Sunday, February 9, 2014

baby walker..baik? buruk?


Baby walker, wana rasa ramai yang telah sedia maklum tentang walker ni. Ada ibu2 yang sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk membeli walker yang terbaik untuk anak2, ada yang sarat dengan permainan, design yang berpetak, warna pink, ada banyak teddy..banyak pilhan di pasaran luar serta online.

Ada yang menyatakan walker ni tak elok untuk perkembangan anak2, banyak yang wana view blog2, google, even Doktor dan pakar sendiri mengatakan penggunaan walker ni kurang elok untuk bayi dan ada negara yang mengharamkan penggunaan walker ni.

Persekitaran yang sihat bagi bayi adalah persekitaran yang bersih tanpa ada bahan-bahan yang dapat mengundang kepada kecelakaan di rumah. Ibu bapa harus peka tentang hal ini. Ada parents yang membiarkan anak berejam dalam walker ni untuk memudahkan kerja mereka. JANGAN!!! ketahui la bahawa meletakkan bayi anda dalam tempoh masa yang lama di dalam walker adalah tak elok.

Wana juga seorang ibu, wana juga belikan walker untuk Maisarah time dia kecil dulu. Hingga kini walker tu masih ada terbalut dan diletakkan dalam stor. Maisarah mula naik walker waktu usianya 6 bulan. Dia suka nak orang bangunkan dia. Walker yang kami belikan tu ade lock. Makna nya dia tak bergerak. Lock tu untuk hanya kami buka time maisarah dah merangkak & mula meniti. Jadi dia dah boleh balance badannya untuk bergerak. Ada masa2 nya wana akan letak dia dalam tu dan kebanyakkan masa banyak wana letakkan dia di bawah untuk berekplorasi :) Maisarah berjalan masa umurnya awal 10 bulan. dia merangkak sekejap, bertatih dan terus berjalan.

ni 1st time dia masuk walker, test walker yang baru beli. Now, ikan tu dah xde.


Apa yang wana buat sebelum Maisarah wana letakkan dalam walker??
  1. clear kawasan. tutup semua pintu, cek atas lantai jika terdapat sebarang benda yang boleh mencederakan. Block laluan ke dapur. Jadi time mama masak, dia datang teman mama masak. Then after mama nya siap masak, mama akan terus keluarkan dia daripada walker dan main2 kat bawah pulak.
  2. meletakkan dia sekejap dan masa2 tertentu sahaja, time wana masak, kadang2 time sidai baju, time maisarah makan :)
  3. pastikan kebersihan dan keselamatan walker sentiasa dipantau. dari segi lock nya, roda, tempat duduk, permainan pada walker untuk mengelakkan kecederaan.

Pada wana secara peribadi, baik buruk nya penggunaan bergantung kepada parents. Ada parents yang ambil serius hal ni. Dan ada yang membiarkan bayi duduk dalam walker tu dalam tempoh yang lama, dan ada juga parents yang kurang mengambil berat soal keselamatan di rumah. In shaa Allah dalam entri yang akan datang, wana akan bercerita tentang perlunya keselamatan di rumah. 


Salam sayang ~ wana~

No comments:

Post a Comment