Saturday, February 8, 2014

Tips buat mereka yang mengalami INSOMNIA



Insomnia atau dalam bahasa yang mudahnya; kesukaran  untuk memulakan tidur atau kesukaran untuk mendapatkan tidur yang lama.

Penyebab utama:

  • stress
  • jadual tidur yang tak teratur
Akibat/kesan insomnia
  • imuniti badan menurun 
  • produktiviti kerja merosot
  • kurang fokus
  • lesu, mengantuk
  • tekanan jiwa
Tips buat anda yang mengalami INSOMNIA
  1. hindari cahaya saat anda nak tidur (tutup semua tv, komputer dan semua yang boleh mendatangkan cahaya. tutup sejam sebelum anda tidur)
  2. hindari daripada terus-terusan melihat jam (hal ini akan membuatkan anda ternanti-nanti atau teragak nak tidur lama. caranya sorokkan jam, simpan dalam laci, jauhkan handset daripada anda (sbb handset pun ade jam kan jadi anda akan cenderung untuk tengok jam)
  3. Gunakan tempat tidur sebagai tempat untuk tidur (maksudnya just guna katil atau tilam sebagai tempat untuk tidur bukan untuk membaca, menonton tv)
  4. hiasi bilik anda dengan suasana yang nyaman, tenang. berkemas lah, jangan terlalu semak atau bersepah
  5. jauhkan cafein pada waktu malam. Cafein ni membuatkan mata anda lebih cerah..tak gaya nak tidur sat gi..heee..jadi elakkan minum cafein seeloknya 9 jam sebelum tidur. minum la susu suam :)
  6. atur jadual tidur anda
  7. melakukan olahraga yang teratur
  8. JANGAN merokok
  9. jauhkan binatang peliharaan dari tempat tidur (sedikit sebanyak kehadiran binatang peliharaan ni menggangu tidur anda)
  10. Relax kan minda (bagi yang muslim boleh mendegar bacaan AlQuran, membaca doa)
  11. gunakan bantal yang selesa :)
  12. segera berjumpa dengan doktor atau pakar anda