Tuesday, August 19, 2014

Adab Ketika Hamil

Salam siar semua, malam ni kita nak bercerita tentang Adab Ketika Hamil. Wana tau ramai yang sedia maklum tentang hal ini. Tapi perkongsian ni sekadar peringatan buat diri Wana dan anda semua.

Mendapat khabar tentang kehamilan merupakan suatu berita yang menggembirakan. Yelah, beberapa bulan sahaja lagi anda akan menambah bilangan anggota keluarga. Bagi yang mengandung anak sulung mesti bertambah-tambah teruja. Teruja, teruja juga tapi jangan lupa soal kesihatan dan keselamatan diri dan kandungan.



Terus sahaja kepada adab ketika hamil

  1. Lebih banyak mendekatkan diri kepada Allah. Banyakkan berdoa, mengaji, berzikir, bersedekah.
  2. Berbuat baik kepada suami, ibu bapa, dengan semua orang
  3. Bersangka baik
  4. Memandang atau melihat perkara atau benda-benda yang berfaedah dan bermanfaat
  5. Menjejakkan kaki ke tempat yang baik dengan niat yang baik
  6. Makan makanan daripada unsur yang halal, makanan sunnah, berkhasiat
  7. Ibu hendaklah sentiasa tenang, gembira
  8. Ibu perlu tangkas dan aktif
  9. Ibu mengandung perlu pandai mengawal emosi, tabah sepanjang kehamilan
  10. Mengeluarkan atau berbicara dengan kata-kata yang baik dan lembut tuturnya
Dan ingat lah apa sahaja yang kita lakukan, rasa, buat semasa mengandung akan menyumbang kepada pembentukan sahsiah anak. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya baik dari segala aspek. Segala adab ni perlu diberi perhatian agar kita dapat melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. In shaa Allah.


Salam sayang,
mama Wana
ID918791
0199904429 / 01116866987 (sms/whatsapp)

No comments:

Post a Comment