Thursday, October 16, 2014

Bila Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Kelengkapan Bayi

Morning semua

Pagi ni nak bercerita sikit tentang 'Bila masa yang sesuai untuk membeli kelengkapan bayi'.

Bila disahkan hamil. Memang kita rasa begitu teruja dengan kehamilan. Tapi para ibu kena menjaga keselamatan dan kesihatan diri. Jangan over excited sangat ye. Kehamilan suatu perkara yang menggembirakan pasangan yang berkahwin. Zuriat sebagai pengikat kasih sayang dan penyeri sesebuah rumah tangga.



Bila tengok baby stuff ni kat mall kita rasa geram dan semuanya nampak comel. Tapi sabar, ada masa yang tertentu yang boleh kita peruntukkan masa untuk berbelanja barang-barang bayi ni. Jadi bila masa yang sesuai??? Kata orang tua-tua, kurang elok jika kita membeli barang-barang bayi terlalu awal, biar lah kandungan tu 'kukuh' dahulu. 

Itu pesan orang-orang tua. Sebenarnya tiada penetapan masa yang tepat untuk menggambarkan bila masa yang sesuai. Wana ada pantau pendapat umum atau forum ibu-ibu yang menyatakan masa yang sesuai adalah sekitar trimester kedua atau bila usia kandungan mencecah 6 bulan ke atas.

Ok, kalau ikut pengalaman wana yang lepas masa pregnant kan Maisarah. Bila kandungan dah masuk 6 bulan, wana dah mula shop barang-barang. Wana tak suka buat kerja last minit. Segalanya telah wana list dan just follow the flow aje. Nanti tak la kalut, kan. Masuk kandungan 7-8 bulan lebih hanya tambah sikit2 apa yang dirasakan kurang. 

Selebihnya persiapkan diri, ready bila sampai masa melahirkan. Masa usia kandungan dah 7 bulan, wana dah settle dengan labwork dan stay dengan husband. Kalau tak sebelum2 ni pjj. Time tu writing thesis, jadi memang dapat berehat secukupnya.

Alhamdulillah, sekarang wana hamil anak kedua dan usia kandungan masuk 3 bulan lebih. Memang geram bila tengok baby stuff ni tapi masih lagi berada dalam lingkungan kesabaran. hehehehe..in shaa Allah kita tunggu Year end sales nanti kita shop sikit2 macam baby gear dan tengok ikut list apa yang perlu ditambah.

Jadi ibu-ibu jom kongsi pengalaman anda, bila anda mula shopping untuk si manja anda :)


mama wana
id918791
01116866987
tulipcomey@gmail.com