Friday, April 11, 2014

Tips melatih daya ingatan anak


Kemampuan untuk mengingat sangat penting dilatih sejak awal usia. Dengan cara ni kita dapat mempersiapkan diri anak menempuh alam pendidikan yang lebih tinggi. Dengan kemampuan mengingat ini, anak lebih mudah menangkap, menerima, memahami pelajaran di sekolah nanti. Daya ingat ini juga penting untuk membina rasa percaya diri anak.

Untuk melatih daya ingat anak, anda boleh memulakan stimulasi berperingkat iaitu daripada stimulasi mudah, sederhana dan sukar. Jadi kita boleh pantau perkembangan anak, seiring dengan usianya.

Wana kongsikan di sini beberapa cara atau tips untuk merangsang ingatan anak-anak.

  1. Teka gambar secara berpasangan. Ada boleh menggunakan kad, buku-buku atau ada aplikasi dalam adroid. Ia nya merupakan stimulasi efektif untuk melatih daya ingat. Melalui cara ini, anak akan mengingati pasangan atau padanan gambar, di mana kedudukannya dan memadankan dengan gambar yang sama. Anda juga boleh menggunakan apa yang ada di rumah, contoh nya buku dan pensil, cawan dan pinggan. Gunakan warna yang cerah untuk menarik pemerhatian anak.
  2. Permainan mencari perbezaan. Ada mesti sedia maklum banyak buku-buku sebegini di pasaran. Belikan untuk anak anda. Bermain lah dengan mereka. Mulakan dengan tahap yang mudah, kemudian sederhana dan susah.
  3. Mencipta cerita anda. Maksudnya bercerita dengan anak, cerita dalam versi anda. Sambil-sambil anda bercerita, anda boleh berhenti dan bertanya atau kembali ke awal cerita. Jangan lupa memberi pujian kepada anak jika dia berjaya menjawab dengan betul. Andai salah jawapannya, bagi sokongan kepadanya, bagi kata-kata semangat agar anak tak patah semangat atau kecewa.
Selain itu, rutin harian anda mestilah menjaga pemakanannya. Pastikan makanan seimbang dan berzat. Anda juga boleh mendapatkan supplement atau vitamin kanak-kanak yang terdiri daripada kombinasi meal shakes dan Omega guard yang dapat membantu menyokong kesihatan, serta membantu tajamkan IQ kanak-kanak. Ni secara ringkas nya.


nak tau lebih lanjut boleh hubungi wana :)
sms/whatsapp 0199904429
tulipcomey@gmail.com



No comments:

Post a Comment