Sunday, December 29, 2013

CABARAN DAY 11 (entri 1) Kata2 yang sangat bermakna bagi Wana

Menyentuh tentang Quote ni, ada 4  yang berada di tangga teratas dalam hidup wana.


  1. Memetik kata-kata Tun Dr Mahathir "Hanya yang cekal dan tabah yang akan menuju ke mercu kejayaan" (kata-kata ini setiap hari membuatkan wana kuat, alhamdulillah wana sentiasa positif dalam apa yang wana lakukan..kalau sesuatu tu gagal atau tak jadi, wana tak rasa down, stress atau cepat mengalah..sebaliknya, esok wana akan terus cuba lagi hingga berjaya). Agaknya didikan abah dari kecil, didikan seperti tentera yang berdisiplin dan tegas.Sekarang senyum bila ingat zaman kecik2 dulu..itu yang menjadikan wana kuat, kental dan tabah sehingga ke hari ni. Alhamdulillah wana bersyukur kerana mempunyai mereka sebagai orang tua wana.
  2. Wana tak pasti yang ni wana dengar daripada siapa..tapi macam dari Dato' Haji Fadzilah Kamsah " Kalau nak berjaya, jangan banyak alasan kerana orang yang banyak beralasan adalah orang yang kurang atau susah nak berjaya" (kata2 ni terus wana pegang hingga ke hari ni, dan wana ada perturunkan kepada pelajar2 wana untuk membakar semangat..nak2 bagi students yang liat atau lambat nak hantar assignment mengikut masa yang dah ditetapkan)
  3. yang satu lagi ni kata2 daripada Mak dari kecil, " Boleh & berjaya bagi mereka yang berusaha..tiada apa yang mustahil"
  4. last ni, kata2 yang wana pegang hingga ke saat ini. Ada wana perturunkan kepada students " Dalam hidup ni,kita sentiasa ingat Allah & taat kepada ibu bapa..in shaa Allah anda akan selamat dan berjaya dunia akhirat"


No comments:

Post a Comment