Monday, February 10, 2014

kenali HFMD & gejalanya




Penyakit tangan,kaki & mulut dewasa kini kerap kita dengar terutama bagi anak-anak yang tinggal di nursery. Jadi entri wana hari ni berkaitan pengenalan HFMD secara umum serta gejalanya. 

HFMD ni merupakan jangkitan melalui sejenis virus iaitu entrovirus, atau virus yang biasa terdapat dalam usus. HFMD ini boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5, dan entrovirus 71. Coxsackievirus A16 (cox A16) merupakan penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tak berbahaya.

Jangkitan yang disebabkan oleh entrovirus 71 (EV71) adalah yang lebih merbahaya dan mengundang kepada maut. Ini adalah retetan jangkitan selaput otak (meningitis), jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) serta jangkitan paru-paru berair.

Cara Jangkitan??

HFMD ni mudah berjangkit dan jangkitannya dapat merebak melalui:
  • cairan hidung dan mulut
  • air liur
  • cecair daripada lepuh tangan dan kaki
  • najis mereka yang dijangkiti
  • **seorang pesakit mudah menjangkiti orang lain dalam tempoh seminggu terkena jangkitan**
Gejala Penyakit?
  • ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (berair atau ruam merah)
  • di pergelangan tangan
  • di kaki
  • juga kawasan mulut
  • demam
  • lenguh2 badan
  • sakit kepala
  • jangkitan mata
  • sakit perut
  • cirit birit
**perkara yang ibu2 perlu beri perhatian jika anak mengalami HFMD!!
  • demam (suhu tinggi)
  • penat dan lemah
  • tidak mahu makan
  • kurang kencing
  • bernafas kencang
  • muntah-muntah
  • nampak mengantuk, pening, cepat marah dan menangis
  • sawan
in shaa Allah esok wana akan bersambung perawatan HFMD & pencegahan :)




No comments:

Post a Comment