Sunday, December 22, 2013

CABARAN DAY 3 (entri 1 ) Percutian singkat satu family

Assalamualaikum & hi...

Pagi yang indah, alhamdulillah..ni entri yang ringkas tentang percutian satu family..last week, Wana dan family bercuti di Bangi. Bercuti sambil pergi ke konvokesyen adik. Alhamdulillah..kali ni si kecik tu, teruja nak 'berjalan'...mana tak nya papa nya bawak naza ria yang besar gedabak tu..asyik berjalan je dalam tu. Selalu balik ke Pekan, bawak Mr Gen2..yela, balik bertiga aje..ni satu family wana pergi..kalau tempat2 jem atau musim perayaan, ke bandar bawak kancil aje..senang menyelit..heeee.

Ma & abah pun dah buat planning katanya destinasi seterusnya ke Pulau Langkawi dan Rantau Panjang, Kelantan ( dah boleh agak dah kan, kalau nk ke sini buat ape...heee). Sementara kami bertiga merancang nak balik ke Pekan untuk menziarahi sanak saudara di sana. En suami Wana orang Pekan :) Maisarah insan yang paling seronok balik kampung sebab ramai pakcik2 & mkcik2 n sepupu dia..orang lain dah abes tenaga main, dia main sampai berpeluh abes & tak penat2 :)  heee

Tetiba wana teringat (asyik teringat je kan)..hahaha..percutian pendek ke Melaka..teringat tu kena gelak sikit. Ok, kisahnya bila Wana & family kecil Wana ni ke Johor untuk menghadiri kenduri kahwin sahabat yang tinggal satu rumah sewa dengan wana time master kat Kubang Kerian dulu..lepas berjumpa, makan2..then en suami bagi pilihan nak ke JPO atau Melaka..dua2 cam best aje.. last2 pilihan ke Melaka..so, jenjalan la kami ke Bandar Hilir Melaka & esoknya pulang ke Kuantan. (lepas kahwin, wana stay kat Kontan..lepas dapat offer mengajar kat UitmKT, wana pindah kat Kuala Terengganu ni..so, dah setahun lebih berpindah di Terengganu ni)

ok, itu la entri ringkas dari Wana.. :)