Thursday, April 10, 2014

nak cantik TANPA perlu ubah apa-apa

Cantik itu subjektif. Lain individu lain tafsirannya tentang cantik. Semua suka akan cantik kan??

Ada yang sanggup berhabis membeli make up, kosmetik,supplement kecantikan. Itu normal. Ada juga yang sanggup operate, inject sana sini..hingga berakhir dengan wajah yang kecut dan berkedut.

Bersyukur kepada Allah atas apa yang telah dianugerahkan kepada kita. Setiap individu itu unik dan cantik.

ok, hari ni wana nak cerita khas buat anda-anda yang nak tampil cantik semulajadi tanpa merubah apa2 yang ada pada kita. Pada wana secara peribadi, yang merupakan seorang isteri dan ibu juga wanita, menjaga kesihatan dan kecantikan sangat penting untuk menempuhi hari demi hari.

macam mana wana menjaga kecantikan?

  • menjaga pemakanan (pemakanan seimbang)
  • memastikan air yang mencukupi untuk memastikan kelembapan kulit dan tak kering
  • makan sayur, ulam ( ni memang favourite)
  • makan buah-buahan 
  • mengambil vitamin (ESP shaklee, vitamin C dan B complex)