Thursday, April 17, 2014

Nasi Lemak Sambal Ikan Tongkol



Nasi lemak sambal ikan tongkol hanya Di Kuala Terengganu. ni memang antara favourite wana, wana suka nasi lemak sambal ikan tongkol ni, lepas tu bilis goreng rangup tabur kat atas..yum yum..memang best. sambal dia tu pulak buat dengan lada kering..wahhh.

Nasi lemak sambal ikan tongkol ni juadah yang sangat-sangat wana nak makan time pregnant kan Maisarah dulu. Time tu wana tengah buat master kat Usm Kubang Kerian. Satu Kubang Kerian, satu KB dah pusing cari tapi hampa. sangat2 nak makan. Hasrat wana nak makan tu sampai ke telinga seorang geng kami, Kuzek. TQ bro. Katanya kebetulan makcik nya nak datang ke rumah family nya, jadi dia dengan mak nya buatkan juadah ni.ada ibu mengandung yang nak makan, katanya...terharu nyaaaa..TQ makcik, Tq Kuzek :)

Kami duk rumah sewa 2 tingkat, 10 orang. rumah tu 3 bilik dan 3 bilik air. (time tu PJJ dengan encik suami, wana di USM, husband di Pekan uruskan family bussiness). Lepas settle research kat USM dalam usia kandungan 7 bulan, baru la boleh duduk sekali kat Kuantan.

Sambung balik cerita tadi, Kuzek siap2 tapaukan untuk kami 10 bersaudara. lagi terharu..kawan-kawan ibu mengandung pun boleh makan sama. Alhamdulillah tercapai hasrat nak makan nasi lemak sambal ikan tongkol. Orang Kelantan memang tak familiar dengan nasi lemak sambal ikan Tongkol ni.

Alhamdulillah, dapat jugak ibu mengandung & baby merasa :) heeee..tu la juadah yang wana nak makan time pregnant hari tu..heee..kalau menu ikan keli tu memang hari-hari. ikan keli goreng, ikan keli bersambal..hahaha :)