Wednesday, April 9, 2014

wajah yang gebu itu anak ku :)

hehe..tengok tajuk mesti ade yang sengih kan?

Alhamdulillah atas anugerah Allah kepada kami suami isteri, Maisarah anugerah daripada Allah. Permata hati kami dan pengerat kasih sayang kami.

Tahun ni Maisarah masuk 4 tahun, maka banyak dah mulut2 berbunyi..bila nak tambah?? maisarah dah besar, sian main sorang2..dah besar tu, elok la tambah sorang lagi. in shaa Allah ada perancangan ke situ. Tapi buat masa ni, kami fokus kepada nya. Mencorakkan diri nya dengan acuan yang kukuh. Bekalkan dengan ilmu dunia & akhirat. Pada Wana sendiri, wana mementingkan kualiti berbanding kuantiti. :) 

Maisarah alhamdulillah lahir dengan kulit yang memang cantik, bersih, cerah, licin..alhamdulillah. Maisarah seorang anak yang aktif, petah berkata-kata, sahabat kepada mama & papa. Peneman setia bila salah seorang ber kursus. Anak yang baik dan pandai. Alhamdulillah Ya Allah.

tengok pada tajuk tu wajah yang gebu kan..alhamdulillah lahirnya memang kulit nya sebegitu rupa, wajah yang indah, mata yang cantik. 

Sedikit tips yang wana ingin kongsikan kepada anda ialah dengan beramal dengan sepenuh pengharapan ketika kita mengandung, berdoa dengan sepenuh jiwa, membaca surah-surah seperti surah Yusuf, surah Luqman, surah Maryam, membaca Al-Quran, selawat, membaca bahan ilmiah dan membacakan dengan kuat agar didengari oleh anak :)  serta menjaga pemakanan kita. in shaa Allah, dengan izin Allah lahir lah anak yang cantik, bijak, soleh in shaa Allah. 

dari segi penjagaan luaran & pemakanan..wana ada ceritakan yang Maisarah consume Shaklee kan? Maisarah consume Meal shakes dan chewable vita c plus. Dari segi pemakanan, kami amat menjaga pemakanannya dan alhamdulillah semua dia makan. tak memilih.

kenapa wana bagi meal shakes dan chewable vita c plus??
itu sebagai vitamin tambahan yang menyokong dan menampung keperluannya, sedar atau tidak..kita sendiri tak pasti adakah lauk yang kita masak itu masih terdapat zat-zat di dalamnya atau tinggal sedikit..kan?

alhamdulillah selera makannya konsisten. ramai yang tegur Maisarah tak macam dulu, dulu nampak chubby, sekarang tinggi dan nampak kurus sikit.Maisarah ni aktif, ditambah pula dengan genetik yang berbaka tinggi terutama sebelah wana. kalau time balik kampung, nampak dia lagi tinggi berbanding sepupu dan makcik nya yang umur 5-6 tahun..heee. 

Alhamdulillah atas anugerah cinta yang terindah ini, moga Maisarah selamat, bahagia dan berjaya di dunia & akhirat. Amin. in shaa Allah

Mama & Papa sayang kakak :)