Tuesday, July 1, 2014

Bunting Rimau

Bunting Rimau..istilah ni memang wana belum pernah dengar. ni lah 1st time di usia hampir 29 tahun dengar istilah ni.



Nak dijadikan ceritanya macam ni. Wana ada seorang sahabat, bertanyakan wana simptom-simptom orang mengandung macam mana. wana pun bercerita la sebab dia nampak isteri dia keletihan dan hampir seminggu tak period. Jadi wana suruh dia beli test kit untuk cek pregnancy. Esok nya test la..nampak 2 jalur tapi jalur kedua tak berapa terang. Wana bagitau kat dia, kalau ikutnya positif, tapi nak confirmkan test guna kit yang lagi accurate atau terus confirm dengan Doktor.

Jadi bawak la wife dia jumpa Doktor. Cerita kat Doktor dan Doktor pun cakap positif cuma kandungan masih di awal usia. Doktor suruh datang lagi 2 minggu berikutnya untuk double confirm.

Awal pagi tadi wana dapat message daripada sahabat wana ni maklumkan yang wife dia kena admit ward sebab bleeding. Doc yang 1st kat hosp cakap -ve pregnancy test dan mungkin period. Nurse dan Dos seterusnya bagitau ada baby nya around 5 weeks. Jadi ramai2 sahabat pakat suruh confirm kan kat tempat lain pula, g jumpa doc lain kata nya upt -ve.

Jadi dia pergi jumpa ustaz bertanya tentang ni. Ustaz kata ada lagi bayinya. Bidan pula bagitau wife dia ni bunting rimau. Jadi bertanya la wana pada pakcik google sebab wana belum pernah dengar istilah tu. Yang biasa wana dengar bunting pelamin. ada 2,3 blog yang bercerita tentang pengalaman bunting pelanduk dan bunting rimau ni.

wana nasihatkan dia, terus bagi moral support kat wife dia, teruskan berdoa di dalam bulan yang penuh keberkatan ni. Moga2 wife dan baby nya terus kuat menghadapi ujian dan dugaan ni seterusnya selamat kedua-duanya.

amin.amin. in shaa Allah.