Wednesday, April 16, 2014

khasiat Air suam

Air suam, wana suka minum air suam. Kita semua sedia maklum yang bekalan air yang mencukupi amat diperlukan oleh badan kita seharian. Ada yang telah sedia maklum tentang khasiat air suam ni, tapi tak pe la..wana kongsikan juga ya..mungkin ada yang belum tau kan :)



Secara umumnya, air suam ni dapat membantu individu yang nak menguruskan badan, meningkatkan kesuburan, melancarkan sistem pencernaan, untuk kecantikan, tubuh segar & sihat, menyihatkan jantung. Kalau katakan kita mengantuk time drive or time bekerja, stop jap minum air suam atau air biasa. JANGAN ais tau. tu antara khasiatnya :)

Kita tengok sahaja orang tua-tua, nenek atau atuk kita tak minum ais, mereka lebih gemar air suam, teh panas atau kopi panas. Kudrat mereka, kesihatan alhamdulillah. Tapi hakikatnya orang zaman sekarang lebih memilih minum minuman berais dalam cuaca panas ni. Kurang elok sebenar nya minum ais ni ye kawan-kawan.

Contoh lain, biasa kita tengok drama Korea atau Jepun, mereka biasanya minum teh panas ketika bersarapan.

Jadi jom tukar budaya kita daripada gemar minum ais kepada minum air suam :)


No comments:

Post a Comment