Sunday, April 13, 2014

baby boy ke girl ye?

Bila disahkan hamil, mesti ada parents yang mula berfikir baby ni lelaki ke perempuan. mesti ada walaupun sikit kan? kalau parents yang ramai anak perempuan, mesti mengharapkan baby kali ni lelaki, ada juga imam muda ayah kan? kalau parents yang ramai anak lelaki, mesti tertunggu-tunggu kelahiran bunga di taman larangan :) Proses mengandung itu sendiri seronok.

Wana pernah terlibat dengan research yang melibatkan pregnant mummy yang memerlukan wana ke klinik O&G dan wad di salah sebuah hospital di Malaysia. Pernah wana dengar borak-borak ibu sementara menunggu giliran di klinik O&G. "Kita ni perempuan, bila tengok orang lain bersalin, ada baby..kita terliur nak ada baby..biar la pelbagai susah payah datang..walau sakit mana, rasa nak mengandung lagi ada."...itu la kata seorang ibu.

Terus ke tajuk utama kita BOY ke GIRL??


Terdapat banyak tanggapan atau mitos berkaitan cara kita menentukan jantina baby ni. Mesti ada ibu2 yang google kan apa penentuan jantina baby ni..heee. Kat sini wana akan share kepercayaan yang popular berkenaan penentuan jantina baby ni. Biasa nya kalau pun betul hanya 50-50 aje tau :) ni sebagai panduan ringkas.

Anda lebih berkemungkinan mengandung baby BOY jika...
  • kadar degupan jantung bayi kurang daripada 140 degupan seminit
  • Perut memboyot ke hadapan dan tajam
  • Perut anda 'rendah'
  • berseri-seri ketika hamil
  • tidak mengalami alahan dalam trimester pertama kehamilan
  • anda melihat di cermin selama lebih kurang 1 minit dan anak mata membesar
  • breast kanan lebih besar daripada kiri
  • anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging
  • tapak kaki mudah sejuk berbanding keadaan sebelum hamil
  • kulit menjadi kering
  • ada juga ibu2 yang cuba2 ikat cincin kahwin pada benang, cincin tu berpusing2..(ralat juga kadang2 sebab tangan kita kadang2 bergoyang atau ade angin..heee)
  • rambut lebat dan berkilat semasa hamil
  • bulu kaki memanjang dengan cepat semasa hamil
  • anda mudah diserang sakit kepala
  • apabila mencampurkan usia anda semasa persenyawaan, dengan no bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah no genap
  • anda tidur mengiring ke kiri
  • air kencing berwarna kuning cerah
  • bantal anda mengadap utara ketika tidur
  • anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) nampak macam budak lelaki masa dia baby
  • perkataan pertama anak anda sebelumnya adalah 'baba' atau 'dada'
  • anda lebih agresif berbanding suami semasa bersama yang menghasilkan persenyawaan itu
  • bila anda makan bawang putih, bau nya keluar daripada liang roma anda
  • apabila ada orang yang minta anda tunjukkan tangan, anda tunjukkan dengan tapak tangan ke bawah.
(ni tanda-tanda yang bukan dibuat-buat tau, dia memang spontan)

Anda lebih berkemungkinan mengandung baby GIRL jika...

  • degupan bayi lebih cepat daripada 140 degupan seminit
  • Perut bulat
  • Perut anda "tinggi"
  • Muka tak berseri-seri
  • anda mungkin alahan semasa 12 minggu yang pertama kehamilan
  • breast kiri besar daripada breast kanan
  • apabila anda melihat cermin dalam masa 1 minit, anak mata anda tak mengembang
  • anda mengidam benda manis
  • bila gantungkan cincin kawen, cincin tu ke kiri dan ke kanan
  • kulit lembut
  • anda lebih moody daripada biasa
  • apabila orang minta anda tunjukkan tapak tangan, anda akan tunjukkan telapak tangan
  • suami lebih agresif semasa bersama ketika berlakunya persenyawaan
  • anda tak berbau bila makan bawang putih
  • rambut menipis dan tak bermaya semasa hamil
  • anda tidur mengiring ke kanan
  • air kencing berwarna kuning samar
  • bantal anda mengadap ke selatan semasa tidur
  • perkataan anak pertama/anak sebelum baby ni 'mama'
  • apabila dicampur umur anda, dengan bulan persenyawaan berlaku,jumlahnya no ganjil
(ni pun bukan dibuat-buat tau, spontan je berlakunya)

ni beberapa tanda-tanda sama ada anda mengandungkan anak lelaki atau perempuan, memang setiap individu berbeza ye..kalau pun betul, tanda-tanda ni hanya kebetulan aje.

Yang penting, baby kita sihat, selamat dan membesar dengan sihat :)

Salam sayang
~mama wana~







No comments:

Post a Comment