Thursday, February 20, 2014

Minda yang positif

Suatu perkongsian serba sedikit tentang diri wana. Alhamdulillah sedari kecil tertanam sifat itu pada diri wana..POSITIF. satu istilah yang wana rasakan sebati dalam diri ni. Satu lagi faktor mungkin kerana wana anak yang sulung. Jatuh, rebah..mata bergenang dengan air mata, wana tetap akan bangkit. Didikan abah yang tegas dari kecil dalam ilmu agama, pendidikan, jati diri, cara pembawakan diri..wana rasa faktor terbesar yang menyumbang kepada tertanamnya sifat ini dalam diri wana.

Wana ambil contoh suatu keadaan. Jika anda semua bertanya pada ibunda wana..mesti ma wana akan tersenyum dan cakap, tak pernah walau sekali wana mengatakan tak sedap dalam diri wana. Makan apa2 sedap, pergi mana2 best..Pergi ke kursus, bengkel, seminar, ataupun tengah travel..tak perlu kita mengharapkan juadah yang bakal disediakan akan perfect, seingat wana tak pernah suatu saat wana merungut tentang sesuatu. Bila masuk ke dalam mulut, alhamdulillah semua wana rasakan sedap. Alhamdulillah.

Pernah wana bercakap dengan husband.. "agaknya ayang ni memang dah ter set dalam jiwa dan minda semuanya positif "..walau berhadapan dengan ujian & kesulitan, senyum, berdoa, mengadu lah kepada YANG MAHA ESA, bangkit & kuat semangat. Alhamdulillah, kita akan jadi kuat, tabah, terus berusaha dan alhamdulillah pertolongan daripada Allah buat hambaNYA. Wana sentiasa berpegang pada 'Allah memberi ujian kepada hambaNYA, tanda Allah sayangkan hambaNYA dan Allah takkan memberi suatu ujian yang tak dapat dipikul oleh hambaNYA '



Macam mana untuk melatih minda untuk sentiasa positif ni? 

Perkongsian ekslusif daripada wana. moga memberi manfaat :)

  1. Berdoa kepada ALLAH agar diberi kekuatan, ketabahan dalam menghadapi hidup ini. Berdoa dengan penuh pengharapan.
  2. Berdoa lah untuk anggota keluarga kita..ibu bapa, suami, anak & seluruh anggota keluarga.
  3. membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat
  4. mengeluarkan sedekah
  5. Semangat yang kuat untuk berjaya atau meningkatkan diri
  6. tidur yang mencukupi
  7. makanan yang seimbang dan berkhasiat
  8. minda yang relax dan santai (rumah yang kemas, suasana yang bahagia, pengudaraan kawasan sekeliling yang baik)
  9. senyum 
  10. mengambil supplement/vitamin yang sesuai 
MENDIDIK ANAK BERFIKIRAN POSITIF
  1. Berdoa untuk kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan anak
  2. Jangan menengking atau meninggikan suara kalau anak buat silap. tegur dengan cara lembut dan tunjukkan cara yang sebetulnya.
  3. mengeluarkan perkataan yang baik dan lembut ketika berbicara dengan anak
  4. menjadi pendengar yang setia
  5. puji atas kejayaan atau progress anak
  6. banyak bercakap dengan anak
  7. berdoa ketika menyediakan juadah atau minuman buat anak
  8. meluangkan masa berkualiti dengan anak2
  9. bawak anak-anak bercuti bersama
  10. kalau anak jatuh atau tak dapat buat, bagi dia semangat..'kakak boleh, kakak kan kuat, strong & ganas" (ni ayat Maisarah)
  11. kalau anak rebah/jatuh ketika bermain & menangis..JANGAN pulak kita cakap, olo..cian2 anak mama..siap dukung lagi.. apa yang anda PERLU cakap, "anak mama ni kan kuat, sikit je, tepuk bahu dia. Semangat dan aura tu akan mengalir ke dalam jiwa anak dan anak akan bangun balik dan teruskan bermain.

Wana harap perkongsian wana ni sedikit sebanyak dapat membantu anda :)
~salam sayang ~

No comments:

Post a Comment