Wednesday, February 19, 2014

Rabun silau

bercerita tentang rabun silau, wana adalah salah seorang yang rabun silau plus ada rabun jauh... (dulu wana pakai spek, lepas tu jadi malas nak pakai..heee). Wana kurang boleh drive pada waktu malam terutama kawasan yang gelap gulita..kereta datang dari depan buat mata wana silau dan berair. Tapi kalau terpaksa, bawak aje. Guideline dia line putih tu..jadi kita boleh agak pemanduan kita dan tak terus pandang ke kereta dari depan. Kalau dalam bandar, banyak lampu jalan so wana boleh drive macam biasa.

ok, entri kali ni tentang RABUN SILAU. Selain daripada rabun jauh, rabun dekat, rabun silau juga dihadapi oleh kebanyakan individu seluruh dunia. Ia nya bukan sahaja menyukarkan penglihatan secara normal tapi juga seringkali menganggu pemanduan waktu malam.

Kebanyakan silau ini terjadi disebabkan oleh Astigmatism dan punca-punca yang lain seperti jangkitan atau keradangan pada mata.


Astigmatism berkait rapat dengan penglihatan kabur pada semua jarak disebabkan oleh permukaan kornea dan kanta tak sekata. Jadi imej yang kelihatan tidak jelas dan pecah-pecah terutama pada waktu malam. 

Pada pengalaman wana, warna akan jadi kurang berseri sikit. Kalau ke shopping complex, bila nak mencari orang or terpisah dengan family nak mencari tu kita silau. Objek jadi cam berbulu..hehehe..tup.tup..orang yang di cari dalam lingkungan sekeliling.

Dr Rozita Ahmad, pakar mata Hospital Ampang Puteri menjelaskan bahawa astigmatism yang sedikit atau kurang daripada 0.50D biasanya tidak mengganggu penglihatan. Namun, sekiranya lebih, ia boleh menyebabkan sakit kepala, mata letih dan silau yang kronik. Apabila ini terjadi, pembetulan kornea atau kanta harus dilakukan seperti pemakaian cermin mata atau kanta sentuh khas.

Rabun silau boleh berlaku serentak dengan rabun jauh atau rabun dekat cam awal2 wana bagitau tadi. Antara faktor yang menyumbang kepada kejadian ini keturunan, kecederaan kornea mata, berlaku selepas pembedahan mata seperti pembuangan selaput katarak, ketumbuhan pada kelopak mata, atau penyakit kornea.

Sayangi mata anda :) spek wana yang lepas RM 400 plus harganya..huuu sebab brand esprit..siap rabun jauh plus rabun silau..tapi pakai kejap je.ni wana menanti stok carotomax shaklee, nak grab. sebab carotomax ni bagus untuk kesihatan mata :)





.

No comments:

Post a Comment