Wednesday, April 16, 2014

dia ex-supervisor yang ku hormati & kagumi

Salam pagi yang ceria


Pagi ni wana nak bercerita tentang insan yang wana hormati iaitu ex-supervisor wana time master dulu. Beliau adalah Prof Mustafa Musa. Seorang supervisor yang seperti seorang ayah (yelah, beliau juga seorang ayah). alhamdulillah beliau seorang yang tak lokek untuk berkongsi ilmu dan kepakaran, seorang supervisor yang amat wana hormati dan kagumi terutama berkaitan ilmu yang dimiliki beliau. Dalam hati, wahh..aku pun nak jadi macam Prof. 

Pernah menjawat jawatan Dekan Penyelidikan, mempunyai pengalaman yang luas, seorang yang tegas tapi santai, mudah ditemui pelajar terutama pelajar-pelajarnya. Sekarang sekali lagi menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Imunologi. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk menjadi pelajar beliau.

Petang semalam berkesempatan menemui beliau di USM, Kubang Kerian. Dalam 30 minit juga berbual-bual dengan beliau, bertanya khabar, bertanya idea, berkongsi pendapat. Katanya lagi, kalau rindu mesin-mesin dan alatan kat sini datang la selalu :) . Wana juga ada bertanya pendapat Prof tentang skop phd yang wana draft, katanya buatlah apa yang awak minat dan suka :) 

beliau juga ada tanya family wana semua sihat & ok? alhamdulillah. Pesan beliau pada wana, walaupun apa yang kita buat keluarga mesti diutamakan. Beliau memang seorang yang sayangkan keluarga, terpancar jelas kegembiraan dan kebahagiaan bila time santai-santai bercerita tentang anak dan cucunya.

Semalam ada beliau bercerita yang beliau masih ada 2 tahun di USM sebelum pencen. Wana cakap kat Prof, kalau ada kesempatan in shaa Allah wana datang sini lagi & kalau apa2 yang urgent saya email Prof. Jawabnya dengan bersungguh-sungguh, boleh...boleh..datang je jumpa saya, email pun boleh.boleh mana-mana..tak ada masalah. (sambil tersenyum) 
(wana nak dapatkan ilmu semaksimum mungkin daripada prof)

Terima kasih Prof, hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan, ilmu, nasihat serta bimbingan/dorongan daripada Prof.

**in shaa Allah wana akan teruskan dalam bidang Imunologi terutama dalam skop Tuberculosis (batuk kering)

No comments:

Post a Comment