Friday, December 20, 2013

CABARAN DAY 1 (ENTRI 1) JOM kenali Wana

Assalamualaikum & HI,

menyahut cabaran hari pertama (entri 1), berkenaan dengan Wana & family.

Nama penuh wana, mesti ada yang dah tau. Nurazwana binti Zakaria. Anak sulung kepada pasangan Encik Zakaria bin Shaari dan Puan Maimun binti Ismail. Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Terengganu pada 12 Ogos 1985. Kemudian di besarkan di Rompin, Pahang. Abah wana orang Kluang, Johor. Ma wana anak jati Kuala Terengganu, tapi dari segi sleng terengganu nya tak pekat sangat. :) . Mempunyai seorang adik lelaki, berusia 23 tahun.

Berkelulusan Sarjana Sains (Imunologi Perubatan) dari Universiti Sains Malaysia. Degree wana di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sementara matriks di Matrikulasi Pahang (1st batch merasmikan kolej baru..hehe). In shaa Allah bakal menyambung phd pada tahun hadapan, 2014 dalam bidang penyelidikan Sains Perubatan juga.

Isteri kepada Encik Suami yang kacak, Encik Nor Affandi bin Mohamed Adzha.Dan mama kepada seorang puteri yang sangat gojes di dunia, Nur Maisarah. Alhamdulillah. Sebut tentang kahwin ni, alhamdulillah semalam 19/12/2013 genap 4 tahun usia perkahwinan kami. Sekejap aje masa berlalu. Moga kebahagiaan sentiasa milik kami di dunia & akhirat.amin.

Minat? wana minat buat research, berbisnes. Alhamdulillah seiring mengejar cita2, minat juga semakin berkembang. in shaa Allah bakal melebarkan sayap dalam bisnes next year. Alhamdulillah.

ni la wana.

ni family kecil wana..ni time konvo master kat USM penang





No comments:

Post a Comment