Tuesday, July 8, 2014

Cara Mengatasi Ketidakselesaan Ketika Hamil

Kali ni kita nak borak-borak tentang Ketidakselesaan Ketika Hamil yang seringkali menggangu para ibu comel kita.


Ketidakselesaan macam mana? ha..ni yang nak story ni

  • Alahan - ada ibu-ibu yang mengalami loya dan muntah. Bagi mengawal serta mengelakkannya, ibu perlu makan secara berkala dalam hidangan yang kecil, perlu rehat yang mencukupi.

  • Pedih Ulu hati - Hal ini disebabkan oleh pengembangan saiz rahim yang turut menyebabkan pengaliran cecair dalam perut berlaku dengan pantas. (apa yang perlu ibu lakukan?? ELAKKAN pengambilan makanan PEDAS dan BERMINYAK, JANGAN terus baring bila selesai makan, dan pastikan anda TIDAK mengambil cecair atau minum apabila ingin tidur. 

  • Sembelit - ha....ni pun satu fenomenanya. Dalam keadaan normal, hamil, berpantang, masalah ni seringkali menggangu para ibu. (ni bercakap melalui pengalaman, phobia dengan sembelit ni terutama time berpantang, time tu belum kenal Shaklee lagi..sekarang dah jatuh cinta dan dah tau dah apa yang perlu di makan). Bagi ibu yang hamil, sembelit ni biasa menggangu terutama dalam trimester ketiga kehamilan. Jadi ibu-ibu perlu mengambil makanan kaya serat juga minum air masak secukupnya.

  • Kejang kaki/cramp - wana pernah kena ni ada dalam 1-2 kali time pregnant dulu. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Biasa kena awal pagi. Kekejangan ni berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrien, ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, serta pertambahan berat badan. Jadi untuk mengurangkan kesannya, tinggikan kedudukan kaki anda dengan meletakkan bantal di bawah kaki.

  • Kembung Perut - cuba elakkan minuman bergas, kekacang dalam kuantiti yang banyak.

  • Tak selesa untuk tidur - wana dulu beli bantal lembut untuk alas perut yang kian membesar. Dan wana lebih selesa tidur mengiring ke kanan. maknanya pilih posisi yang anda selesa.

  • Panas atau naik ruam gatal - kerap lah mandi, pakai pakaian yang longgar yang mempunyai pengudaraan yang baik.

ada lagi yang ingin anda kongsikan?? jom kita bincang2kan :)


Salam sayang
mama wana
ID 918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com





No comments:

Post a Comment