Wednesday, August 6, 2014

Tanda-tanda Awal Kehamilan

kita buat regangan sikit pagi ni :) sebelum teruskan kepada entri kita iaitu Tanda-tanda Awal Kehamilan. Wana percaya para ibu lebih pakar tentang ni kerana setiap individu tandanya berbeza.

Wana mulakan dengan perkongsian Wana masa awal-awal kenalpasti tanda wana pregnant time pregnant kan Maisarah. Wana just ada 2 tanda yang jelas, iaitu period delay seminggu dari tarikh yang sepatutnya. Yang ni memang jelas sebab period dan cycle wana memang tepat pada masanya. Lepas tu yang keduanya, wana rasa mengah time naik tangga. Sebelum ni tak ada pulak rasa mengah-mengah ni dan aktif je.

Ha..tu antara tanda-tanda awal Wana sebelum wana buat test untuk sahkan Wana pregnant. Alhamdulillah wana tiada sebarang alahan, tak ada loya atau muntah-muntah. Sebaliknya lebih aktif dan cergas ada. :)

ok, jom kita tengok tanda-tanda lain yang biasanya ibu2 ada alami di awal kehamilan.


Tanda-tanda Awal Kehamilan
  1. Missed Period (ni biasanya tanda yang jelas bagi bakal-bakal ibu, tapi bagi yang cycle period dia tak teratur, kena tunggu tempoh atau tarikh yang biasanya anda period andai kata dah lepasi tarikh tu boleh lah anda nak cek sama ada anda hamil atau tidak.
  2. Rasa lapar yang berpanjangan. Terjadi juga pada orang yang tak hamil. Jadi ibu2 jangan terlalu bergantung kepada tanda ni sangat ye.
  3. Perubahan warna disekeliling payudara. Kulit disekitar payudara anda dikatakan agak kehitaman menandakan mungkin anda telah beberapa minggu hamil. Tapi tanda ni ada juga disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang tiada kaitan dengan kehamilan atau disebabkan oleh kehamilan yang terdahulu.
  4. Kerap buang air kecil. Biasanya tanda yang serupa kita alami dekat nak period. Perhatikan tempoh dan tarikhnya. Biasanya hal ni disebabkan oleh janin yang terbentuk ditambah lagi dengan rahim yang kian membesar menekan pundi kencing kita. Tu yang kerap buang air.
  5. Ada ibu-ibu yang juga rasa tak bermaya. Letih, mengantuk di awal kehamilan. Hal ini dipengaruhi oleh hormon kehamilan itu sendiri.
  6. Sakit dan tegang pada payudara. Ni wana tak sure macam mana. Ada yang cakap rasanya macam time nak datang bulan, kita rasa kurang selesa kat bahagian tu.
  7. Sedikit pendarahan dan senak pada ari-ari. Ni ada ibu2 yang mengalami nya, biasanya keluar beberapa tompokan darah. Ianya lebih kurang 8 hari selepas ovulasi. Atau anda juga akan mengalaminya pada hari yang sepatutnya anda period hari pertama.
  8. Rasa loya dan muntah. Tidak semua wanita yang akan mengalaminya. Tapi ada yang merasakan morning sickness ni walaupun selepas beberapa hari mengandung.
  9. Suhu badan tinggi dan berpanjangan. Bagi anda yang konsisten dengan merekodkan suhu badan, anda akan perasan yang suhu anda meningkatkan berbanding suhu yang mula2 anda rekodkan.
  10. Akhir sekali, bila Ujian air kencing menunjukkan anda positif hamil. Pada kit tu biasanya, kalau anda hamil akan kelihatan 2 jalur. Tahniah buat anda bakal-bakal ibu & ayah :)

mama Wana
ID918791
0199904429 / 01116866987 (sms/whatsapp)



No comments:

Post a Comment