Wednesday, February 12, 2014

HAID LEWAT??? risaunyaaa...kenapa??

HAID LEWAT



Dalam istilah perubatan, apabila seorang wanita tiada kedatangan haid yang lama, wanita itu dikatakan sebagai mengalami " amenorrhoea". Mesti anda juga terlintas difikiran tentang kehamilan, tapi macam mana pula dengan perempuan yang belum berkahwin?? faktor kehamilan terutama bagi yang sudah berkahwin merupakan salah satu penyebabnya, tetapi terdapat lagi penyebab yang menyumbang kepada kelewatan kedatangan haid.

1) TEKANAN
  • Tekanan, stress boleh mempengaruhi jumlah hormon GnRH yang boleh menggangu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid anda.

2) MASALAH KESIHATAN
  • Haid datang lewat juga boleh disebabkan oleh demam panas atau PCOS yang memberikan tekanan fizikal yang boleh menggangu kedatangan haid.

3) KELEBIHAN HORMON PROLAKTIN
  • Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan juga melewatkan haid. (saya akan buka entri khusus untuk ni ya)

4) MENYUSU BADAN

5) MASALAH KELENJAR TIROID
  • ini juga boleh menggangu pengeluaran haid di mana anda akan berasa panas, berdebar, dan kekurangan berat badan secara mendadak, kurang selera makan.

6) PERUBAHAN DALAM JADUAL
  • biasanya melibatkan individu yang kerja overtime atau syif

7) PERUBATAN
  • ada juga sesetengah ubat yang boleh menggangu gugat pengeluaran haid dan menggangu kitaran haid

8) BERAT BADAN BERLEBIHAN
  • berat badan yang berlebihan akan menggangu ketidakseimbangan hormon estrogen dalam badan. Keadaan akan kembali normal bila anda dapat menurunkan sedikit berat badan

9) TERLALU KURUS
  • Jika anda tidak mempunyai lemak yang mencukupi untuk badan ia juga boleh menggangu kitaran haid anda. Contohnya atlet. Haid akan kembali normal setelah anda mendapatkan berat badan yang normal

10) MEMBUAT SENAMAN BERAT
  • tekanan yang bertambah ke atas badan juga mempengaruhi aliran haid dan seterusnya menganggu kesuburan.


11) TERSILAP KIRA TARIKH
  • Kitaran haid bagi setiap wanita adalah berbeza. Ada yang 28 hari, 29, 30 hari. Juga ada wanita yang mempunyai kitaran yang tak teratur. Oleh yang demikian, anda digalakkan untuk mencatat hari pertama haid setiap bulan.


12) PRE-MENOPOUS

  • tempoh peralihan dari usia reproduktif ke kurang reproduktif di mana haid akan hilang buat selama-lamanya. Tempoh ini juga mempengaruhi aliran dan kelancaran haid.


13) MENOPOUS

  • fasa di mana ovulasi tidak akan berlaku lagi dan haid berhenti buat selama-lamanya

14) UBAT PENCEGAHAN KEHAMILAN/PIL PERANCANG

  • pengambilan pil perancang atau suntikan perancang banyak mempengaruhi hormon anda seterusnya menggangu kitaran haid. Apabila anda berhenti menggunakannya, badan anda akan mengambil masa untuk kitaran haid kembali normal.

15) KEHAMILAN

  • Berita gembira ini sentiasa ditunggu oleh wanita yang telah berkahwin. :) ujian kehamilan dilakukan untuk mengesahkan kehamilan.
  • Jika keputusan negatif, maka seeloknya anda rujuk kepada pakar kesihatan anda