Wednesday, December 11, 2013

mulut berbau?? TOLONGGGG



Ramai yang mengalami masalah ini tapi tak tahu cara nak selesaikannya. Ada yang malu atau takut untuk berjumpa Doktor Gigi. Kesannya ada yang menjadi seorang yang pasif dan ada yang menerima ejekan daripada masyarakat atau teman serta dijauhi daripada rakan-rakan. 



Punca utama berlakunya mulut BERBAU ini adalah disebabkan bakteria yang dengan selesanya hidup sama ada dicelah-celah gigi, celah2 plug gigi, di celah rekahan lidah..seronok ye bakteria ni. Nak kata gosok gigi dah, tapiii...mulut masih lagi berbau. Cuba juga anda semak teknik anda memberus gigi.

Faktor yang berikutnya jika anda mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik. Gejala ni juga boleh menyebabkan mulut anda berbau. Selain daripada tu kerana mulut kering disebabkan kekurangan air liur. Contoh nya semasa kita bangun daripada tidur.

Macam mana nak tau anda ada masalah mulut berbau??

  • self check (hembus nafas di dalam botol atau bekas tertutup ~ kemudian bau)
  • bertanya kepada individu yang rapat dengan kita; parents, husband/wife, kawan2..(jangan berkecil hati apabila ditegur)
Rawatan TRADISIONAL


  • Sirih : antiseptik yang baik untuk atasi bau mulut. (air rebusan daunnya ~ berkumur selepas menggosok gigi serta minum rendaman daunnya yang direndam ke dalam air suam selama 5 minit ~ amalkan setiap hari)
  • Serai wangi dan kulit limau kasturi:  3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga ¾ tinggi periuk kemudian jerang hingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.
  • Daun jambu batu: Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda, tumbuk daun tersebut hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separuh air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.
  • Cengkih: anggaran 3 atau 5 kuntum bunga cengkih kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga sejuk dan air rebusannya antum gunakan untuk berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.
  • Menghisap kayu manis: Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau.Kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam. Menghisap kulit kayu manis setiap hari, dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.
  • Bunga lawang: Ambil sekuntum atau 3 kuntum bunga lawang kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air panas selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga suam dan airnya boleh digunakan untuk minum atau berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari. Bunga lawang juga boleh dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk. Secara tak langsung, ia juga dapat merawat penyakit asma, bronchitis dan batuk kering
  • Asam jawan dan gula merah: bancuh sedikit asam jawa, gula merah dengan air panas. Minumlah setiap malam sebelum tidur. Amalkan sekerap mungkin, InsyaAllah tiada lagi nafas berbau yang memalukan
  • Gorengan hampas kelapa: Ambil anggaran segenggam hampas kelapa dan gorengkan di dalam kuali tanpa minyak. Gorengkannya hingga kekuningan. Angkat dan dibiarkan sejuk. Kemudian ambil dan kunyah-kunyahkannya hingga hancur. Ia boleh dimakan atau diluahkan.
  • teh hijau+daun pudina: minum air teh hijau atau dengan meminum air rendaman daun pudina sekurang-kurngnya 2 kali sehari.
(SUMBER:9 petua tradisional hilangkan bau nafas dan mulut)



Rawatan Masalah Mulut BERBAU SHAKLEE:
  • herblax : untuk pembersihan usus
  • chewable vitamin C: sembuhkan penyakit gusi & detoksifikasi yang bagus
  • garlic complex: antibiotik semulajadi yang menghapuskan bakteria
  • alfalfa complex: menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau
  • peppermint ginger plus: berkesan membunuh bakteria penyebab bau mulut
yang berminat nak dapatkan shaklee, boleh terus hubungi saya
nurazwana zakaria ID 918791
0199904429 sms/whatsapp/line

No comments:

Post a Comment