Sunday, April 13, 2014

Mengandung & Mengidam ??


Terdapat para ibu yang mengalami keinginan yang tinggi untuk makan sesuatu. Gejala ni kita namakan mengidam. Umum berpendapat bahawa mengidam ni disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Pada peringkat awal kehamilan, rahim dikatakan banyak menghasilkan hormon yang dapat menggangu keseimbangan tubuh dan juga mempengaruhi pelbagai reaksi dalam diri seseorang wanita.

Ada wanita yang mengidam di awal usia kehamilan hingga ke minggu yang ke 16 dan ada pula sesetengah wanita yang mengidam di akhir trimester kehamilan. Hal ini juga disebabkan pengeluaran hormon yang banyak dikeluarkan oleh badan.

Rata-rata yang diidamkan oleh para ibu adalah lebih kepada makanan bergula, manis seperti gula-gula, jeruk berbanding dengan makanan yang sudah sedia sihat iaitu sayu-sayuran dan sebagainya. Apabila gula berinteraksi dengan sistem opiod dalam badan, ia akan mencetuskan satu tabiat ketagihan. Ini menyebabkan individu yang suka ambil makanan manis akan lebih cenderung mengambilnya lagi.

Ada ibu yang hamil cenderung untuk makan asam manis, jeruk untuk menghilangkan rasa loya atau mual. Apa yang pasti, sungguhpun pengambilan makanan masam tidak menggangu pertumbuhan janin tetapi sedikit sebanyak ia akan mengundang masalah kesihatan ibu. Tambahan pula, ia juga dapat mengancam janin kerana kekurangan nutrien yang seimbang.

Wana petik kat sini artikel daripada Berita Harian. Menurut Pensyarah Kanan dan Dietitian, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, ketika kehamilan, pemakanan yang sihat adalah amat penting bagi memastikan fetus atau anak dalam kandungan mendapat kesemua zat yang diperlukan untuk mencapai pembesaran optimum ketika dalam kandungan. 

Tambah beliau lagi, kurang nutrien juga merupakan salah satu sebab mengapa ibu hamil mengidam. Dr Barakatun juga ada menyatakan bahawa, rasa mengidam kepada benda yang masam seperti jeruk berkemungkinan menunjukkan ibu hamil itu kekurangan garam, dan ada juga yang mengidamkan makanan berprotein tinggi seperti daging mengaitkan wanita hamil ini kekurangan protein. 

Wanita mengandung perlu peka terhadap kandungan zat dalam makanan yang diambil kerana apa yang dimakan akan memberi kesan juga kepada fetus atau bayi dalam kandungan. 

Jadi ibu-ibu, sangat penting ye ibu-ibu memastikan makanan yang ibu ambil tu sihat, seimbang, berzat, bersih yang bagus untuk kesihatan serta perkembangan bayi dalam kandungan.






No comments:

Post a Comment