Wednesday, February 26, 2014

elak 'pendatang tak diundang' di rumah

Dewasa ni, kita dengar banyak kes di dada akhbar, dalam tv, radio tentang kes pembunuhan, rompakan, kecurian, pecah masuk dan boleh dikatakan hampir setiap hari ada kes yang dilaporkan.

Jadi macam mana kita nak elakkan daripada berlakunya kes2 yang tak diingini. Betul ajal maut di tangan Allah, tapi kita berusaha untuk memastikan persekitaran, kediaman dan keluarga kita selamat.


  1. Wana tengok kat FB, seller on9 semakin bertambah dan ada yang memaparkan bukti akaun wang masuk berpuluh ribu, ada yang dengan bangganya pegang duit banyak siap kibas2 lagi. JANGAN & BERHENTI berbuat demikian..penjenayah sekarang dah advance. siapa tau mereka berada dalam kelompok friendlist atau kelompok kenalan kita. Ingat, seorang penjenayah takkan bagitau..ok, saya penjenayah. tak de kan.
  2. Ibu2 yang lonely, husband g kursus ke outstation ke buat kerja luar ke..TAK PERLU update status tu dalam FB. ni akan mendedahkan kita kepada ancaman luar. Gambar ada, kadang2 ade kita terlepas pandang kita bagitau kat fb kedudukan rumah kita, jadi mudah penjenayah mencari.
  3. seller yang customer biasa COD kat rumah, peru berhati-hati ye. sebab kita tak jangka siapa customer tu. kalau jiran sebelah2 kita kenal, kawan kita kita kenal. Jadi BERHATI-HATI dan berwaspada ya.
  4. Time menyiram pokok ujung2 minggu kat rumah, tak perlu la nak pakai rantai dua tiga belas urat, gelang sampai siku..(walaupun ada yang pakai emas sadur, zulian, emas korea ke) pencuri, perompak tak sempat nak nilai semua tu..dia terus aje sambar. Jadi kena sesuaikan dengan keadaan nak memakai2 tu ye.

sama2 kita berpesan-pesan & ingat mengingati :)

Pesanan ringkas daripada wana :)


Salam sayang