
  12. Selain daripada tips yang atas tu, wana mengamalkan B complex dan ostematrix Shaklee. Alhamdulillah selama tempoh wana consume ni, dengan izin Allah..pening kepala, stress langsung TIADA. alhamdulillah.

Salam sayang
Mama Wana
id 918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com



No comments:

Post a Comment