Friday, July 11, 2014

B complex Menggemukkan? Betul Ke Bohong?

Ada yang bertanya wana, makan B complex tak gemuk ke? (wana pandang pada diri, tak ada pulak naik beratnya, tak ada pula jadi makin berselera. Makin loss inch dan bertenaga adalah. Sesetengah orang fobia dengan B complex ni sebab ada yang kata B complex buat selera makan membuak-buak dan bertambah berat badan. ha..kupasan wana tentang B complex kejap lagi akan membantu anda memahami B complex tu sendiri.

Apa yang wana jumpa adalah B complex merupakan vitamin yang penting untuk seseorang individu terutama dalam penurunan berat badan. Wana sendiri ambik B complex ni sebab metabolisma wana rendah. Nak tau macam mana metabolisma rendah? apa yang mudah sekali, kita perhatikan macam mana corak perpeluhan kita dalam keadaan biasa, dalam keadaan aktif. Banyak tak peluh yang keluar? In shaa Allah nanti wana buka entri tentang Metabolisma badan pula ya.

Perkaitan antara B complex dan pengurangan berat badan

Badan manusia itu sendiri memerlukan 13 jenis vitamin yang antara 8 jenis itu datang daripada kumpulan B complex (thiamine B1, Riboflavin B2, Niacin B3, Panthothenic acid B5,  Pyridoxine B6, Biotin B7, Folic acid, Vitamin B12) [sumber: http://healthmeup.com/ ]. B complex amat diperlukan untuk proses metabolik seperti sintesis sel darah merah dan penghasilan tenaga.

Semua vitamin B complex adalah larut air. Secara amnya, ia membekalkan tenaga melalui penggunaan unsur karbohidrat yang ditukarkan menjadi glukosa. Vitamin-vitamin B complex juga perlu dalam metabolisma protein dan lemak. Ia akan bekerja bersama-sama, jadi adalah perlu bagi anda untuk mengambil kesemua ke lapan-lapan kumpulan B complex. 

Jom kita tengok satu persatu tentang komponen dalam kumpulan B complex ni

Vitamin B1 (Thiamine)
fungsi yang paling penting bagi B1 adalah menguatkan sistem pertahanan badan dan membaikpulih jika badan berada dalam situasi stress. Ia juga membantu menghasilkan tenaga daripada karbohidrat. Juga membantu penghasilan RNA dan DNA.

Sumber B1 : Asparagus, terung, tuna, kekacang, tomato dan kacang peas.

Vitamin B2 ( Riboflavin)
vitamin B2 melindungi sel daripada kerosakan oksigen. Juga memainkan peranan yang sangat penting metabolisme tenaga dan lemak serta membantu dalam memastikan kesihatan membran.

Sumber B2 : susu, yogurt, sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin, telur putih dan badam.

Vitamin B3 (Niasin)
Penting dalam penghasilan tenaga. Menghasilkan tenaga dengan menukarkan karbohidrat, lemak dan alkohol. Juga bertindak untuk mengekalkan kesihatan kulit. Membantu sistem saraf dan pencernaan berfungsi dengan sempurna dan cekap. Biasanya kehilangannya B3 ni ketika memasak.

Sumber B3: daging, ikan, ayam/itik, telur, kacang, cendawan, avokado.

Vitamin B5 (Panthothenic acid)
diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada karbohidrat dan lemak. Juga berguna untuk penghasilan sel darah merah, dan menyokong kelenjar adrenal.

Sumber B5: susu, ginjal , telur, kekacang.

Vitamin B6 (Pyridoxine)
Ia membantu metabolisma protein dan karbohidrat.  Juga membantu dalam pembentukan sel darah merah, otak. Di samping itu, ia membantu perkembangan otak, menguatkan pertahanan badan dan menyokong hormon.

Sumber: Bijirin, kekacang, ikan, kerang-kerangan, buah-buahan.

Vitamin B7 (Biotin)
Perlu untuk pertumbuhan sel di dalam badan. Ia juga membantu penghasilan asid lemak dan penghasilan tenaga daripada karbohidrat. Selain itu, ia memastikan kestabilan dalam aras gula dan menguatkan rambut dan kuku.

Sumber B7 : bunga kobis, telur kuning, kacang, ayam dan cendawan.

Folic acid
membantu penghasilan sel darah merah yang merupakan medium pengangkutan oksigen terutama bagi ibu-ibu hamil, membantu perkembangan fetus, sistem saraf fetus dan sintesis DNA.

Sumber Folic acid: sayur-sayur berdaun hijau, kekacang, hati, telur dan buah-buahan.

Vitamin B12 (Cyanocobalamin)
Ia membantu mengekalkan sel saraf, kebolehan mental/pemikiran, sel darah merah dan penghasilan tenaga. 

Sumber B12: daging, susu, cheese, telur.

itu antara komponen dalam kumpulan B complex. Jadi tiada isu yang mengatakan B complex boleh menyumbang kepada kegemukan dan penambahan selera makan. Mungkin jika anda mengalami situasi makin berselera atau makin gemuk, B complex yang anda ambil itu tidak cukup 8 jenis vitamin B kerana kita sedia maklum, yang B complex ni komponennya mesti bertindak bersama-sama, tak boleh tertinggal walau satu jenis kerana ia memerlukan satu sama lain untuk bertindak dengan efektif.


Jadi macam mana dengan B complex Shaklee?

B complex Shaklee ni lengkap dengan 8 Vitamin B yang penting.

Tengok gambar kat bawah ni, wana snap daripada botol B complex Shaklee




 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


sebarang pertanyaan boleh terus hubungi

wana
ID918791

0199904429 (sms/whatsapp)















No comments:

Post a Comment