Wednesday, April 9, 2014

cerita cita-cita si pari-pari

cerita cita-cita si pari-pari



biasa lah kanak-kanak pelbagai cita-citanya, ada parents yang ajar anak siap2..nanti orang tanya, jawab nak jadi Doktor, pilot...dan banyak lagi.

wana beri kebebasan kepada anak, yang pastinya kerjayanya mesti dapat menyumbang sesuatu yang berguna kepada masyarakat, halal itu sudah semestinya.

dulu2, kalau ditanya Maisarah..dia akan cakap nak jadi Polis sebab nak tolong orang tangkap orang jahat. tu jawapannya. mama senyum aje. Dalam tempoh setahun juga di pegang cita-cita tu.heee..kalau ditanya sekarang, dia akan jawab doktor. alasan dia nak tolong orang sakit dan kanak-kanak sakit. 

Tiada yang mengajar nya. Semua dari dirinya..Agaknya banyak belajar daripada apa yang dilihatnya.heee..Kalau mama baca buku, dia akan ambik buku nya datang baca sama tapi lebih menarik katanya buku mama..'menarik' jugak la dik buku immunology ni..heheee..mesti Maisarah lagi expert berbanding mama nanti.

agaknya apa lagi yang bakal tersenarai dalam cita-citanya ya??

mama pun tak sabar nak mendengar cerita-cerita kehidupan si pari-pari kecil mama ni :)



No comments:

Post a Comment