Tuesday, September 9, 2014

Ketahui Jantina Bayi Yang Dikandung

Lelaki ke perempuan?? boy or girl? Mesti pernah terlintas dalam fikiran para ibu untuk mengetahui jantina anak yang sedang anda kandung :) tu perkara yang normal. Ada yang memilih biar lah surprise, ada yang ke klinik swasta untuk melakukan ultrasound untuk mengetahui sendiri kebarangkalian jantina anaknya.

banyak petua atau pandangan orang-orang kita berkaitan ni, boleh jika anda nak mencubanya sendiri tapi selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Kuasa :) . Jom kita tengok satu persatu apa bentuk eksperimen yang boleh kita buat.

  1. Menggunakan Sodium Bikarbonat (serbuk/tepung penaik) mencampurkan air kencing/urin ibu mengandung (urin awal-awal pagi). katanya ketepatan teknik ni dalam 60%. heee..ni wana belum pernah cuba, akan dipertimbangkan. Keputusan yang dinilai;  kalau bayi perempuan: tiada kesan berbuih, kalau bayi lelaki: ada kesan berbuih.
  2. Ada pulak yang tengok bentuk perut ibu. macam mana pulak ni?? katanya kalau perut ibu tajam dan runcing ke depan, bayi yang dikandungnya kemungkinan anak lelaki. Kalau perut ibu bulat dan melebar ke tepi, kemungkinan anak perempuan.
  3. Tengok pada breast abang/kakak sebelumnya, kalau cam ala-ala terbelah maka anak dalam kandungan anda adalah perempuan. Kalau nipple bulat/atau timbul dikatakan anak lelaki.
  4. Melihat arah ibu selesa atau kerap tidur, kalau ibu selesa dan kerap tidur sebelah kanan kemungkinan anak yang dikandungnya anak lelaki, kalau belah kiri kemungkinan anak perempuan.
  5. Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasakan anak dalam kandungan suka duduk sebelah kanan, kemungkinan anak lelaki. Kalau sebelah kiri, kemungkinan perempuan.
  6. Melihat gaya ibu. Kalau ibu time mengandung suka berhias, make up, bersoleh, kemungkinan anak perempuan. Kalau malas bersolek, malas cuci muka biasanya anak lelaki.
  7. Melihat wajah ibu, katanya kalau berseri-seri anak lelaki, kalau cam kusam gitu anak perempuan. Dikatakan seri wajah ibu diambil oleh anak dalam kandungan.heee
  8. Ibu yang mengidam makan makanan yang manis, kemungkinan mendapat anak perempuan, ibu yang mengidam makanan masam masam tu lelaki.
  9. Melihat buku lali ibu. Kalau licin, putih berseri, kemungkinan lelaki. Kalau kehijauan, kemungkinan anak perempuan.
  10. Ada yang gantungkan cincin kahwin dengan benang, kalau bergerak dalam bulatan tu baby girl, kalau dalam garis lurus baby boy. kaedah ni wana rsakan akan dipengaruhi oleh udara sekeliling :)
  11. Mencampurkan umur ibu ketika persenyawaan berlaku dengan bulan persenyawaan, jika genap itu lelaki, jika ganjil itu perempuan.
  12. Selain tu ada juga yang rujuk chinese gender predictor tu :)

Tak salah untuk kita berusaha dan cuba segala teknik ni. Apa yang penting jangan letakkan 100% kepercayaan kepada hasil ujian yang kita dapat. Berjumpa lah yang pakar dan banyakkan berdoa kepada Yang Maha ESA. 

Pada wana secara peribadi, wana tak kisah sama ada baby boy atau baby girl untuk second baby wana ni, yang penting moga si kecil ni dikurniakan kesihatan, keselamatan dan segalanya lancar serta dilindungi dunia dan akhirat. Ameen, in shaa Allah.

Salam sayang,
mama wana
ID918791
0199904429 /01116866987 (sms/whatsapp)