Tuesday, October 14, 2014

Buat Buku Pink

Morning semua

hari ni ber entri santai kita dengan kisah semalam, kisah si buku pink.

wana excited nak bercerita tentang buku pink ni sebab ni 1st time wana buat buku pink kat gov. Sebelum ni, masa Maisarah kat Hospital Universiti. Memang jauh berbeza ye. Nak dijadikan cerita, Ahad 12 Oktober tu wana call Klinik Desa K.xxxx, nak tanya tentang hari nak buat buku dan rutin. sebab klinik desa kan ada hari-hari dia ikut zon. Kandungan wana pun minggu ni nak masuk 12 minggu dah.

JM tanya dah berapa minggu? wana jawab dah nak masuk 12 minggu. ngeee..lepas tu, JM tanya kenapa tak buat buku pink lagi..takkan tak perasan pregnant..kikiki..ni dialog dalam telefon tau :) katanya, esok (isnin) awak datang awal-awal jam 8 pagi depan klinik ye sebab lepas waktu tu saya ada urusan.

maka, tercongok la diri ni di depan klinik desa jam 7.50 pagi. dah ramai ibu2 time tu rupanya.Rata-rata nak check up dan inject baby. Beberapa orang aje ibu mengandung yang ada. Termasuk lah wana. Sambil tunggu turn kita, seronok tengok baby timbang ni, comel comel semuanya.

Booking wana sorang aje.Macam biasa 1st check up ni cek berat, tekanan darah, hb, urine, cek perut, breast, kaki, cek tekak. Interview family history. 2 jam gak wana di Klinik Desa tu.

Lepas tu drive balik.hehe..Next appoinment kat Klinik Desa tu, 9 November jam 9 pagi. 29hb ni kena ke KK Air Jernih untuk buat details check up blood test, blood group and dental check up.

Itulah cerita wana masa buat buku pink :)

1 comment:

  1. The 8 best casinos you can play online, and how to win real
    With slots machines, slot machines have 평택 출장안마 become 충청남도 출장샵 extremely popular 성남 출장샵 in the U.S. and in the 충청북도 출장마사지 early 2000s, casino 영주 출장마사지 slot machine enthusiasts were growing

    ReplyDelete