Wednesday, February 5, 2014

mengendalikan anak yang demam

Salam ceria, berkongsi tips tentang cara mengendalikan anak yang demam. Wana tau mesti ramai ibu2 yang dah teror bab ni, tapi wana nak share juga. Hopes dapat membantu ibu2 muda yang baru bergelar ibu/mama/umie/mummy ni ye :)

Anak kurang sihat atau demam merupakan cabaran yang hebat buat insan bergelar ibu. Kepada ibu2 yang bekerja ada yang sanggup ambil MC untuk menjaga anaknya. Begitu la pengorbanan ibu, ada yang bersengkang mata menjaga anak malam2, ada yang menjaga anak dalam ward. Ya, itu la antara cabaran & pengorbanan yang harus ditempuh bagi seorang yang bergelar ibu dalam proses anak nak membesar.

Menyentuh soal demam atau anak kurang sihat ni, mungkin disebabkan oleh faktor cuaca, demam hasil tindakbalas imunisasi dan jangkitan kuman/virus. 

Kalau anak anda demam disebabkan hasil tindakbalas imunisasi, anda usah khuatir kerana badan anak anda sedang memberi reaksi kepada vaksin yang disuntik. Ni adalah proses adaptasi badan, di mana sistem pertahanan badan cuba mengenalpasti vaksin dan cuba beradaptasi dengan vaksin tersebut supaya bila jangkitan atau penyakit sebenar datang, sistem pertahanan badan terus menyerang. Jadi di sini akan wujudnya 'memory' pada pertahanan badan. Kalau time Maisarah baby dulu, wana akan tanya doktor yang injection ni baby akan demam tak..then doktor standby ubat demam. Seorang ibu yang prihatin akan banyak bertanya kepada doktor atau panel kesihatan, apa itu..apa ini, juga melakukan rujukan melalui buku atau carian di internet. Jadi lah ibu bapa yang bijak :)

Tu salah satu keadaan yang wana gambarkan. Terus sahaja kepada tips penjagaan anak yang demam.

untuk BAYI

  • kalau anak masih bayi, kat rumah mesti ada nasal aspirator, thermometer, vick untuk baby 
  • kerap mandikan dia
  • teruskan penyusuan anda (bagi yang BF)
  • bagi yang dah boleh makan ( 6 bulan & ke atas) boleh berikan air masak. Kerana dalam keadaan sebegini, badan nya mengalami dihidrasi. Jadi pengambilan air akan membantu
  • kalau mandi pagi, lewatkan sikit tapi jangan sampai tengah hari. Mandi petang, awal kan ke jam 5 ke jam 6 petang.
  • pakaikan minyak/tuam di tapak kakinya selepas mandi. Time Maisarah dulu, wana tuam di kaki & perut serta belakang badan & sapu minyak yuyi dan pakaikan stokin.
  • tinggikan bantal anak terutama time anak selsema atau 'lemas hidung'..kalau time gini, memang sangat mencabar sebab anak tak selesa. sapu skit vick kat tepi2 bantal dia, tempat dia berpaling time tidur untuk melegakan pernafasan dia
  • biarkan anak anda tanpa selimut. Ni untuk membiarkan haba keluar.


untuk KANAK-KANAK



  1. ambil suhu badan nya, catat suhu.
  2. kalau demamnya awal pagi jam 3 or 4 pagi tu, boleh jerlun air di kepala nya.Kalau ada cool fever for children tu boleh letak juga.
  3. dah cerah hari, ke klinik untuk pemeriksaan lanjut (jangan biarkan demam kanak2 melarat tau)
  4. kerap mandikan dia
  5. letak air masak dalam bekas yang digemari agar dia nak minum air masak
  6. masak bubur atau makanan yang menarik selera anak. nak tak nak, dia kena makan juga sebab nak kena makan ubat..kan?
  7. sapu vicks for children kat dada & belakang badan serta kaki
  8. tinggikan kedudukan bantal anak tidur.
  9. kalau ada cool fever for children boleh lekatkan.
  10. tak perlu selimut
  11. sentiasa pantau suhu badan & keadaan anak
moga post ni sedikit sebanyak dapat membantu :)

salam sayang
~wana~

No comments:

Post a Comment