Thursday, April 17, 2014

Ganjaran buat mereka yang menggembirakan anak perempuan

entri sebelum ni wana ada bercerita yang tiap kali wana balik dari tempat kerja atau wana ke mana-mana mesti ada wana belikan untuk Maisarah. Tak semestinya mahal. Kanak-kanak ni sangat menghargai pemberian kita, tak tunggu barang tu mahal pun. Baru ni wana balik dari USM, singgah Giant KT..beli hula hoop warna hijau dan tshirt untuk pakai harian 2 helai. seronok Maisarah.


ok, terus sahaja kita kepada tajuk entri kita 

Berdasarkan hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:


  • "Sesungguhnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadat fardhu oleh hamba NYA ialah menggembirakan hati saudaranya sesama islam" (riwayat Baihaqi)
  • "Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t dan orang yang takutkan Allah s.w.t akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya"
  • Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  • Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

tu antaranya :) jadi yang mana mempunyai kesemua anaknya puteri, beruntungnya anda. Alhamdulillah, bersyukur kita dikurniakan zuriat yang sihat, pandai , soleh dan solehah :)




No comments:

Post a Comment